To my little daughter RARA

..ini dunia kita..ada manis dan cuka namun kita tetap bersama mengharungi suka dan duka..

mybreastfeeding journey

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Sunday 24 April 2011

..yang ku mahu..

rara anak ibu..

ibu dan abah sangat sayangkan rara.kami sentiasa mahu yang terbaik buat rara.kalau nanti ibu dan abah ada termarah,terpukul sayang..itu semua sebab ibu dan abah sayangkan rara..mahukan rara jadi anak yang baik.mahukan rara dalam acuan yang betul..kalau suatu masa rara bersedih disebabkan ibu dan abah semuanya berlaku tidak seperti apa yang rara fikiran sebab rara tidak akan dapat bayangkan bagaimana cinta dan sayang ibu dan abah terhadap rara.

mungkin juga nanti rara akan ada rasa marah atau tidak puas hati dengan tindakan ibu dan abah.tapi percayalah semuanya tidak seperti apa yang rara fikirkan.ibu dan abah sentiasa mahu yang terbaik buat rara.Doa kami sentiasa mengiringi rara dalam setiap apa yang rara lakukan.semoga Allah sentiasa melindungimu sayang.Ibu sentiasa berdoa supaya rara menjadi anak yang solehah.Patuh pada perintah Allah swt. 

ibu mahu sihat.ibu mahu cergas dan ibu mahu maintain slim?apakah...ya betul ibu mahu bergaya..ibu mahu buat semua shoping,picnic,cooking,ect.ect..dengan rara..ibu mahu joking,hangout dengan rara..wah adakah rara sudi?hehehe.. adakah dimasa depan nanti seperti yang ibu bayangkan?InsyaAllah..sesungguhnya perancangan Allah itu lebih sempurna sayang..insyaAllah.mungkin kah keluarga mini kita akan bertambah..YES!jika ada rezeki Allah berikan.Alhamdulillah..ibu mahu ada keluarga yang besar sebab keluarga sebelah ibu dan abah memang besar2 belaka bilangannya..heheehehee...

dan bila sampai saat rara sudah dewasa dan sudah membuat keputusan sendiri ingatlah ibu dan abah sentiasa menyokongmu sayang..dan bila rara sudah menjadi milik suami rara, ibu mahu rara tahu yang kasih dan sayang ibu hari ini tetap sama pada saat itu.
saat entry ini ditulis rara demam tumbuh gigi..gigi bawah rara sedang naik ke puncak gusi.rara suka gigit nipple ,suka test power gigi ah..
ibu dan abah sayang rara!

ibu rara: xsabar tengok rara dgn giginya..selamat tumbuh gigi nak..;)

Sunday 10 April 2011

..yang pertama kali..

rara anak ibu,

kali ni ibu mau cerita pasal rara pertama kali..hehehe apakah pertama kali itu..sebelum itu ibu mau rara tahu yang ibu dan abah sangat sangat sayangkan rara.rara ibarat nyawa abah dan ibu..senyuman dan lakak (tawa) rara selalu terngiang2 ditelinga..dan suara rara nangis aduhhh sangat nyaring nak..

rara pertama kali muak..bukan muak biasa2 tapi muak yang terlalu banyak sampai ibu jd panik masa rara umur 2 -3 minggu, masa kita p ikut abah kursus di kk masa rara muak sampai ibu menangis pasal kesian dan takut..so oleh kerana ibu telampau emo abah pun marah..maka ibu tau abah pun risau juga bah tu..rupanya tiap kali rara muak ibu mesti posisikan rara mengiring supaya cecair tidak masuk ke paru2..

okeh..rara pertama kali demam..umur 5 bulan..ibu nda perasan yang rara demam tp memang ada rasa dahi suam..so ibu panik xda tau mau buat apa..rupanya kalau badan baby panas kita mesti buat sponging bagi suhu badan stabil selain makan paracetamol..okeh!ibu suda tau,pengajaran ibu dapat ialah DO NOT PANIC & len kali sedia tu thermometre ya para ibu2 dan bapak2...kalau bg makan anak ubat pla mesti ikut kuantiti yang ditetapkan jangan lebih dan kurang sebab tiap ml ubat yang kita bg tu adalah cukup untuk keperluan badan anak kita.tp sekarang rara sudah 9 bulan, ibu diperkenalkan dengan daun pokok lindung oleh aunty aja..daun tu direbus dan di buat air mandi berkesan untuk menstabilkan suhu badan dan sembuhkan selsema dengan izin Allah swt.so stiap kali rara demam ibu tanpa segan silu minta daun tu dengan aunty aja..TQ kak..hehehe..gambar?nanti ibu update gambar daun tersebut untuk tatapan reader..

mari kita lihat siapa yang kena.....................

 baru nampak syringe sudah nangis

bukan senang mau bg makan rara ubat
 ini sesudah makan ubat n breastfeeding bagi hilang rasa ubat itu..;)
ini esoknya kita p dewan baru Beaufort tengok pertandingan silat ma abah..anak ibu BOLEH!
 ur 1st story book
ur 1st toy names rocky..cute!

iburara: sekarang rara makin aktif dan lincah bagus untuk bakar lemak ibu;)Doa ibu agar rara sentiasa berada dalam lindungan Allah swt.amin.

Sunday 3 April 2011

Food for LOVE i love u part 2

rara anak ibu..

macam biasa rara masih makan makanan yang berkhasiat..macam lain ja ayat ibu ni..hihihihihi..okeh sila abaikan yang tidak berkaitan.kembali kepada menu asal eh betulkah menu..erm kembali kepada topik asal yang berkaitan menu rara..haaa baru betul atookkoii...

kali ini ibu mahu share resepi bubur sayuran beras merah..actually banyak resepi yang ibu design untuk rara tp taulah ibu mu yang pelupa ini tiap kali buat resepi baru ibu lupa mau snap gambar..sebab kalau suda start mau buat kerja mana ingat lagi mau ambil gambar untuk show off di blog..;)..orang cakap khusyuk bah mau masak with love for my love..ibu sayang rara.

jan waste time lah.tunjuukan saja gambar itew.pasal hari ni ada abph hehehe..ibu mau tengok..hihihihi..
                                                               ini ialah beras merah- basuh bersih and 
masak sehingga jd bubur selama 1 jam. 
cauliflower-dipotong2 lah ye n bajet lah banyak mana mau masak jangan membazir macam ibu mula2 excited mau masakkan rara bubur selalu membazir,masak banyak macam makan untuk 10 orang..hehehe..pengalaman..

 brocoli-ptg cauliflower mcm brocoli tersebut


carrot-dipotong kecil2

lepas tu tumis cauliflower,brocoli,lobak menggunakan olive oil.lepas tumis tambhkn air n masak sehingga air mendidih.matikn api.
then masukkn bubur,n sayuran td dlm blender (boleh lecek n tapis juga tp ibu suka menyenangkn kerja n jimtkn masa wah!)

  
 so inilah hasilnya..ready serve fo you sayang..mmuahh..lazat n berkhasiat.

2nd recipe
 sawi
 1 btg saderi
 1 btg carrot
tumis n boiled sayur,kali ni ibu guna bubur nasi biasa,blender semua bahan n tapiskan.ready for serve!taste also yummy!!apa yang penting khasiat...so bubur ini boleh di tambah dengan isi ayam yang dicincang dan lecek or ikan bilis yang di tumis tanpa minyak then ditumbuk halus..minyak actually  boleh guna minyak tumbuhan macam minyak jagung, tp ibu suka olive oil.

buah avocado.i loike..so pemanis mulut untuk anak ibu besanya adalah buah2 favourite ibu supaya ibu bole tumpang sekaki dua..hehehe..

sekian saja dari ibu...salam sayang selalu..muahmuahmuah..

iburara: entry ini ditulis rara sudah berumur 9 bulan.sudah semakin bijak n lucu.selalu buat ibu rindu.