To my little daughter RARA

..ini dunia kita..ada manis dan cuka namun kita tetap bersama mengharungi suka dan duka..

mybreastfeeding journey

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Saturday 24 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Masih mood raya? actually lama suda mau type entry raya ni..tahun ni giliran raya disabah.Macam biasa tiap tahun ada pla tema color kan..tema tahun ni kelabu so we all janji semua mesti pakai warna kelabu tanpa mengira corak atau harga kain..katenyee
 
 with my parent~
 the whole clan
 temptation!!!pergh

Friday 16 August 2013

Salam Aidilfitri

Masih di bulan syawal kan so masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin.Doa kami agar kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah, mendapat rezeki yang halal, anak-anak yang soleh dan solehah,memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat.


Tuesday 13 August 2013

First Entry 2013

Alhamdulillah...Alhamdulillah..

Rara 3 tahun dan thaqif 9 bulan alhamdulillah masih diberi peluang Allah swt untuk membesarkan mereka. sungguh mereka adalah harta dunia akhirat saya.sungguh saya sayangkan mereka..:)

Sebenarnya entry ini bukan ada berkenaan apa-apa..cuma proses membersihkan sawang-sawang akibat sudah lama tidak menulis blog.:)

Ibu masih disini semakin tua matang, selalu berfikir bagaimana cara terbaik untuk membesarkan anak, bagaimana cara terbaik menguruskan kerjaya dan perniagaan tanpa mengganggu masa bersama anak/keluarga, bagaimana cara terbaik untuk bersabar dalam menempuh alam rumah tangga, dan bagaimana untuk menjadi hamba Allah swt yang terbaik.

Berhati-hati dengan jalan yang dipilih.Bak kata suami saya bila memulakan sesuatu dengan cara yang tidak betul maka sehingga habis pun tiada yang betul.

iburara: formal kan bahasa saya..hihihihi sungguh!

Wednesday 12 December 2012

Thaqif n Jaundicenya

..my thaqif got breastmilk jaundice, so doct advice to stop breastfeeding for a while and mix with formula.What???depan MO say ok ja balik rumah cont BF hehehe..sebab jaundice thaqif walau mengambil masa lebih sebulan untuk turun ke 65 tapi xpernah pula sampai over 200!so ikut kata hati susu ibu tetap yang terbaik untuk thaqif.Alhamdulillah jaundice thaqif turun juga akhirnya~happy sampai rasa mau makan kek red velvet?hah?alasan hihihihi, walau bersalin kali ni sakitnya lebih azab, 2nd tem lscs kan, tapi paling best thaqif n ibu rara rooming in n ibu dapat menyusukan thaqif selepas selesai prosedur lscs.
 
Jadi apa di maksudkan dengan jaundice?kita masyuk sekowah masuk sekolah jap:)Jaundice atau kuning orang kita cakap kan bukan penyakit ok, setiap baby yang baru lahir memang akan ada jaundiceJaundis terjadi bila sel darah merah bayi pecah dan mengeluarkan bahan buangan bernama BILIRUBIN.semasa dalam kandungan,bahan buangan ini disingkirkan melalui plasenta ibu,tetapi bila bayi lahir,bayi perlu membuangnya sendiri. tetapi pada masa ini,hati bayi (organ yang akan menyingkirkan bilirubin) belum matang dan memerlukan masa untuk membuang bilirubin tersebut.
disebabkan mendapan bilirubin yg tidak dapat disingkirkan dari badan,maka tanda kekuningan ini kelihatan pada kulit bayi.
 
Breastmilk jaundice terjadi pada bayi yang menyusu susu ibu, sihat dan mengalami jaundice yang berpanjangan.Ianya biasa berlaku kepada bayi lelaki berbanding bayi perempuan.Simptom yang dapat dilihat ialan kulit dan mata putih yang kekuningan.Untuk maklumat penuh sila klik-Breastmilk Jaundice

Apa yang perlu dibuat?Sila bawa anak anda ke Klinik untuk cek paras bilirubin,Thaqif mula2 kami bawa ke KKIA day 4-180, day 7-165, day 10-172, day 14-160, day 18-155, day 20-144, day 24-160, day 26-118, day 28-128, day 30-105, day 32-65.Masa hari ke 28 tu kami bawa jumpa Doct cek punya cek, thaqif kena ambil darah 3 botol untuk macam2 test-liver function lah, t4 lah huhuhu ibu yang menangis tengok thaqif meraung2 kesaitan bukan sikit kena ambil tu..aduhh..sangat touch sampai abah suruh ibu tunggu dikreta.Malu kali wifenya lebih sudu dari kuah tu tem hahahaha..last2 doct cakap Breastmilk jaundice, n kena mix fm bg turun paras bilirubin, tapi sebab bacaannya masih ditahap yang OK..ibu cont breastfeeding saja.Susukan anak dengan kerap.

 buah hati kami..
 

Nurnadarah Qaliesya~Muhammad Amsyar Thaqif
Semoga menjadi anak2 yang soleh dan solehah.Kalian berdua adalah permata ibu dan abah,amanah dari Allah swt dan penerang kubur ibu & abah.InsyaAllah.

Iburara: mode ibu beranak 2,bukan senang bila dua2 minta perhatian dalam masa yg sama~~:)


 
 

Thursday 22 November 2012

our bundle of joy...

Alhamdulillah....rara sudah jadi kakak..ibu rara selama pegnn ni mmg alergic dgn gadjet2,itulah puncanya lama x update cerita2 sensasi..eheheh propa!ok back to the story, mkcik ni baru bersalin 5.november.2012,kul 4.59pm..dapat anak lelaki yg diberi nama muhammad amsyar thaqif yg bermaksud bijak,cergas dan mudah memahami.Alhamdulillah..rezeki Allah.dapat sepasang anak..
Bukan mudah menjadi ibu beranak dua..kagum dengn mama yg ada 8 org anak mampu menjaga semuanya dengan sempurna tanpa marah2,tanpa menunjukkan ketensionan depan anak,tanpa penat melayan,tanpa ada  kekurangan serba serbi,tanpa perlu jd tarzan..huh#ma..terima kasih..semoga Allah panjangksn usia kedua ibu dan bapaku,kasihanilah mereka sepertimana mereka menjagaku semasa kecil,kurniakanlah kesihatan yang baik kepada mereka.amin.

Wednesday 18 July 2012

Y breastfeeding?

Ini adalah artikel bulan januari (dalam folder draft) so semangat mau berblog sudah kembali ibu siapkan dan post~pun boleh juga..~**

aish tetiba hari ini ada mood mo share taught of the day?sebab bila selalu jadi rujukan kawan2 walhal bukan pakar pun hanya berkongsi pengalaman tapi semuanya perlu ilmu bukan?begitu juga dalam perihal menyusukan..amat perlu menuntut ilmu terutama bagi ibu2 yang bekerjaya.Betul??
okey sebaik bayi lahir kita sudah boleh start mengepam susu untuk disimpan,susu yang diperah perlu diletakkan dalam bekas yang bersih. Kenapa kita perlu mengepam susu atau kenapa kita perlu menyusukan anak secara eksklusif selama 6 bulan sehingga 2 tahun..
Dalam Islam menganjurkan supaya bayi disusukan dengan susu ibu, jika tidak mampu maka bayi diberi susu perahan, jika tidak mampu maka ibu susuan adalah pilihan ke-3 dan ke 4 adalah lain-lain alternatif.
Now, pilihan ke 4 adalah pilihan utama ibu-ibu.bayi yang minum susu formula terdedah dengan macam-macam bahaya
1.Keracunan makan dari sumber air yang kurang bersih, serta penggunaan peralatan yang tidak bersih semasa menyediakan susu formula.
2.Sembelit sebab tekstur susu formula yang kadangkala tidak sesuai dengan perut bayi.
3.Tersedak susu-banyak kes kematian adalah punca kes terdedak susu.
so berbalik kepada persoalan tadi kenapa susu ibu adalah terbaik untuk c manja?
  1. Susu ibu  mempunyai kandungan lemak, gula, air dan protin yang sempurna untuk tumbesaran bayi. Banyak kandungan yang ada di dalam susu ibu tidak ada di dalam susu lembu.
  2. Bayi lebih senang menghadam susu ibu dari susu formula. Ia mengandungi kurang protin dan protin yang ada juga lebih nutrisi dari susu formula
  3. Susu ibu mengandungi antibodi yang menolong melindungi bayi daripada bakteria dan virus.
  4. Susu ibu sentiasa steril, tidak pernah tercemar atau rosak.
  5. Menyusu menyebabkan anda lebih rapat dengan bayi kerana sentuhan akan membuatkan bayi merasa nyaman, selamat dan selesa
  6. Menyusu boleh memyebabkan badan anda membakar kalori dengan lebih cepat. Anda senang kembali ke bentuk badan asal. Ia juga menolong rahim mengecil dengan lebih cepat dan mengurangkan pendarahan. Menyusu mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.

dengan segala kebaikan yang ada kenapa perlu memilih susu formula???
ive  my own experience, my aunts persoalkan kenapa rara kurus, lepas tu bila tau rara susu badan terus cakap sebab susu badan anak kurus, xcukup susu, cucu dia gemuk2 pasl minum susu Fm..yalah susu fm kan susu lembu, lembu kan gemuk tulah cucunya gemuk mcm lembu~tu kata2 dalam hati sajalah..
kalau mau jawab mmg panjang dan lebar..susu fm kandungan lemak tidak terkawal berbanding susu ibu yang mempunyai kandungan lemak yang mencukupi keperluan si anak.gemuk tidak bermaksud sihat dan kurus tidak semestinya sakit.Alhamdulillah rara memang jarang demam atau selsema.Lagi satu anak yang menyusu badan tidak akan memilih makan, sebab dalam susu ibu ada macam2 perisa.Saya tidak membenci susu Fm, malahan rara sekarang juga mula menyusu FM-rara sudah berumur 2 tahun+..cuma bila kita tidak menyusukan anak secara eksklusif then u have no right untuk bercakap atau komen bagi pihak ibu2 yang mahu menyusukan anaknya dengan susu ibu.so hati2 bila mengutarakan komen yerrrr..

ikhlas..
iburara

Cerita baru..

Assalamualaikum....

fuh fuh fuh....banyaknya sawang di blog ibu..hampir 7 bulan xmengupdate blog disebabkan hal2 tertentu..ehehehe..pegnan kali ni ibu kurang suka dengan gadjet2, internet, komputer, tv..sungguh ianya sangat pelik uniq.pengalaman baru, betullah orang cakap setiap kali mengandung pengalaman tu xkan sama, macam tu juga anak, setiap anak ada keunikan masing2.Panjang lebar alasan kan..hehe
Alhamdulillah..rara 2 tahun masih cont breastfeeding,Alhamdulillah..
Sabtu ni mungkin umat Islam akan mula berpuasa..bergantung dengan pengumuman malam ni..so jom share apa yang boleh di amalkan dari segi kesihatan buat ibu mengandung yang berniat mahu meneruskan ibadah puasa dengan syarat tidak memudaratkan ibu dan bayi dalam kandungan..check it out!
Adakala zat besi tambahan disarankan selepas minggu ke-12 atau pada bulan ketiga kehamilan. Zat besi tambahan membantu mencegah kekurangan zat besi atau anemia yang sering berlaku semasa kehamilan.

Anda masih perlu mengambil zat besi tambahan pada bulan Ramadan, tetapi anda boleh mengambilnya selepas berbuka. Sesetengah wanita mengalami sembelit apabila mengambil pil ini. Oleh itu, minumlah banyak air untuk mengelakkan sembelit, dan baca lebih lanjut mengenai cara-cara untuk menangani sembelit.

Selain itu, pastikan anda makan makanan yang kaya dengan zat besi seperti:
  • daging;
  • ayam;
  • ikan yang berminyak (salmon, tuna, sardin dan makarel);
  • sayur-sayuran berdaun hijau;
  • dan, buah-buahan kering.
Vitamin C pula meningkatkan penyerapan zat besi, oleh itu makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran. Dan jangan lupa minum jus buah-buahan segar.

just nak add some lah..boleh makan kurma diwaktu sahur dengan susu, sangat sedap dan mampu membekal tenaga sepanjang hari.nanti iburara akan kongsikan khasiat kurma ya..sekarang ni macam2 jenis kurma ada dipasaran, so tunggu apa lagi jom beli kurma ehehehe..maklumat atas tu ibu rara amik dari baby centre, so kalau mau lebih banyak info bole click link dibawah:)

Info lanjut/sumber-babycentre

selamat BERPUASA ibu-ibu sekalian:)

ikhlas,
Iburara