To my little daughter RARA

..ini dunia kita..ada manis dan cuka namun kita tetap bersama mengharungi suka dan duka..

mybreastfeeding journey

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Saturday 16 July 2011

Little Rara-from moms to babies with love

Dalam perniagaan biasalah ada turun naik..apa lagi kalau mula berniaga orang pun xkenal lagi maka banyak lah tangga yang perlu di panjat.Ibu faham dan tahu risiko itu dan ibu bersedia untuk berjuang.Belum ada orang berniaga yang terus berjaya dalam masa seminggu..adakah??kalau ada mau juga menuntut ilmu..heheheheheheh..okeh hari ini sabtu kedai aka little rara boutique ditutup sehari sebab ada kenduri menitir sebelum puasa..intro bukan men suspen kan..ahahahahaahah
kenapa?ya soalan sebelum memulakan perniagaan ialah kenapa memilih jenis perniagaan butik?sebab ibu suka dengan pakaian kanak-kanak yang berjenama tapi selalu telan air liur melihat harganya..Jeans kanak-kanak Jenama A** RM89.90??aduhh..warna dark purple sangat2 comel.my heart melted..but its too much.ibu dan abah memilih untuk membesarkan rara secara sederhana,biar yang mewah hanya kasih sayang.InsyaAllah..
Bukan senang mahu memulakan semuanya kalau bukan kerana impian mahu jadi seorang usahawan yang punya kebebasan berkreativiti lebih baik duduk diam dan makan gaji. TIDAK!ibu mahu setiap 5 tahun fasa hidup ibu berada ditahap yang berbeza.sudah tentu di fasa yang lebih baik dari sekarang.Rara adalah inspirasi ibu.semuanya demi kehidupan kita di masa akan datang.Abah adalah tulang belakang ibu.Kalau bukan berkat sokongan abah,galakkan,nasihat,penat lelah abah membanting tulang,mengeluarkan modal buat ibu mencapai impian ibu semuanya tidak akan jadi kenyataan..Hanya Allah swt membalas jasa abah.Terima kasih abang.Ibu akan berusaha bersungguh-sungguh,ibu mahu jadi usahawan Islam yang menjalankan perniagaan berpandukan syariat.sekarang LR sudah ada tapak,ibarat bayi yang baru lahir perlu memperkenalkan namanya kepada semua orang.sekarang ialah masanya.Promosi habis-habisan perlu dilakukan.saingan semakin sengit.tindakan harus pantas!Ya Allah aku mohon dijauhkan dari hasad dengki dan khianat manusia.Amin.
Buat masa ini, ibu sibuk mempromosi secara online dan mengedarkan risalah.InsyaAllah daripada 1000 keping risalah, pastinya ada yang terbuka hati untuk datang ke butik melihat sendiri dan InsyaAllah menjadi pelanggan di LR.Pelanggan adalah priority kami.Setiap cadangan dari pelanggan akan kami penuhi.Ramai customer mahu kami menjual peralatan bayi,baju2 bayi baru lahir,selimut bayi,baby gift,tambahkan koleksi baju baby boy..Alhamdulillah semua sudah ada.. xpercaya??datanglah..hehehehe
Terima kasih tidak terhingga kepada yang mempercayai kami.InsyaAllah dalam hati mahu mempunyai produk sendiri.InsyaAllah tiada yang mustahil dengan usaha yang tidak mengenal jemu-ini adalah kata2 dari bisnesman yang berjaya bukan ibu cakap..ngehngeh tapi betul kan??.Janji Allah pasti benar.Setiap yang berusaha dengan penuh kesabaran pasti akan berjaya.Ibu menulis post ini untuk memberi  motivasi kepada diri sendiri Ibu masih baru sangat baru dalam dunia perniagaan ibu tidak layak beri motivasi kepada orang lain,ibu cuma berkongsi semuanya yang ibu perlu tempuhi dalam perjalanan ini..Memang banyak liku2 yang perlu diharungi tapi itu adalah pelajaran yang perlu dipelajari pengalaman yang perlu ditempuhi yang tidak dapat dibeli dimana2.Jangan putus asa untuk melalui semua ini kerana Allah swt itu Maha Penyayang.Ibu yakin ibu tidak keseorang.Itu ibu pasti.Alhamdulillah.Semoga semua orang yang berusaha itu berjaya.Amin.

iburara:berfikir,bermonolog,perjalanan harus diteruskan,tangga harus dinaikki sehingga kepuncak!

No comments:

Post a Comment