To my little daughter RARA

..ini dunia kita..ada manis dan cuka namun kita tetap bersama mengharungi suka dan duka..

mybreastfeeding journey

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Friday 30 December 2011

Family Dishes

Ehehehe..lama tidak mengeluarkan sebarang entrykan..apalah ibu rara ni..banyak idea mau menulis tapi kekangan masa tu..tapi masa tidur ada kan??????so masa bukan alasan okay!ya ibu mengaku agak kureng dalam time management ini..kenapa time management penting sebab inilah akibatnya kalau time management tidak betul..termiss update blog...ngeeeee..:)))
okey mo cer satu benda..actually ni resepi...ekeleh..ni pun mo keluar blog kah?ha ni resepi besa2 ja pun..jeng..jeng..jeng..sambal tomato!hahahaha..poyokah saya???
saya suka makan samba tomato ni sejak diperkenalkan dengan my  housemate masa kerja di hospital ranau..Pn.Jitah Ginsip.Sahabat saya ini adalah seorang pemakan sayur yang tegar..biar tiada ikan jangan teda sayur..bagus kan!dia buat sambal tomato punya sedap dan pedas!sejak itu..sambal tomato jd my favourite dishes..ha suda tau kan sejarahnya..hihihi
Bahan2..
1.Tomato-potong dadu
2.Bawang merah-hiris
3.Belacan-suka hati
4.Cili Padi-suka hati
5.Limau kasturi-option
6.Garam-secukup rasa

ni gambar yang sudah siap...

Okeh yang kedua..abah rara suka makan..tp ibu xboleh makan sebab allergic..hmmmmmm....i am allergic to the best seafood ever.udang ketam sotong..perfect!hehehe
actually ibu belajar macam2 bersi buat cucur..tapi yang ini adalah resepi kedai..ibu ada belajar dari nenek n opah rara, cuma kali ni ibu cuba yang lain pla..not bad..memang macam yang selalu kena jual di gerai tu..hehe

Bahan-bahan
1.Udang-sekg
2.Tepung gandum-setengah kg
3.sepaket Yis
4.Bawang merah & Bilis -diblender
5.Daun Bawang
6.Taugeh
7.Air
8.Garam-secukup rasa
9.Serbuk kunyit
Cara-caranya-bersihkan udang,masukkan tepung gandum,yis dan air sedikit demi sedikit gaul tepung dan yis hingga sebati.masukkan bahan kisar,garam,secubit serbuk kunyit,last masukkan udang dan sayur-sayuran.Goreng dan hidangkan.
Jemput-jemput..hidang dengan teh panas diwaktu petang..hihi..cicahnya??sos cili maggi ja...hihihi


iburara: suka masak..suka cuba resepi..lg suka kalau menjadi...hihi

Saturday 3 December 2011

Setahun 5 bulan punya entry..

30-11-11 genaplah rara setahun 5 bulan..ekeleh setahun 5 buln pun mo bt entrykah?kalaulah ada org cakap gitukan..anak i anak u ada?hehehehe..gurau jak..hihihihi
ini anak dara ibu ah sangat suka main dari mamam.(makan)..eiiii..mau dikejar situ sana sini baru lah ingat mau makan..kadang2 semangkuk makanan langsung xmakan..pssttt..ibu2 please ya jgn habiskan makanan anak sebab itu adalah penyumbang lemak berlebihan..hihihihi..alhamdulillah nenek rara udah sihat dan discharge from ward..
owh sambung lagi..ini anak dara ibu kan sangat suka bergaya..suka digayakan dan menggayakan hahahaha..apa ibu mengarut nih..huahuahua..mengenai makanan anak dara ibu suka makan vege dan ikan..baguz!!!nanti mesti kulit cantik kan sayang..mcm ibu oOps..propanya..maka..
sangat cepat masa berlalu..rindunya rara masa kecil menangis mahukan susu,syukur sampai sekarang anak ibu masih minum susu ibu dan ibu tidak akan berkongsi rara dengan lembu sebab RARA ANAK IBU:)...sekarang kalau rara mahukan susu signal ja paling tidak pun tunjuk n buat bunyi ehe'ehe'..eiiii geram macam mau cium2 saja pipi tomato itu..
Gelagat rara yang manja dan lucu bikin ibu selalu kangenn sama rara..walau seminit kita terpisah..hehe  overrkah?????rara sudah boleh faham arahan walau belum memaggil nama ibu lagi xpa ibu tunggu the sweetest moment itu sayang..rara sangat manja dengan abah walau abah ada sikit PLKN dengan rara,tp bila abah cakap''rara sayang abah..." kelangkabut lah anak ibu ni bg kiss di pipi abah..rara sudah pandai gurau, main,mingles dengan cousin2 walau kadang2 rara main dengan drang tp mcm out of topic..hehehehhe..bolehlah..ihihi..wah hebatnya perasaan menjadi ibu.the best thing happened in my life is being a mother to my lovely daughter..its my very precious moments.sigh**
 saat rara keluar dari perut ibu dan....
selepas setahun 5 bulan...cepatnya masa...yg penting...
 kita masih jadi breastfeeding partner..hehe
ini amoi jumpa di lcct mau ambil gambar ngan rara..balik2 dia ckap rara 'ke ai'..tp tem tu rara badmood so kurang mau melayan itu cece..ehehehehe..ke ai ya anak ibu..mmuaaahhhh....
Little rara sibuk ikut booth2,baru2 ni join buka gerai sempena hari quality di hospital beaufort, next 18/12 ikut SOS (sabahan onlineshop )punya tamu..addeh oleh kerana kekurangan pekerja,so 23-27/11 re tu butik di one place tutup sementara.:)dan dibuka semula selepas tarikh itu..Ya Allah Muahkan rezeki kami dan sesungguhnya Engkaulah Maha pemberi rezeki.Amin.

Ibu Rara: Orang yang takut tidak akan kemana-mana.

Saturday 26 November 2011

Pneumothorax

apakah ini....
hati ibu sangat sedih..sebab nenek rara terpaksa admit ke ward disebabkan masalah pneumothorax.Sedih sangat sedih;((((((((..Ma mudah2n kita cepat sihat.Amin.Mama yang terpaksa menanggung kesakitan akibat dimasukkan chest tube.Ya Allah permudahkan semuanya untuk ibuku.Kami sangat menyayanginya.Mama kami yang selalu buat lawak, masak yg sedap2, xkisah masak makanan kegemaran kami walaupun dia penat sakit masa tu..mama kami yg sangat kreatif, kami selalu panggil mama Hagemaru sebab mama lucu.Mama kami adikberadik sayangkan mama.Mama mesti kuat semangat.Tolong doakan mama kami kembali sihat.Ya Allah sesungguhnya ujian MU adalah nikmat buat kami agar lebih kuat dan lebih lebih lebih kasih sayang dan kesabaran dalm menjaga kedua orang tua kami.
Dibawah adalah info dan link mengenai pneumothorax untuk dikongsi bersama..
Info-Pneumothorax
Ya Allah sembuhkan lah ibuku,Kuriakan kedua orang tua kami kesihatan yang baik,umur yang panjang.Amin Ya Rabbil Alamin.

Tuesday 15 November 2011

cotcet..cottcett...

..jauh berjalan luas pemandangan..wah..indah..
lamanya x menulis..selalu bila buat kerja kan adalah datang idea menulis..bila start mau menaip depan komputer ntah kemana idea2 itew menghilang..ehehehehe..mau panjangkan storykah..hehehehehe..
raya haji tahun ni balik ke kg hubby di tapah, perak..gmbar raya sowey ada dlm kamera kak ipaq,terlupa daku mengesave..hahaha..xpa balik sana nanti ibu save ya.. yg bestnya durian jatuh lepas raya haji tu..addeh..sah2 lah ibu memang hantu durian..belakang umah tok rara ada 3 pokok durian yg isinya manis dan tebal..sedapppppp!selain itew..kita jumpa bestfren ibu..hihihihi..sepa lagi acik farah lah..ibu auni..hihihi..hampir 3 tahun x jumpa kan mekk??????hihihi..Alhamdulillah terubat rindu..:)
jom layan gambar....
 tu naa...duriannya..fresh dari ladang..hihi
 acik Farah..dari bujang sampai masing2 ada ank dara baru jumpa..hihi
Nur Auni Fatini yang sangat comel.Mudah2n menjadi anak yang solehah.Amin.Aunty ann sayang auni:)

dan ini buah hati ibu..
besaqnya mata..yg mana??dua2..hihihihi
dari pagi rara menangis xmo ibu jauh,,tp ibu kerja sayang..sedih bila lihat rara menangis tgk ibu keluar..kalau ikutkn hati mahu saja dibawa rara ketempt kerja..so petang ibu bawa rara ke taman..
singgah sekejap sebb hari tiba2 mendung..esok2 kita datang lg nak ya..
little rara...sedang menanti stok2 smpi dari seberang laut.sangat2 teruja memndangkn brg2 di kedai hmpir pupus..hihihihi..terima kasih kpd customer setia yg ada sesetengahnya sudah menjadi kawan..ya itulh yg ibu mahu perniagaan yg dpt menjalinkn silaturahim bukn sebaliknya.
Prinsip ibu, dlm soal urusniaga Perlu JUJUR tp bukan lurus bendul dan Adil.InsyaAllah semuanya akn jd terbaik...Semoga perniagaan ini mendapat berkat dan keredhaanNya Amin ya Allah.

ibu rara:ada rancangan di tv psl work@home,sangat suka konsep itew..:)

Friday 28 October 2011

entry geraham..

hmmmmmmm...patutlah kebelakangan ni rara punya saliva macam air tumpa..memang banyak..dan disusuli dengan demam yang berlarutan.1 pakej lagi tu demam+batuk+selsema..aduhhhhhhh...kesian nya rara...
rope2nye....mau tumbuh gigi geraham sebelah gusi kanan atas..eh ngam kah tu ayat..mcm pelik..kekekekeke..abaikan..
semalam..jam 2.30am bangun suapkan rara ubat demam..tiap 6 jam..then sambung sponging badan rara bagi stabil suhu badan,suhu badan rara tem tu 38.5 c..memang panas!ibu risau,kesian tingu rara xselesa tidur..hampir2 ibu mau nangis..sebab ibu sangat100x sayangkan rara,cinta sama rara..mana mungkin ibu sanggup tingu rara sakit begini..Ya Allah sembuhkan lah buah hati kami ini.Amin.
Alhamdulillah menjaga rara masa rara demam ini amat mudah, rara tidak meragam,selera makan pun baik,masih aktif main.sayang anak ibu..mmmuaaaahhhhh......!
Jom kita share tips menjaga anak ketika demam.
1.Sebagai ibu/bapa kita harus sabar layan kerenah anak semasa sakit.mereka sangat perlukan perhatian dan penjagaan kita.
2.Berikan susu ibu sebab susu ibu ada antibodi untuk melawan penyakit.(read as bg anak bawah umur 2 tahn)
3.Pastikan ubat diberi ikut masa yang ditetapkan.
4.Jika suhu badan terlalu panas,lapkan badan anak anda dengan tuala basah (sponging) sehingga suhu turun.
5.Berikan multivitamin jika anak anda kurang selera makan.
6.Doa.Kerana Doa ibu mudah diMakbulkan.

Little rara di One Place Mall putatan mencari pekerja wanita,yang berdedikasi,sanggup bekerja dihujung minggu, sanggup turun bekerja di booth, sila contact ibu rara:).Next cerita di Little Rara ialah kami menyediakan perkhidmatan menyewakan breastpump.nantikan....

Ya Allah permudahkan lah urusan kami, Engkau luaskan lah rezeki Kami,sesungguhnya kami mencari redhaMu dalam perniagaan ini.Amin.

**semasa entry ini di post rara Alhamdulillah sudah sihat dan pekerja pun sdah dapat:)**
Bekerja keras di booth sempena Festival begandang di Beaufort:) JOM!kesana...

Ibu rara 

Sunday 16 October 2011

Cerita cInta..

wah tajuk..bukan main..ehehehehehe..mari kita ceciter pasal cinta..ayat yang biasa kita dengar ialah
"cinta itu adalah subjektif..cinta kepada ibu bapa,adik beradik,pasangan,anak2,sedara mara, dan Cinta yang paling agung adalah cinta kepada Allah swt"
Betul..cinta juga buta kenapa..sebab bila ada perasaan cinta itu hilang lah segala keburukan pasangan kita (read as cinta kepada pasangan)..selalu juga kita dengar orang kata laki nya hensem, bininya bida..iyakan..atau sebaliknya..kenapa..kerana cinta yang sejati tidak bersyarat..ada aku kisah pasangan aku kaki tempang, bisu, buta, dan sebagainya..seperti cerita yang kita selalu baca di majalah..kan ada kan..ehehehehe..tiada jaminan dalam percintaan dan perkahwinan, begitu juga dengan umur kita..@ ajal..tiada jaminan kita akan bernyawa jam seterusnya..Jadi apa yang kita buat untuk hidup yang tiada jaminan ini?berusaha..berusaha dan berusaha..jangan sesekali berputus asa..terutama bila menceburkan diri dalam perniagaan jika xda mental yg kuat, hati yg cekal..aduhhh susah bangettt...selalu pening2 memikirkan stategi perniagaan, memahami selok belok, mentafsir perangai manusia, jgn terlalu naive, dan mudah berpuas hati..eh bukan kah kita sedang bercakap pasal cinta..
ini cinta saya....
gambar muda2..motif??hehehehe
 sudah try adjust bila upload jg gini..neck exs lah ya..
my whole family..during my brothers wedds
ini cinta saya..cinta anda bagaimana pula..Cinta hakiki hanya kepada Allah swt..selagi hayat dikandung badan we are all for one..ibu sangat kagum melihat pasangan yg menjaga pasangan semasa sakit, ibu adalah terapis, hari2 jumpa pesakit yg berbeza..kadang2 kita belajar ketabahan dari mereka yg diuji..ada macam2 cerita dari tawa mereka.Cerita sendiri bagaimana pula..tersenyum sendiri mencari erti bagaimana aku bila di uji begini..:)
dan cinta cinti ibu...
erm part yg gemuk sila abaikan..hihihi..LITTLE RARA..ini gambar ada masa baru buka..sekarang barang uda banyak, terbaru breastpump, ada 4-5 jenis breastpump dengan harga yang sama macam disemenanjung.standard price, yang penting kita sama2 puas hati, sekarang bukan waktu untuk mengaut untung tapi masanya untuk menaikkan atau membrandingkan little RARA. semoga anda berjaya diluar sana.Doakan Little Rara juga berjaya ya.Amin Ya Allah..
dan kawan2 n bestfren2 ku..u know who u are..thank you for always being my side n supportive me.my client @ customer thank u for believing little rara.believe or not little rara sudah dipromosikan mulut kemulut, ada yg datang ke mall semata2 untuk membeli di Little Rara.Alhamdulillah..saya berjanji untuk memperbaiki servis dari hari ke hari.Terima kasih.

Ibu Rara- yg sentiasa dilamun chinta..hehehehehe-abaikan:)

Thursday 13 October 2011

Breastfeed situ sana sini

syukur alhamdulillah..sampai juga ke bumi Malaysia n selesai jualah hajat dihati..wah ayat..eheheehhehehe..
so rara yg berumur setahun 3 bulan 2 minggu ini sudah menjejaki bumi china..ibu nerves juga tentang persediaan ibu untuk breasfeed rara dinegara org but we learn from experience..sepanjang perjalanan kita ibu belajar beberapa perkara tentang persediaan untuk travelling..memang nampak mudah..yalah apa susahnya selak baju susukan lah..tp untuk lebih teratur ibu senaraikan ya..
1. Nursing wear atau poncho amat membantu anda untuk breastfeed in public wherever you are kerana ianya akan membuatkan kita selesa dan yakin sepanjang menyusukan:)..nursing&poncho
2.Sediakan air mineral sepanjang perjalanan..sebab kita akan banyak berjalan kehulu kehilir,menyusukan menyebabkan kita perlu banyak minum air, jika badan kurang air kita akan mudah hydrated, penat,pening dan emosi akan terganggu seperti mudah marah.
3.Pilih baby carrier yg mudah untuk menyusukan, so sambil berjalan boleh susukan anak..
4.Hygiene-bawa hand steriliser
5.Tawakkal kerana sudah berusaha:)
Disclaimer: ini hanya perkongsian pengalaman, dan hasil dari pembacaan, ambil yang baik abaikan yg tidak berkenan dihati:)

 Breastfeed di Metro aka LRT (upright position) sampai tertidur rara..
 Berhenti rehat dikaki lima di zhongshanba (read as ibu sudah penat shopin)
sedang tunggu bus at China international airport
Little Rara oh  Little Rara anda boleh mendapatkan baju-baju baby n tod yang branded pada hrga yg berpatutan, aksesori seperti kasut, headband, bib yg branded, baju gown kanak2 yang gorgeous,barang2 penyusuan susu ibu, cloth diaper, baby carier, dan barangan kesihatan.Terima kasih to all yang mendoakan Little rara, ada yang msg di inbox, pots diwall fb ,msg di hp..wah terasa sangat dihargai..terima kasih for my husband n family untuk sokongan yang tidak berbelah bagi.

ibu rara: saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan:)

Saturday 1 October 2011

Banana cheese sandwich

ewah..ewah..awal pagi rara bangun senyum2 gelak2..ntah apa yang lucu..mungkin senang hati bangun nampak ibu..sebab biasanya hari isnin-jumaat kalau rara bangun awal mesti menangis nampak ibu siap2 mau gi kerja,siap mengamuk menangis nemau makan semua..tanda protes lah tu kan..addeh anak perempuan penuh emosi..;)
so awal pagi (xlah pagi sangat besalah ahad ibu n rara bangun jam 8.30 hehehehehehe)..so kedapur sediakan sarapan untuk rara n ibu...erm..mau cari kelainan untuk rara,yang penting sedap dan berkhasiat..Ting!!!!!datang idea..ehehehehe,,suspen kah????hahahahaha..tadaaaaaaa.....
bahan-bahan yang ada dirumah saja
1.Bread -rumah mesti ada bread
2.Telur-rumah mesti ada telur untuk save masa memasak-goreng jerr
3.cheese-ambil cheese anak buah..hahahaha (cheese ian atau mumui-mummy drang rajin beli cheese untk ank diorg-kekekeke)
4.Pisang-tiap jumaat memang selalu beli pisang n tembikai di tamu.

so..layan gambar..
plain bread -ibu guna corn bread

 hiris pisang nipis2 -slice

 then alaskan dengan cheese

potong kecil2 supaya mudah dimakan then celur ditelur yang sudah dibancuh dengan mayonis seterusnya goreng..
siap..bucuk2 ibu sudah ready untuk mamam..ehehehehe..cheese tu akan melted dalam roti which will make the taste so yummy!kan rara kan..hehehehehe

so next week, 6/10 flight AK114 ke guangzhou China..hope everything going as planned n doakan kesejahteraan kami.Dan doakan kejayaan little Rara..semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Nya.dan Anda, semoga anda sihat dan gembira disamping keluarga.

Ibu RaRa with LoVe:)

Wednesday 28 September 2011

entry guling golek

tidur kul 10pm td..terjaga kul12am..guling-guling kiri kanan, golek2 pun xdapat tidur balik..nampak labtop..ah update blog lah..manatau nanti mata ibu mau titon balik..ehehehehehe..rara sedang nyenyak tidur..abah shift malam so xda teman bicara..wahwah..bahasa Zzzz sungguh..ehehehehehe
teringat masa perkenalkan barangan penyusuan di Little RaRa kepada pelanggan yang datang..n bila ibu cerita setiap kegunaan produk penyusuan itu kepada makcik2..makcik2 itu akan cakap.."wah bagusnya zaman sekarang semua ada,untung lah dulu2 kami mana ada benda2 begini(mksudnya milk storage,breastpump,etc), anak lahir sumbat susu botol terus"..ibu..iya makcik ndapa yang penting anak2 sihat?/ntah apa2 ibu cakap...hahahahhaha...kalau yang datang tu muda2 pula..jawapan ringkas mereka ialah..Owh..Owh...ehehhehehehe..bosan mungkin dengar ibu membebel..ndapa yang penting niat ibu ikhlas mahu sampaikan mudahnya mahu menyusukan walau kita bekerja..teringat masa mula mahu kumpul stok susu dulu..mau cari milk storage,breastpum punyalah susah-read as xda banyank pilihan-...syukur punya kemudahan membeli online.heheheh..
sudah mengantuk..Alhamdulillah...
semoga hari kerja esok ceria...seperti rara yg sentiasa ceria bila bangun pagi nampak ibu n abah semasa hari cuti..rara akan bangun n cium ibu n abah..bahagianya jadi ibu ni.. 2,3 kali sudah menguap nihZzzzzzzz....owh ya semoga hari anda ceria juga:)
salam Ceria selalu:))

Ibu Rara

Monday 26 September 2011

30.september.2005

hehehehehehe..tarikh itu adalah tarikh keramat..tarikh itu adalah punca semua yang ada sekarang..tarikh itu amat besar buat keluarga kecil kita (yg mungkin akan membesar..eheheheh) tarikh itu buat ibu selalu senyum...tarikh itu ialah tarikh ibu n abah jumpa dan seterusnya..eheehehhehe..
Jumpa dimana?????hahahahhahahaha lucu kalau org tanya ni soalan..hahahahaha..sebab ibu dan abah jumpa di ward psychiatric..hahahahahhaha.(selalu ibu gurau kalau org tanya soalan tu kan ibu cakap kami jumpa diward psikiatrik masa tu kami sama2 jadi pesakit disana..hahahaha).wad untuk mereka yg punya masalah jiwa..ibu dan abah praktikal di hospital yang sama dan ward yang sama cuma berbeza unit.ibu di unit pemulihan carakerja,abah pula datang ke unit ibu untuk orientasi..ehehehehehe..disanalah mula perkenalan itew...ahahahahha...lucu..sangat lucu bila dikenang2..harap2 bila tua nanti kita akan cerita jalan perkenalan kita..hahahahaha....
jumaat ini adalah tarikh itu...jumaat ini mau buat programme apa ya..abah cakap mau belanja makan..makan saja..ibu sudah melebar nih..addeeehhhh.....ibu ajak abah tukar2 hadiah..hahahahha...amatlah kurang romantik kami somisteri nikan..kalau org lain mesti surprise,taddaa....bg hadiah or something kejutan..tapi ibu dan abah pula sibuk bincang mau buat apa..hahahahaha..biarlah org lain lainlah caranya.hehehehhee..tapi ibu ada idea yg baik punya..teettttt..rasia..kekekeekeke...nanti sudah berlaku baru ibu tunjuk..yg penting idea ni belum pernah dibuat ibu..org lain pernah buat kali...hehehehhe
ni tem muda2..
ini gambar bila sudah ada anak dara..hehehehe..ibu maintain gemuk..ahahahah..ibu Ok jerrr...
so perjalanan hidup baru bermula sebenarnya..inilah fasa penting dalam hidup kami iaitu membesarkan rara dengan sempurna..mahu mendidik rara menjadi anak yang solehah.menyediakan persekitaran dan tempat perlindungan yang sempurna,belajar mengerti perasaan seorang anak kecil,dan rara masih menyusu dengan ibu sepenuhnya .Alhamdulillah..part ini ibu sangat suka..hehehehe.doa ibu hanya yg baik2 saja untuk kamu sayang...Rara harta ibu dan abah..
inilah dia...ibu n abah punya gegirl.pujaan hati pengarang jantung keluarga,sumber kekuatan ibu,sumber keceriaan kami,selalu buat kami rindu bila jauh sekejap dengan rara,selalu buat ibu n abah geram bila rara start kacau barang n senyum buat muka x bersalah nampak gigi 6 batang,mmg rasa mau cium2 saja...rara suka bunga pantang nampak bunga mesti mau pegang n kacau paling sandi masuk mulut..addeh teseliur kali ah..hehehehe..me n my sabahan language.hihihihi

Little rara akan join promotional booth di wisma merdeka bulan okt-nov..Barangan yang akan dijual baju2 kanak-kanak, cloth diaper n aksesori.Barangan penyusuan juga ada.Informasi lanjut akan diwar2kan nanti.Ya Allah luaskanlah dan berkatilah rezeki kami.Bantulah aku memperjuangkan perniagaan ini di jalan MU.Amin.Ya Allah.

IbuRaRa


Tuesday 20 September 2011

Back to da basic..

okeh ibu mau cerita pasal kegilaan ibu menggunakan CD a.k.a cloth diaper..hehehehe..ibu suka bangett..cd ialah kain lampin yang bertindak seperti kain lampin pakai buang tapi boleh dicuci@diguna pakai semula.ibu start guna cd on Feb 2011..punya men bersemangat lah tem tu..habis juga rm400 duit membeli cd.xpa..untuk rara semua pun boleh..
ini sedikit maklumat.
dan ini juga...

dan beberapa bulan selepas itu ibu mula memasang plan untuk mempromosi dan menjual cd ini sebab cd sangat membantu kita menjimatkan duit untuk membeli disposeble diaper.masa itu plan untuk membuka Little Rara sudah ada..dan sedang dalam proses mensurvey apa yg patut..Alhamdulillah bila Little Rara sudah beroperasi, batch cd yg pertama sudah habis terjual,datang batch yg kedua dan ketiga..Alhamdulillah...rezeki..Allah itu amat luas..rezeki datang bila kita berusaha dan tidak berputus asa.untuk pembelian Cloth Diaper di little rara klik CD
lg ibu suka ialah tadaa...nappy liner..what??nappy liner?ingat panty liner jak adakah...muakaaaka...iya ia berfungsi sebagai lapisan bahagian atas CD supaya bila baby poo tidak mengotori bahagian atas microfleece..read as menyenangkan kerja ibu2 untuk membasuh CD ya BU..ehehehhe
untuk pembelian klik Nappy Liner 


Ibu pilih brand autumnz sebab free dari bahan kimia so xperlu risau rara akan stay dry..Okeh ada little tip-natural tips untuk membersihkan CD yg kotor atau kuning..semasa merendam CD boleh tambah cuka atau soda bikarbonat atau perahan limau nipis (kalau perah limau nipis ada haruman lime:)) memandangkan CD tidak boleh direndam dengan peluntur atau softener yang boleh menyebabkan kadar serapan kurang.wah betulkah tatabahasa ibu nih..hantam sajalah yg penting maklumat sampai..hehehehhe..
Cara penggunaan..kalau ikut memg ada jadual lah..tp kalau ibu hantam sajalah..kalau rasa2 CD penuh tukar saja..hahahaha..okeh ini jadualnya (tlg jgn ikut perangai saya.)

7.oo - 10.oo pg ~ 1cd poket + 1 insert (or 1cd aio)
10.oo -  1.oo ptg ~ 1cd poket + 1 insert (or 1cd aio)
1.oo - 4.oo ptg ~ 1cd poket + 1 insert (or 1cd aio)
4.oo - 7.oo mlm ~ 1cd poket + 1 insert (or 1cd aio)
7.oo - 12 t/mlm ~ 1cd poket + 2 insert
12.oo - 7.oo pg ~ 1cd poket + 2 insert
 setiap CD yg djual dilittle rara FREE 2 insert..untuk penggunaan siang biasa guna 1 insert saja sebab siang kita akan kerap tukar CD,malam baby tidur dlm jangka masa yg panjang so guna 2 insert agar dapat serap lebih banyak pu.

cari2 gambar rara sedang berCD tp sudah delete..nanti ibu update.Erm..semasa entry ni ditulis rara sedang demam.Moga cepat sembuh sayang.we LOVE u sayang..mmuaaahh...!rara kuat ibu tau..:)

Semoga  kita semua diberkati dan dilimpahi rahmatNya.Amin
**lamanya x tulis blog.sibuk x juga sbuk.ntahlah.sedang mencari mood yg sesuai.kadang2 tem buat kerja ada idea menulis tp labtop xda depan mata.hehehehe**

Ibu RARA












Friday 9 September 2011

apa yang perlu ada semasa anda mengepam?????

ehehehehe..salam semuanya..sudah lama tidak mengupdate blog..akibat dilanda penyakit salam (read as malas!)
rara sudah setahun 2 bulan sedang fasa imitating..semua yang ibu buat rara pun sibuk mahu buat..eiiiii...jalan x mau dipegang, bila dilepaskan terus keluar rumah..mahu kemanakah??
okeh..pengakuan ikhlas dari ibu semasa puasa itu hari..ibu tidak mengepam start puasa ke 16/17 macam itulah..kurang ingat sudah..ibu balik menyusukan rara @ direct feed..sebab ibu mengalami kemerunduman pengeluaran susu.So bila sudah raya..start semula lah tugas harian ibu..mengepam di opis..jadi yang ibu mau share disini ialah...jeng..jeng..jeng..tetttt teda kejutan hahahaha
Persediaan sebelum dan selepas mengepam..
1.Sediakan peralatan pam anda (terus terang part ini yg ibu kureng gemar)
2.Set waktu mengepam semasa di opis..ibu punya jadual (pagi after breakfast, n jam 11.30 / petang jam 3pm) so sesi mengepam di opis ialah 3 sesi sahaja..tengahari ibu pulang kerumah susukan rara..
3.Tempat -pastikan tempat mengepam sesuai aka xda gangguan,bersih
4.Hygienic- pastikan tangan anda dan peralatan serta tempat penyimpanan susu bersih
5.Minum sebelum mengepam..semasa mengepam juga boleh seperti yg ibu selalu buat..hehehehe
6.Gambar atau video rara mesti ibu tgk untuk dapatkan let down reflex -belum tau let down reflex tu apa klik ni- let down reflex
7.deep breathing,set ur mind yes i can get more milk everyday..Doa.juga kepada Allah swt semoga dipermudahkan.
8. Bila sudah selesai mengepam packing susu perahan ke dalam breastmilk storage n masuk dalam coolbag.jangan lupa catik tarikh dan masa perahan untuk tujuan storage.
9.cuci tangan,minum air,kemas2 peralatan,kemas2 tudung,baju apa semua
10.cont your work..jgn curi tulang..hehehehehe
**disclaimer: apa yang dikongikan dalam post ini hanyalah perkongsian dari pengalaman n pembacaan, so yg baik ambil yg kurang diterima hehehe abaikan aja kok**

okay little rara, ada plan baru mahu dibuat.Ibarat baby yang berumur 3bulan masih banyak yg perlu dipelajari.Masih merangkak tapi bukan selama2 nya begitu.What mind can conceive body can ahcieve.Jangan takut untuk bermimpi sebab mimpi itu free..hehehehe..Orang yang takut tidak akan kemana2.ya quote ini untuk ibu yang kadang2 takut n tidak confident,yg kadang2 mahu sembunyi dibawah tempurung. Syukurlah ibu sentiasa dapat sokongan penuh dari abah,rara n keluarga besar kita..Terima Kasih!

sekian untuk anda sama ada bujang,sudah berkahwin, breastfeed mom,non bf mom, kita semua sama hanya mahu yang terbaik untuk orang yg kita sayang...

iburara: kemarin keluar beli buku di one borneo, salah satu buku tu bertajuk Think Big-Donald Trump

Wednesday 31 August 2011

Salam Aidilfitri...

Aidilfitri ke dua untuk rara..aidilfitri ini sangat bermakna sebab rara sudah boleh berjalan..sudah pandai bergaya..sudah saaannnggggaaaaatttttttttttt pandai mengexpress feeling..owh..anak dara ibu sudah pandai menunjukkan kemahuannya,memilih sendiri makanan yg mahu dimakannya,paling ibu x tahan bila rara meniru cara ibu pakai bedak n lipstik,rara akan ambil bedak ibu dan tonyoh muka innocent itu..eiii sungguh comel c gigi  6 batang ini, protes bila tidak puas hati,mencium adik Aniq, cemburu bila ibu menyusukan adik Aniq..(adik aniq ialah sepupu rara,anak adik bungsu saya)..ibu menjadi ibu susuannya sebab bungsu xda punya air susu selama beberapa hari dan selepas itu bungsu dtahan di ward sebab kekurangan darah jd sepanjang bungsu diward ibu yang menyusukan aniq kerana kasihan kalau aniq terpaksa minum susu formula...jadi rara dan aniq adalah adikberadik sesusuan..sekian.
Rara...selamat hari raya..betapa ibu bersyukur rara..dalam hati selalu berdoa supaya rara membesar menjadi anak yang solehah..berjaya didunia dan akhirat..bukankah itu harapan setiap ibu bapa..bukan minta dibalas budi cukup menjadi anak yang mendoakan ibu dan abah..
tahun lalu kita beraya di rumah opah..tahun ini dirumah nenek pula..(disabah)..jom layan gambar..
Makanan wajib ada masa raya
a)kelupis + sambal kacang @ kuah kacang
b)ketupat
c) kari ayam
d) biskut raya
e) dodol
f) kek lapis
Tapi tahun ni ada speciality..ibu buat rendang ayam..ehehehe
 ini ialah kelupis,rasanya sama macam ketupat palas,lamban,cuma cara pembungkusan saja yang lain
 Ketupat nenek dan ibu anyam
 Rendang resepi opah..
Gambar yang lain sudah hilang ntah kemana..perut barangkali..hehehehehe...xkisah apa yang ada di pagi raya,mungkin cuma biskut dan air oren mungkin juga tiada apa2...tapi yang paling penting dengan siapa kita meraikannya..kerana dalam setiap perjalan menuju Allah wst mungkin mereka atau kita yang sampai dulu kepada Nya..
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin;)
salam sayang...
ibu rara
**sedang mengutip gambar dari kamera umi nanti ibu share gambar2 di pagi raya..dalam entry berikutnya:)

Tuesday 23 August 2011

Growth Spurt

24 ramadhan..
minggu ini rara sangat2 kerap menyusu, mudah menangis dan sangat2 x boleh dilarang,sensitif,sometimes tidur yg panjang dari biasa..apakah???
ya ada masanya anak kita akan mengalami simptom itu..itulah di panggil growth spurt yang dialami oleh anak dara ibu sekarang ini..huhu sampai pedih nipple rara terlalu kerap menyusu..main nda sampai 5 minit sudah cas bateri tempat ibu..hehehehe..its okay i love the way u are..mmmuaaahhhhh
mahu maklumat lanjut??:)Growht Spurts
biasanya bila baby mengalami GS ini orang akan kata baby x cukup susu so macam mana mahu bezakan bayi yang tidak cukup susu dengan baby yg sedang mengalami GS?okeh kalau selepas menyusu baby masih menangis cuba try dodoikan atau bawa berjalan..kalau masa tu baby rasa tenang n relax then baby bukan rasa lapar lagi sebab ia cuma perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri.
Biasanya apa ibu buat ialah membelai rara,mencium dan memujuk rara..of course rara deserve a big hug from ibu..rara sangat aktif sekarang sampai bilik terpaksa dikemas more than 10 times perday..hehehehe..tempat favourite rara ialah rak buku ibu..habis semuanya jd tongkang pecah..Qoh harap2 nya rara juga suka baca buku macam ibu..ehehehe..menyempat lagi...
little rara sambutan di kiosk karamunsing Alhamdulillah sangat menggalakkan..terima kasih..begitu juga customer yg order secara online sebolehnya kami mahu memberikan servis tercepat yg yang boleh..demi menjaga hati pelanggan yg sangat penting bg kami..Baby contest sudah berakhir..Alhamdulilah pemenang sudah pun mendapat hadiahnya..Gambar pemenang InsyaAllah akan di display di kedai sedikit masa lagi..erm hadiah juga sudah disampaikan..hehehehe..Adik Aizam Ramadhani..Tahniah sayang..
Ibu suka Quote ini:
"Kita akan berjaya jika membantu orang lain berjaya"
ibu membeli e-book Irfan Khairi yang menemubual jutawan2 di Malaysia termasuk Dr.Fadzilah Kamsah.How im adore him very much!so quote itu ibu dapat dlm temubual dengan beliau...
Betul kenapa perlu kedekut ilmu sedangkan semakin banyak kita beri semakin banyak kita dapat.Kenapa perlu busuk hati dalam perniagaan kenapa perlu takut dengan persaingan kenapa perlu dengki..kenapa kita tidak TWIST kan perasaan itu kepada saluran yang positif.Kenapa org lain bangsa cina cthnya mudah maju dlm perniagaan walau berniaga barang yg sama ditempat yg sama..kenapa orang kita sukar untuk berbuat begitu..sebab ada sifar DENGKI..Ya Allah jauhila Kami dari sebarang penyakit HATI.Amin.
Eh..eh seriuskah??mode awal pagi..ngehngeh..ok lah ketemu dilain waktu..ibu mahu p kerja..sebarang kekasaran bahasa ibu mohon kemaafan.Yang baik itu datang dari Allah swt..yg buruk dari hamba-Nya..
Semoga hari kita semua sentiasa ceria dan bahagia..Sentasa positif dan tabah..Chaiyokk!

iburara: baru ada mode mahu menulis..rara i lOve u..Patut bincang pasl GS kan?????hahahahahaha..:))

Thursday 11 August 2011

Rara lawat opis Ibu..hehehe

Ramadhan 12
beberapa hari sudah tidak mengupdate blog ibu ini..sudah bersawang dan berhabuk agaknya..ehehehe bahasa org dolu2 bah..penuh kiasan..ngehngeh...

cerita hari ini ialah aktiviti rara di opis ibu..layan jew...
inilah bilik Paeds rara tempat ibu buat kerja bg rawatan dengan pesakit..hehehehe
 sukanya dia...nanti suruh abah belikan bath ball ni untuk rara ya sayang..
 semakin fokus
rasa mau cium2 saja..mmmuaahhh...
chomot pula rara..banyak main la ni kan sayang..
okeh reason ibu bawa rara ke opis ibu sebab ibu xmau berpisah lama dengan rara..hehehehe...read as xda org jaga rara..umi rara sibuk buat pesungkaian.dan...ini waktu petang punya hasil tenusu...

setelah dicukai rara..sementara rara main ibu mengepam..Alhamdulillah berapa pun hasilnya...rezeki rara..

iburara: Ya Allah luaskan rezeki kami...Amin.


Sunday 7 August 2011

Buat Rara..

ramadhan 8
rara anak ibu
ada masa kita berdepan dengan masalah
ada masa kita menghadapi konflik
ada masa kita sedih
ada masa kita kecewa
ada masa kita marah
ada masa kita sakit hati
ingatlah masa kita gembira dan bergelak ketawa
ingatlah kenikmatan sujud menghadap Allah swt
ingatlah ibu dan abah yang selalu menyayangimu..
kalau kesedihan itu mendekatan kita kepada Allah swt adakah kesedihan itu satu kesedihan?
Hati yang selalu sakit lama2 akan menjadi busuk..
orang baik yg selalu sakit hatinya akan bertukar menjadi org baik yg punya hati yg jahat
memaafkan adalah ubatnya..sabar juga begitu..seringkali kemarahan melangkaui kesabaran..
walau begitu kesabaran sentiasa menang di akhirnya
rara..
ibu dan abah selalu mendoakan supaya rara menjadi anak yg solehah patuh pada perintah Allah swt..

iburara: Ramadhan yg membawa berkah..

Wednesday 3 August 2011

Pagi yang indah...

Ramadhan 4
untuk perhatian,ibu bangun sahur tadi rara pun sibuk join sahur:) sudah besar nanti boleh tlg ibu didapur,,bestnya.......
okeh,
Sila senaraikan kelebihan yg ada pada diri anda:
1.emm
2.emm..emm
3.hmmmm
biar jawab dlm hati.Jd apa pun orang cakap or persepsi org terhadap kita let it go..yg penting u know who u are?kan?Vanggalah dengan kekuatan diri jgn terlalu bandingkan diri dengan org yg dpt lebih sebab rezeki Allah itu xkan pernah putus bg hamba yang selalu berdoa.Semoga ramdhan tahun ini membawa barakah untuk kita semua.Bandingkan diri dengan org yg dpt kurang mudah2n kita menjadi org yg bersyukur dan terpelihara dari hasad dengki dan penyakit hati yang lain.
amboi-amboi..subuh2 gajah (bak kata bestfren ibu,aunty Farah)ehehehehe...dialah org pertma ibu dengar sebut perkataan itu...eheheehe...sowey mekk..actually memg wujud jgalh perkataan itew...hehehehe.
okeh fokus..amboi-amboi subuh2 gajah ibu sudah bertazkirah..hehehehehe..ambil mode mau p kerja.mudah2n saja pesakit2 semua sihat hari ni..semua duduk diam2 dirumah..hehehehehe
Okeh Little Rara ibu sedang menghabiskan 1000 flyers untuk di edarkan,usaha seterusnya menyiarkan iklan di new sabah times start 8/8 selama 9 hari,next...Usaha lagi tawakkal lagi,next...heheheheheheheh Semoga usaha kita diberkati.
semalam rara sudah boleh jalan...sangat indah momen itu....:)

iburara: rara ibu sudah tempah baju,tahun ni kita seragam hujau lumut,rara ibu x pakaikan baju kurung,ibu tempah gaun:)

Tuesday 2 August 2011

Peristiwa ITU

Ramadhan 3..
Entry ini adalah berkaitan dengan kejadian hari pertama ramadhan...
Rara ibu minta maaf sebab kecuaian ibu menyebabkan tangan rara luka sayang..berdarah..huhuhuhuhu....rara sedang berdiri menghadap tingkat ibu tarik badan rara rupanya rara sedang pegang cermin apa lagi habis jari telunjuk,middle n ring finger rara luka berdara, terhiris cermin.sungguh hati ibu sangat terluka,ibu sangat sedih sangat panik sangat menyalahkan diri ibu..ibu minta maaf sayang..tidak sanggup melihat jari sekecil itu yang berlumuran darah..huhuhuhuhu...enty yg sangat emo!memang seharusnya...;(
Rara anak yg kuat..menangis hanya sekejap tp kesalan ibu sepanjang hayat.inilah iktibar jangan sesekali terlepas pandang dengan c kecil.Tiada gambar yang mampu ibu ambil,rara juga begitu..langsung tidak mahu tangannya yg cedera itu disentuh..xpa nak ibu hormati privasi rara.mungkin rara sedikit trauma sebab ibu tahu ia sakitttt..mmg sakittt...
Petang ibu balik dari kerja,mandikan rara,sekali lagi rara mengangis bila jari rara terkena air..ibu minta maaf sayang..ibu cepat2 mandikan rara dan pujuk rara.Alhamdulillah rara anak yang baik...mudah dipujuk,anak yang tabah.
Alhamdulillah hari ke2 ramadhan luka dijari rara sudah kering..mandi pun boleh main splashing2 lagi...hati ibu pun senang:)

iburara: senyuman rara selalu menceriakan hati ibu tangisan rara buat ibu rasa lebih bertanggungjawab:)

Sunday 31 July 2011

Menyusukan di bulan ramadhan

1 ramadhan:selepas sahur
Alhamdulillah..kalau boleh hari2 mau update blog di bulan ini vagi mengisi masa yang terluang sebelum subuh..ehehehehe
ibu sudah punya pengalaman berpuasa dan menyusukan pada tahun lepas.Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.melalui pembacaan ada beberapa tips yang ibu amalkan iaitu:

1.Mind setting-tetapkan di mind kita bahawa susu tidak akan kering semasa puasa malahan perlu lebih kerap mengosongkan payudara.
2.lewatkan waktu bersahur.
3.amalkan memakan buah kurma,KHASIAT KURMA
4.Minum susu

simple sahaja,ibu tidak suka merumitkan smua perkara sebab banyak perkara rumit yang perlu diselesaikan.eheheheheh..
salam sayang dari ibu....dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada pembaca:))

ibu rara

Salam Ramadhan al Mubarak

Esok Isnin kalau ikut kalendar Islam esok ialah 1 ramadhan.Alhamdulillah sudah ramadhan rupanya..Alhamdulillah masih bernafas,masih mampu melakukan tugas seharian,masih mampu melakukan tugasan sebagai hamba Allah.Kan?
Rara sudah boleh bertatih 3 4 langkah..tp masih kurang yakin untuk berjalan,takut jatuh lah tu.Tiapa nak yang penting yakin pada diri,percaya pada diri..ibu dan abah sentiasa ada disisi walau apa pun terjadi.Percaya rara boleh.Rara kan anak yang bijak,jantung hati ibu dan abah;)
Ahlan wasahlan ya Ramadhan...ini ramadhan pertama ibu sebagai saudagar.mencari keredhaan dalm perniagaan.Tahun kedua sebagai ibu,sangat manis.Owh...terima kasih rara..muah..muahh
Little Rara-Alhamdulillah sudah ada promosi dari mulut ke mulut.Sekarang sudah ada member card so untuk diskaun sepanjang tahun boleh apply jd member selain itu..diskaun istimewa semasa hari jadi c kecil anda:)..laaaaaaaagi??hehe setiap saturday end of month kita ada moms happy hour Diskaun istimewa untuk barangan breastfeeding,baju,bra..suma lah..hehehehe..syokkan???hehehehehehe......
selamat Berpuasa dari kami sekeluarga:) semoga ibadah Puasa tahun ini diterima Allah swt.Semoga Little Rara akan terus berkembang.Semoga kita semua peroleh keberkatanNya.amin.

ibu rara: Ya Allah berkatilah rezeki kami,semoga ramadhan ini membawa seribu rahmat kepada kami.Amin Ya Allah.

Sunday 24 July 2011

Hari Raya...lagu raya...

Ehehehehhe..ni cerita pasal kemarin,sabtu,23.Julai.....
sangat2 syok berada di kedai sebab....Mall itu memutarkan lagu2 raya..wah....sukanya.....ibu suka bangett nih...semangat hari raya sudah ada..customer pun ramai datang beli persiapan raya awal-awal..wow!!!sangat Wow sebab ibu belum ready 1 apa pun utuk famili mini kita ra...hahahahahahaha..xpa baju rara pilih aja mau brand mothercare,barbie or oshkosh..ehehehehhe..baju kurung no hal lah..nanti ibu buat kan??oPss.propa jew.ibu buatkan di kedai jahit berdekatan ya nak ya..rara sudah setahun 2 minggu..ibu sudah tida sabar menunggu rara bertatih,berjalan apa pun termnya ibu sudah tidak sabar...mahu kita jalan berpegangan tangan..atau juga rara akan berlari dan ibu yg gumuk ini akan mengejarmu..owh jangan sayang lemak ibu nanti..heheheheheheh
Rara sekarang sudah berdiri without support..endurance less than 10second..its okay practice makes perfect nak..ibu suka..ibu tahu rara memang anak yang kuat, semangat yang tinggi dan tidak mudah mengalah sebab setiap apa yang rara mahu rara akan buat sampai dapat..contohnya..mencapai alat-alat solek ibu diatas meja solek..yah..mula2 jari kecil rara mencapai barangan atas meja randomly..kemudian bila jumpa okbjek yang boleh dijadikan tangga seperti botol kerja ibu,rara gunakan untuk memanjat meja solek tersebut.Owh..apakah??
pintar amat..tapi paling ibu suka rara sudah pandai cium tangan..bila sebut shake hand..rara akan terus shake n cium tangan..so weet sayang..paaaaaling ibu suka bila rara tunjuk sayang..rara akan cium ibu dan abah berulang kali dan tepuk tangan..tandanya pandai..anak ibu ini memang pandai orangnya..selain manis dan cantik-kalau bukan kita yang puji anak kita siapa lagi;)
hehehehe..rara kalau posing depan kamera memang terer..hehehehe
ya..Little Rara..alhamdulillah customer makin bertambah..Alhamdulillah...ada customer bg cadangan supaya buat member card,terima kasih akan ku usahakan..memang selama ni ada terfikir cuma belum terlaksana..InsyaAllah dalam masa terdekat..ada cadangan lagi???hehehehehhe....sekarang masih berada di bawah mencari marketing untuk little rara..masih berusaha menvangunkan tiang..ya masih berusaha..yang penting usaha..jgn duduk diam menunggu sesuatu yang tidak pasti lebih baik kita sendiri yang bergerak kesana.Little Rara..Moga Allah swt mempermudahkan segalanya.dan moga ramadhan ini membawa rezeki kepada kita semua.Amin Ya Allah.Jangan Putus asa..Okeh.semangat..semangat..;).
Owh ya..Little rara cute picture contest  masih berjalan sehingga 20 ogos nanti..Alhamdulillah sangat suka melihat c comel2 beraksi..pemenang akan mendapat voucer beli belah di LR sebanyak RM50 dan Gambar pemenang itu akan di tampal di butik LR.!Terma dan peraturan boleh didapati di Little Rara Boutique (onlineshop).Kepada yang belum join..jom2 join..hehehehehe

iburara: mimpi akan sentiasa jadi mimpi jika tiada tindakan.salam ahad.esok Isnin..kerja???OMG..hehehe

Sunday 17 July 2011

My little Diary

Hari ini sangat penat..baru balik dari LR (little Rara),tutup kedai awal sikit hari ni sebab mau p edarkan flyers di kawasan perumahan terdekat.so hampir sejam pusing2 dikawasan perumahan dan ibu bertindak sebagai posmen, umi rara pula bertindak sebagai pemerhati rumah yang banyak prospek..hehehehe terima kasih umi rara..Hanya Allah swt dapat membalas budimu.
apa yang lucu bila ibu letak flyers di peti surat ada la c kecil yang main diluar rumah excited bgtau mama diorang ada surat sampai..hehehehhehe..ada ciri posmen kah?layan jalah..yang penting orang tahu Little Rara ada berdekatan mereka.Kedai yang menawarkan semuanya untuk ibu,bapa dan yang paling penting untuk c kecil itu..yang comel dan bijak itu..ya sudah tentulah anak-anak anda..anak-anak kita..dan barulah ibu tau kepenatan bekerja sebagai posmen!tabik spring dengan para posmenUall rock!
Balik rumah tadi rara sudah lena..maybe penat.Terima kasih sayang sebab temankan ibu.Jadi inspirasi ibu.Jadi segala-galanya buat ibu.so rara sudah masuk buaian dapatlah ibu mandi,makan,solat,ready baju for kerja tomorrow, n sediakan sayur lauk untuk rara,esok pagi ibu tinggal labuhkan saja apa yang patut.Alhamdulillah.Abah p mancing harap2 balik bawa ikan paus.ahahaha..propa je tau>)
thats all for today.Alhamdulillah semoga hari esok dan seterusnya sentiasa lancar dan bertambah baik.dan semoga hari anda juga begitu:)

iburara:hari2 yakinkan diri sendiri..Yes YOU CAN!!

Saturday 16 July 2011

Little Rara-from moms to babies with love

Dalam perniagaan biasalah ada turun naik..apa lagi kalau mula berniaga orang pun xkenal lagi maka banyak lah tangga yang perlu di panjat.Ibu faham dan tahu risiko itu dan ibu bersedia untuk berjuang.Belum ada orang berniaga yang terus berjaya dalam masa seminggu..adakah??kalau ada mau juga menuntut ilmu..heheheheheheh..okeh hari ini sabtu kedai aka little rara boutique ditutup sehari sebab ada kenduri menitir sebelum puasa..intro bukan men suspen kan..ahahahahaahah
kenapa?ya soalan sebelum memulakan perniagaan ialah kenapa memilih jenis perniagaan butik?sebab ibu suka dengan pakaian kanak-kanak yang berjenama tapi selalu telan air liur melihat harganya..Jeans kanak-kanak Jenama A** RM89.90??aduhh..warna dark purple sangat2 comel.my heart melted..but its too much.ibu dan abah memilih untuk membesarkan rara secara sederhana,biar yang mewah hanya kasih sayang.InsyaAllah..
Bukan senang mahu memulakan semuanya kalau bukan kerana impian mahu jadi seorang usahawan yang punya kebebasan berkreativiti lebih baik duduk diam dan makan gaji. TIDAK!ibu mahu setiap 5 tahun fasa hidup ibu berada ditahap yang berbeza.sudah tentu di fasa yang lebih baik dari sekarang.Rara adalah inspirasi ibu.semuanya demi kehidupan kita di masa akan datang.Abah adalah tulang belakang ibu.Kalau bukan berkat sokongan abah,galakkan,nasihat,penat lelah abah membanting tulang,mengeluarkan modal buat ibu mencapai impian ibu semuanya tidak akan jadi kenyataan..Hanya Allah swt membalas jasa abah.Terima kasih abang.Ibu akan berusaha bersungguh-sungguh,ibu mahu jadi usahawan Islam yang menjalankan perniagaan berpandukan syariat.sekarang LR sudah ada tapak,ibarat bayi yang baru lahir perlu memperkenalkan namanya kepada semua orang.sekarang ialah masanya.Promosi habis-habisan perlu dilakukan.saingan semakin sengit.tindakan harus pantas!Ya Allah aku mohon dijauhkan dari hasad dengki dan khianat manusia.Amin.
Buat masa ini, ibu sibuk mempromosi secara online dan mengedarkan risalah.InsyaAllah daripada 1000 keping risalah, pastinya ada yang terbuka hati untuk datang ke butik melihat sendiri dan InsyaAllah menjadi pelanggan di LR.Pelanggan adalah priority kami.Setiap cadangan dari pelanggan akan kami penuhi.Ramai customer mahu kami menjual peralatan bayi,baju2 bayi baru lahir,selimut bayi,baby gift,tambahkan koleksi baju baby boy..Alhamdulillah semua sudah ada.. xpercaya??datanglah..hehehehe
Terima kasih tidak terhingga kepada yang mempercayai kami.InsyaAllah dalam hati mahu mempunyai produk sendiri.InsyaAllah tiada yang mustahil dengan usaha yang tidak mengenal jemu-ini adalah kata2 dari bisnesman yang berjaya bukan ibu cakap..ngehngeh tapi betul kan??.Janji Allah pasti benar.Setiap yang berusaha dengan penuh kesabaran pasti akan berjaya.Ibu menulis post ini untuk memberi  motivasi kepada diri sendiri Ibu masih baru sangat baru dalam dunia perniagaan ibu tidak layak beri motivasi kepada orang lain,ibu cuma berkongsi semuanya yang ibu perlu tempuhi dalam perjalanan ini..Memang banyak liku2 yang perlu diharungi tapi itu adalah pelajaran yang perlu dipelajari pengalaman yang perlu ditempuhi yang tidak dapat dibeli dimana2.Jangan putus asa untuk melalui semua ini kerana Allah swt itu Maha Penyayang.Ibu yakin ibu tidak keseorang.Itu ibu pasti.Alhamdulillah.Semoga semua orang yang berusaha itu berjaya.Amin.

iburara:berfikir,bermonolog,perjalanan harus diteruskan,tangga harus dinaikki sehingga kepuncak!

Monday 11 July 2011

nikmat menyusukan

Alhandulillah...Syukur atas rezeki Mu ya Allah aku masih mampu menyusukan anakku..Alhamdulillah...

nikmat yang ibu dapat semasa menyusukan rara..ini pengalaman ibu..
1.nikmat mengusap rambut, membelai rara sambil menyusukan 1 perasaan yang sangat sentimen
2.sambil menyusukan kita akan bertentang mata seperti kita sedang berkomunikasi
3.ibu suka mencium rara semasa dan selepas menyusukan
4.Ibu suka berdoa semasa menyusukan rara, ibu berdoa semoga air susu ibu dapat menyihatkan rara,mencergaskan rara,menjadikan rara anak yang bijak,baik tingkah laku,agar rara menjadi anak yang solehah..
5.Kita punya perasaan yang kuat antara ibu dan rara.Tanggapan orang bahawa menyusukan anak dengan susu ibu menyebabkan anak jadi manja(mudah menangis) adalah salah.bukan manja tetapi rapat.bounding between mom n babies.
6.Kasih sayang ibu melimpah ruah untuk rara, susu ibu mengikat kita..
7.dengan menyusukan boleh membakar 500 kalori..banyak tuh..hehehehe
8.semasa menyusukan ibu rasa sangat tenang,sangat relax,dan hilang stress di badan.Alhamdulillah..
9.semasa menyusukan adalah peluang untuk kita berdua bermanja,our own precious moment.sangat indah.
10.Gambar dan senyuman rara adalah x-faktor ibu semasa memerah susu di office.Terima kasih sayang sebab senyuman itu ibu mampu memerah susu untuk rara.
adaaaaaaaaaaa..........banyak lagi nikmat menyusukan yang ibu pasti ibu2 lain turut merasakan..betapa Hebatnya kelebihan yang Allah beri kepada ibu2..walau anak angkat..seorang ibu juga boleh menyusukan.Susu ibu mampu memberi taraf mahram kepada anak angkat.Betapa besarnya nikmat itu.Syukur Ya Allah di atas nikmat ini.walau ada ketikanya ibu ini terasa down, sedih bila yang diperah hanya 1 oz.tapi bila ingat senyuman itu semangat yang datang mencurah-curah.Bila ingat gelak ketawa rara,telatah rara yang bijak mengambil hati tidak sanggup rasanya berkongsi rara dengan susu formula.Rara adalah milik ibu dan abah.ibu mahu rara membesar dengan nilai kasih sayang dan air susu ibu sehingga rara sendiri mahu berhenti menyusu.InsyaAllah.
kasih sayang ibu sedetik lebih.
iburara: ibu cuma orang kecil yang berjuang untuk menyusukan rara..diluar sana banyak ibu2 yang sanggup berjuang bermatian demi memberi susu ibu kepada anaknya .sungguh ibu kagum.TAHNIAH ibu-ibu!

Friday 8 July 2011

Roti Jala Kuih Sampan

sebelum balik kg abah sudah pesan mahu ibu belajar buat kuih sampan..kuih kegemaran abah..ibu orait ja..ehehehe sebab ibu pun suka makan..eheheehehhee..jom2 tengok resepinya..
bahan-bahan
adunan pertama-color putih
2 cawan tepung gandum
santan-1 biji kelapa
garam-secubit
adunan kedua
2cawan tepung
santan-perahan ke2 (perahan pertama untuk acuan pertama tadi)
air pandan(amik pandan n blender amik airnya)
gula melaka letak atas bekas (daun pisang yang sudah dilipat)then baru masuk adunan ke2
daun pisang yang dilipat bahagian hujung untuk dijadikan bekas.
cara masak steam selama 5minit..
Jom layan...
adunan pertama
adunan ke2 color hijau
masukkan dalam loyang untuk dikukus..masukkan color hijau dulu baru lapis color putih(adunan pertama)ada nampak macam sampan ka?
sudah siap....ehehehehe....
second resepi..ehehehehe
Roti Jala
bahan cukup senang...
tepung gandum
secubit garam
pewarna kuning
sebiji telur
kuah-kari ayam
layan....
pastikan adunan itu cair
menggunakan acuan roti jala pusingkan atas kuali beberapa kali
udah siap..percubaan pertama..berjaya walau ropenya xseindah rasanya..ngengeh
**jalan2 di tesco jumpa acuan roti jala terus beli macam dibfort teda hehehehehe..semangat bah!

iburara: kalau sudah satu2 resepi jadi terus bersemangat mau buat lagi..ehehehe..next?

Tuesday 5 July 2011

selamat Hari Lahir buah hati ibu&abah...

selamat hari lahir sayang (walau blog ini ditulis bukan pada hari lahir rara)..30.Jun.2010 6.09pm rara selamat dilahirkan..betapa ibu & abah sangat bersyukur dan gembira memilikimu sayang.......tahun ini 30.JUn 2011 kita menyambut harijadi rara di rumah opah..sangat pantas masa berlalu sayang..rara sudah setahun,makin bijak,makin pandai ambil hati,makin suka mencuit hari, dan kadang2 buat ibu rasa geram bila rara sudah pandai menyembur makanan dari mulut...bukan setakat rara yang comot dengan ibu sekali..hehehehehehe.
rasanya baru semalam ibu menjadi mak buyung..kehulu kehilir membawa perut..lepas tu merasa kesakitan selama 11 jam untuk melahirkan rara..menyusukan rara..bermain dengan rara, mereka resepi untuk rara, jalan2 dengan rara...wahhhhhhhh....ibu sangat emo bila mengingati detik itu..betapa beruntungnya rara lahir dalam dunia penuh kasih sayang dan membesar dengan susu ibu..Alhamdulillah sudah setahun juga kita jadi BF partner.InsyaAllah akan diteruskan sehingga rara sendiri mahu berenti..
so majlis hari jadi rara kita sambut sederhana sahaja..impian di hati mahu meraikan secara besar-besaran di restauran makanan segera tapi ibu fikir daripada membiarkan orang lain menyediakan jamuan untuk rara lebih baik ibu sendiri yang menyediakan semuanya..lagipun rara belum faham akan erti sambutan itu..bila rara sudah besar sikit baru kita adakan majlis seperti yag rara mahu ya sayang..ibu dan abah sangat syangkan rara..
so apa menu nya???
1.kek hari jadi-of course.ibu plih papermint choc cake at JUST 2 eat
2.Bihun sup-Opah buat
3.nugget,frenchfries- mula ibu mahu buat homemade tapi abah kata nant ibu terlalu penat buat itu ini jadi beli yag segera saja
4.Agar2 laici- terlebih manis ibu buat..ehehehe..
5.Sandwich Pizza- ibu buat
6.Birthday decoration- done by mak ude rara, abah tukang tiup belon..hehehehe
7.jemput kawan2 pak su-di kg tu budak2 xramai..
so jom tengok gambo nye...ehehehehe



 HAPPY BIRTHDAY TO OUR SWEETHEART RARA






pak teh n mak teh



iburara: selamat hari lahir sayang..betapa ibu&abah sangat2 mencintai dan menyayangimu....mmuuaaahhhhh