To my little daughter RARA

..ini dunia kita..ada manis dan cuka namun kita tetap bersama mengharungi suka dan duka..

mybreastfeeding journey

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Saturday 26 March 2011

tekad ku dalam penyusuan!

salam rara,

hari ni ibu mau cerita pasal breastfeeding.dari sebelum ibu mengandung ibu suda berazam mau memberi anak susu ibu.Ibu mahu menyusukan anak ibu secara eksklusif.wahwah..sebenarnya semasa itu bercakap memang senang.berazam juga senang..bila sampai waktu rara di lahirkan..inilah pengalaman akibat kedangkalan.selepas rara dilahirkan..rara diberfi minum susu formula kerana doct meminta ibu supaya berehat  dan perlu baring selama 8 jam..dan..selama detik itu rara diberikan susu formula!sungguh ibu sangat menyesal bila mengingatkan titisan susu pertama yang jatuh ke mulut c kecil ibu adalah susu lembu!!sekarang rara sudah 8bulan seminggu..pun ibu masih terasa sedih bila teringat memori itu..maafkan ibu sayang..waktu itu ibu tidak tahu...

day 1,masih di hospital lagi staff nurse datang hantar rara(waktu itu rara berada di nursery),ibu pertama kali menyusukan rara..perasaan yang sangat lain..DAN sekali lagi akibat kedangkalan itu ibu merasakan tiada air susu yang keluar dan menyerahkan rara kpd sn untuk diberi susu formula!sungguh ibu sangat sedih...

day 2 tiba diruma..ibu masih cuba dan cuba untuk menyusukan rara..masih belum ada air susu yang keluar..sungguh ibu sedih...entry yang penuh kesedihan...walau rara diberi susu formula ibu tetap berusaha dan berdoa semoga rara dapat merasa susu ibu.ibu tetap susukan rara.

day 3 malam.baju ibu basah..rupanya sudah berjaya!wah bukan main senang hati..tp rupanya penyusuan ini perlu teknik..semuanya perlu dipelajari..hehehe..bukan senang mahu mengadjust posisi ketika menyusukan.macam2 taktik dipelajari dan akhirnya kita bersama2 dapat jumpa posisi yang ngam dengan kita.hehehehe..dan seterusnya kita menjadi rakan sepasukan yang terbaik!

kali pertama membuat stok susu adalah selepas rara berumur 4 minggu..masa itu mahu pergi kekelas menjahit.DAN akibat kurang ilmu itu..ibu memerah susu untuk rara didalam botol yang sama,selepas diperah diletakkan sahaja di dalam bilik,selepas itu ibu memerah lagi didalam botol yang sama(so susu yang di perah td dicampur saja dengan susu yang baru diperah)apakah itu?konsep yang sangat silap..nasib baik ibu banyak belajar melalui internet.rupanya2nya susu yang diperah perlu di letakkan didalam peti sejuk sayang...

setelah 2 bulan..ibu sudah kembali bekerja.oleh kerana tempt kerja ibu dekat ja dengan rumah so ibu decide untuk balik saja ke rumah untuk menyusukan rara sehingga rara berumur 6 bulan.dan kebetulan waktu itu ibu bertugas di bahagian kes pediatrik @ x busy..

selepas 6 bulan ibu decide untuk mengumpul ebm ..express breast milk..ibu tidak pulang kerumah jam 10 am spt biasa dan jam 3 pm sebab roster sudah bertukar dan tidak punya masa untuk pulang menyusukan rara.so pd waktu itu rara di beri sip..susu ibu perahan. ibu beli breast pump jenama tommie tippie, ibu beli bag dari moms lil one untuk angkut keperluan peralatan memerah susu and container and cool bags.wah sangat comlicated nampak gayanya..tp suma nya jd senang asal nampak wajah kesayangan ibu ini..

okeh bagaimana sistem ini berfungsi..sebelum memerah pastikan anda amalkan 5 moment hand hygiene,cuci tangan,peralatan pam kena sterelize,milk storage juga begitu. selepas mengepam sus diletakkan dalam milk storage dan ditulis tarikh dan masa perahan,dan diletakkan dalam cool box or peti sejuk.selanjutnya..nanti kita bincangkan.ibu tidak layak untuk memberi nasihat yang boleh ibu salurkan hanyalah pengalaman yang boleh di ambil iktibar..;)

ibu juga x suka mengcopy paste sumber mklumat dari blog lain dan ditangkap muat dlm blog ibu.owh sangat skema ibu pd hari ini rara..


besfren ibu..


hehe ibu memerah di opis, di bilik paling hujung..itulah hasilnya..tidaklah semeriah mana..tp cukup untuk rara
hasil selepas 2 minggu ibu mula mengumpul ebm..
sekarang dan seterusnya ibu akan sentiasa meneruskan perjuangan ini.InsyaAllah niat ibu sehingga rara 2 tahun lebih pun ndapa..ibu tak kisah!

ibu rara: tekad ku dalam penyusuan masih belum selesai.Semoga Allah Permudahkan semuanya. Amin.Abah rara thanx for the support!

Tuesday 22 March 2011

LOvE @ my 1st sight!!!

Dear rara...

 sejak pertama kali melihat wajah anak ibu ni ibu sangat2 jatuh cinta dengan rara..walau selepas rara dilahirkan diletakkan di nursery ibu sangat2 rindukan rara..abah jangan cakaplah..sikit2 g tgk anak dara dia di nusery...bla sudah balik kerumah lagilah x boleh berenggang dgn rara..ntah kenapa ibu dan abah jd mudah rindu dengan rara..inilah namanya love at the 1st sight..hahaha..we love u so much sayang..nothing can describe how much we and all the family (both ur nenek n opah's side) LOVE u..

hari demi hari dan bulan berganti rasa sangat cepat masa berlalu..semasa entry ini ditulis rara sudah berumur 8bulan 3 minggu..rara boleh duduk dengan seimbang,stand with support,walking furniture..dan huhuhu sad to tell yu tat 2 days be4 this entry rara jatuh dari buaian jam 3.22am 21/3/11..im so sorry...!

Owh ya ibu forget to tell rara regarding the majlis papat jambul..hehehe..almaklumlah ibu kan C-section org kata effectnya pelupa..owh betulkah???..okeh refresh semula..erm majlis tu kita buat kecil-kecilan saja sayang..jemput family terdekat..masa tu rara berumur 40 hari..ibu belikan rara baju long sleeves putih..dalam majlis tu rambut rara akan dipotong sikit..let c da picture lah..then the next day ibu ke klinik Dr.amjah untuk proses berkhatan pula..Gambar?nda payahlah show off sini...ngehngeh..
rara 4 days after delivery
 ur so adorable..muahmuah
 opps terkeluar pula gambar ibu&abah tem sanding di perak ra..hihihi
eh eh mana gambar2 rara tem papat jambul?........to be continue..hehehe
ibu rara: aduhh ibu update blog guna labtop abah,gambar2 papat jambul tu dlm labtop ibu yg ibu simpan di opis..sungguh!

Friday 11 March 2011

..food for love..i love u..

sayang rara anak ibu..

since rara udah gede' owh ibu suda terpengaruh dengan sinetron indon kejora dan bintang ..oki ulang type since rara suda besar,bukanlah dewasa maksud ibu udah cukup umur untuk makan solid food..ngehngeh..so inilah menu2 yang ibu sediakan buat rara..(setiap bubur atau puree yang ibu sediakan untuk rara ibu test dulu keenakkanya wah!kalau sedap set kalau nda reject gitew..)
bubur yang ibu buat semuanya berpandukan umur rara..sayur-sayuran YANG TERBAIK DARI LADANG!
bubur nasi with brocoli
Desert: papaya juice
 
sweet potato yang sudah direbus dan di tapis

ok yang ini suda siap sedia dihidangkan 
sweet potato mix with susu ibu,yummy and creamy!
baki susu ibu ibu tersebut untuk menjadi minuman rara pula.
bubur nasi with carrot puree
olah!stok 3 hari carrot puree disejuk bekukan.
to be continue......

iburara: belajar dan belajar!

Saturday 5 March 2011

Tik..tik..tik..Waktu berdetik

Rara anak ibu..

after 10 bulan ibu mengandungkan rara..setiap hari makin tia sabar mau jumpa rara..ibu n abah very excited about it!Ibu sudah buat persiapan sejak rara dalam kandungan 7 bulan lg..beli sikit2 bilang mummy ian..so bila sudah 9 bulan suma barang2 untuk menyambut kelahiran sudah siap dalam beg..beg yg ibu beli tu sekali ja ibu pakai.ngehngeh.
pukul 3 am 30 jun 2010, ibu pas dari toilet (macam besalah pasal tem ni rara py kedudukan betul2 atas ibu punya urinary bladder jd ibu cpt mau pu).then ibu pun baring atas katil.mau sambung bobo(tidur) lah kunun.around 3.20am lah tu rasa macam ada air tiba2 mengalir..sekali tingu darah..wah2..ini petanda bagus ni.so ibu panggil abah yg sdg tgk worldcup tem tu..so abah tanya ''ada sakit n ada kuar air ketuban?'' ibu kata teda..so abah suh rehat jalah atas katil...
 kul 5.30am siap2 bertolak ke Damai specialist centre..ibu suda book untuk melahirkan rara disana.dalam perjalanan ibu n abah doa supaya kami sempat sampai ke hospital itew.shubab hospital itu ada di kk ra..take around 1 n half hour to reach.mana jammed lg awal pagi.
So akhirnya sampai juga ke DSC around 6.50am..p daftar di kaunter and naik ke tingkat 3,ibu ambil katil single (private room)takut ada pesakit lain terganggu dgn kelunakn sora ibu tem meneran nanti.hihihihi.So ini gambar sebelum kejadian around 7 lebih am(masa ni ada uncu datang bawa sarapan)..hihi


masih mampu tersenyum..kul 8.30 gynae datang buat VE (vaginal examination) Dr.J"bagus rahim sudah buka 3 cm,so nanti jam 11am saya datang lg..Okeh hati suda berdebar2 dan berbunga2..Jam 11 datang buat VE lg..Dr.J"rahim suda buka 5cm,dalam jam 3 pm should be boleh melahirkan,sudah ada kontraksi,n saya akan tolong pecahkan air ketuban untuk cepatkan proses" ibu"ok doc"dr.J "mahu suntik ubat tahan sakit?"ibu tanya abah, kata xpayah nanti mau meneran xrasa pula"okeh ikut pandangan profesional abah.xpayah suntik penahan sakit,let it be naturally..kontraksi sudah terasa..sakitnya hanya Allah swt Maha Mengetahui.Dr.J"okeh nanti jam 3 saya datang lg"...kontraksi dari 5min to 5 second to 1 second..tik..tik.tik..waktu berdetik..Lunch??cuma sesudu bubur yg mampu ibu telan..keadaan yg amat xselesa..
Pukul 3 pagi..owh bukan..sudah kul 3pm..tp dr.J dtg kul 3 lebih cikit..ndapalah..Dr.J buat VE lg..uiii..sakit..so ibu tgk muka dr.J berkerut n he said"rahim u still buka 5cm,mostly many case mmg rahim xkan buka,now kna consider ibu dan baby,risk baby lemas,ect..ibu"sya takut n xmau operate",dr.J"ok kita tunggu smpi jm 6pm..kalau xbuka the best is lscs..ibu"ok"..ni gambar selepas kejadian..air ketuban yg sdah dipecahkan,dan kontraksi yg smakin kerap..
tu nurse bilang jgn push..deep breathing saja
wah..sungguh huduh..mmg hebat ummie rara ni ambil gambar ibu yg sedg menahan skit.hidung yg kembang mnahn skit..haha..ngam2 betul gmbr ni tau..ok finally 5.20pm dr.J datang,ibu,abah stuju untuk operate sebb dr.J cakap even tunggu smpi jm 11mlm blum tentu rahim akn buka.so muktamd lscs@cesarian lah..then pakar bius dtg bg consult yg ibu akn dibius half body..laaaaaaaaaagi ibu takut..tp no other choice ibu redha.so ibu pn di preparekan untuk operation procedure.
Okeh..untuk masuk ke OT(operation theatre) ibu kena pindahkan ke stretcher 3 kali,masa dalam wad sekali, masuk bilik 1 (1 bukan nama bilik sebenar pasal ibu suda lupa nama tu bilik..ngehngeh)..then masuk dalam dewan bedah ada 1 bilik kena transfer lg ke katil pembedahan.
So lepas kena bius half body,belum sampai 5 minit kaki ibu sudah kebas,dr.J ada cucuk hujung kaki ibu tanya ada rasa ibu cakap teda..then dia start buat prosedur, ibu terasa seperti kulit perut ibu ditarik2..ibu bgtau pakar bius yg ada disebelah,doct napa saya ada rasa perut saya macam kena tarik..tu bius belum jalan lg..Dr.bius,''memg kamu akan rasa pergerakkan cuma kamu xda rasa sakit,ibu"owh..ya betul tem tu mmg ada rasa tu pergerakkan,tp oleh sebab takut jadi ibu fikir tu bius belum function lg..Mode tem tu::sangat takut!
Masa yg diambil untuk keluarkan rara dari perut ibu sangat sekejap,jam 6pm ibu masuk bilik pembedahan,6.09pm rara sudah keluar dari perut ibu(nurse tulis dalam kad tu tp mmg tem tu rasa sekejap),rara keluar ja dari perut ibu penuh 1 bilik dengan tangisan rara..MY PRECIOUS MOMENT!abah,mumy ian,uncu n ummie yg tunggu diluar bilik operatin pun dgr sora rara..then lepas nurse bg tengok ibu muka rara,dia bawa rara keluar.xsempat ibu cium rara mungkin pasl sora rara yg nyaring tem tu diorg terpaksa bawa rara cepa2 keluar takut menganggu kosentrasi doct..hihihihi.
Ibu keluar dari bilik pembedahan dalam jam 6.40pm(ibu nampak ada jam dlm bilik tu)..badan ibu shaking macam org kesejukkan yg teramat,kesan tu bius.macam besa 3kali transfer ke stretcher last ke katil ward.Masa kena transfer tu ibu betul2 takut pasal half body still macam paralyze.sangat2 takut jatuh pasl badn ibu imbalance.nurse tu suh ibu pecayakan diorang yg ibu xkan jatuhTerus teringat pesakit ibu yg paralyze macm ni mungkin diorang rasa.INSAF!Ibu perlu baring selama 8 jam even kepala pun xboleh  angkat sebab dr bius bgtau kalau bangun or angkat kepala kesan jangka panjg akan sakit belakang n sakit kepala.Owh tidakk..
So according to abah dia sudah azankan rara n rara diletakkan di dalam nursery..
 Disini lah rara disiapkan,ditimbang dan diukur-3.03kg weight,48cm lenght
Rara yg baru keluar dari perut ibu

Ibu dengan nenek rara

 Para visitor,ummie,ian,nenet,muimui,uncu n mummy mumui

 Welcome to Family Rara
 rara sedang bobo

 ibu keesokkan harinya..
Semoga anak ibu sentiasa dalam lindungan Allah swt,menjadi anak yg taat pada perntah Allah,menjadi anak yang solehah dan segala kebaikan yang ibu sentiasa doakan untuk rara.Ibu dan abah sentiasa mendoakan yg terbaik untukmu sayang..
Alhamdulillah semua sudah selesai ibu balik kerumah 1 july petang,sorry no pic coz every one very excited to bring u home until no one realize to capture the moment.Von Boyage Damai specialist nanti i datang lagi..wahh..such a great experience to deliver a baby there..Thanx!


Peace!
Ibu rara: Abah thanx for your support.Masa entry ni ditulis rara sudah 8bulan sayang..tp ibu rasa spt kemarin rara dilahirkn..

Wednesday 2 March 2011

It's a burger

Rara anak ibu,
entri kali ini bukan berkaitan dengan makanan..ya bukan..ngehehehe....tem ibu pegnan 26 weeks means tem tu 6m++..okeh hendak dijadikan cerita lah petang tu ibu sibuk2 mau bercucuk tanam..iya2 buat batas la kunun..mau dekat maghrib tu ibu bleeding..so p poliklinik Permai memang nama sebenar..jumpa dr Florencia.So dia buat scan..everything is fine n ibu request la untuk scan jantina baby...

Jeng..jeng..so doct cakap "tu ada nampak dia punya burger",ibu-blur n xpaham..then dia tunjuk lg gambar dalam scan..owh perempuan rupanya..hihihihi..sungguh ibu agak tuyu(lambat) pickup..hahahaha..so burger adalah terms untuk baby girl lah..owh paham cekgu...kalau bby boy??ngehngeh..

oleh yg demikian ibu pun sibuk2 lah mencari nama prempuan..beli buku Panduan Ibu Mengandung dan Adab menyambut kelahiran..n Buku nama-nama dalam islam..owh sangat banyak pilihan nama yg ibu suka antaranya: Awlia,Aliah,Alya,Damia,Dania,Lidiya,NADRAH,Nayli,Qistina,Uzma n zahrah..kalo Abah punya cadangan dia mau nama yg ringkas..n kalau anak perempuan mesti ada Nur,lelaki Muhd. So instinct ibu lebih kpd nadrah..so nurnadrah..Qaliesya tu datang tem ibu sudah melahirkan rara..ngehngeh..rara?tanya mummy ian lah dia yg bg nama panggilan itew..kikikiki.NURNADRAH QALIESYA BTE IBRAHIM  permata hati ibu dan abah..
ibu rara: teringin mau makan double cheese burger

Tuesday 1 March 2011

My Chronicles..

Rara anak ibu..

Semasa ibu pregnan ada beberapa amalan yang ibu amalkan antaranya setiap hari ibu akan berselawat dan membaca surah 3 kul..dari awal ibu pregnan lagi ibu suda bertekad mahu menyusukan rara (fully breast feeding)..ibu belum tidak mengalami morning sickness sepanjang mengandungka rara,cuma ibu kuat makan lebih dari biasa tp kalau x pegnan pun mmg ibu mmg sentiasa berselera..hihihihi(sila abaikan).Mengidam?teda mengidam apa pun cuma ada teringin makan kerang bakar di bandar baru kampar tu tempat abah selalu lepak dgn kawan2 dia tp bila balik rumah opah tem tu tiada pula kena jual,tp xlah kecewa sgt or mcm org mengidam selalu react tuh..okeh ja cool..ngehehehe..
ibu sedang mengandung 4 bulan...berat dalam 52-53kg ja..
ibu mengandung 6 bulan masuk 7..comel kan baju tersebut..thank u to my lovely sista who sew tis dress-mummy ian!

Lokasi:Jeti cptank

 Lokasi Kinabalu Park
ibu semasa mengandung 7 bulan ..perut ibu xlah besar ra..berat ibu pun normal juga..Alhamdulillah..jeng jeng jeng tibalah gambar mak duyung bukan mak buyung hahahaha..
tem amik pic ni kebetulan adalah hari rara genap 9 bulan dalam perut ibu sayang(sempat mandi laut lg kita ra)..dan lg..
gambar ni seminggu sebelum rara dilahirkan.masa ni kaki dan tangan ibu amat comel2 blaka, pipi yg chubby ngehngeh..dengan segala hormatnya berat ibu adalah 60kg!muktamad..peace**owh sila abaikan meja solekku yg semak itew..
hehe nilah kronologi ibu tem pegnankan rara..Doa ibu dan abah semasa itu:semoga dipermudahkan segalanya (proses kelahiran) dan rara yg berada dalam kandungan ibu sentiasa sihat.Abg thanx for everything.Love u so much.
nanti ibu cerita pasal detik kecemasan kelahiran rara pula..

ibu rara: sangat2 aktif menendang perut ibu terutama masa subuh n lepas jam 10mlm..

Detik Kebahagiaan!

Rara anak ibu,

ibu dan abah sangat2 menyayangimu sayang..detik2 paling bahagia ialah bila ibu tahu ibu pregnan..wah 6 bulan juga ibu tunggu.ngehngeh..dalam masa 6 bulan tu balik2 jugak bt upt..tett jawapan yg hampa..but one day..ibu ingat lagi waktu subuh ibu mimpi upt ibu +ve,terjaga 4.55am..ngehgeh.. lantas p buat upt..wah entry ini penuh dengan words upt..apakah?upt itu..(urinary pregnancy test)yah betul...

okeh kita sambung..Syukur ya Allah keputusan nya benar spt mimpi ibu..ada 2 line spt pic dibawah..

knapa ada dua ujian tersebut..kerana ibu mau kasi confirmkan lagi..ngehngeh..bukan nda pecaya..subuh tu ibu buat sujud syukur sebab doa ibu selama ini diperkenan Allah swt..Alhamdulillah..

1st scan 6week rara dlm perut ibu..nampak ada kantung tu ra..didalm tu lh rara membesar sayang...


oleh kerana rara(semasa ibu sdg type ni crita) sdg sibuk explore botol mineral maka nnti ibu sambung crita lg sebb mau lyn rara dulu..hihihihi

ibu rara: flashback blik memory semasa pregnan.siukk!(best)