To my little daughter RARA

..ini dunia kita..ada manis dan cuka namun kita tetap bersama mengharungi suka dan duka..

mybreastfeeding journey

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Wednesday 28 September 2011

entry guling golek

tidur kul 10pm td..terjaga kul12am..guling-guling kiri kanan, golek2 pun xdapat tidur balik..nampak labtop..ah update blog lah..manatau nanti mata ibu mau titon balik..ehehehehehe..rara sedang nyenyak tidur..abah shift malam so xda teman bicara..wahwah..bahasa Zzzz sungguh..ehehehehehe
teringat masa perkenalkan barangan penyusuan di Little RaRa kepada pelanggan yang datang..n bila ibu cerita setiap kegunaan produk penyusuan itu kepada makcik2..makcik2 itu akan cakap.."wah bagusnya zaman sekarang semua ada,untung lah dulu2 kami mana ada benda2 begini(mksudnya milk storage,breastpump,etc), anak lahir sumbat susu botol terus"..ibu..iya makcik ndapa yang penting anak2 sihat?/ntah apa2 ibu cakap...hahahahhaha...kalau yang datang tu muda2 pula..jawapan ringkas mereka ialah..Owh..Owh...ehehhehehehe..bosan mungkin dengar ibu membebel..ndapa yang penting niat ibu ikhlas mahu sampaikan mudahnya mahu menyusukan walau kita bekerja..teringat masa mula mahu kumpul stok susu dulu..mau cari milk storage,breastpum punyalah susah-read as xda banyank pilihan-...syukur punya kemudahan membeli online.heheheh..
sudah mengantuk..Alhamdulillah...
semoga hari kerja esok ceria...seperti rara yg sentiasa ceria bila bangun pagi nampak ibu n abah semasa hari cuti..rara akan bangun n cium ibu n abah..bahagianya jadi ibu ni.. 2,3 kali sudah menguap nihZzzzzzzz....owh ya semoga hari anda ceria juga:)
salam Ceria selalu:))

Ibu Rara

Monday 26 September 2011

30.september.2005

hehehehehehe..tarikh itu adalah tarikh keramat..tarikh itu adalah punca semua yang ada sekarang..tarikh itu amat besar buat keluarga kecil kita (yg mungkin akan membesar..eheheheh) tarikh itu buat ibu selalu senyum...tarikh itu ialah tarikh ibu n abah jumpa dan seterusnya..eheehehhehe..
Jumpa dimana?????hahahahhahahaha lucu kalau org tanya ni soalan..hahahahaha..sebab ibu dan abah jumpa di ward psychiatric..hahahahahhaha.(selalu ibu gurau kalau org tanya soalan tu kan ibu cakap kami jumpa diward psikiatrik masa tu kami sama2 jadi pesakit disana..hahahaha).wad untuk mereka yg punya masalah jiwa..ibu dan abah praktikal di hospital yang sama dan ward yang sama cuma berbeza unit.ibu di unit pemulihan carakerja,abah pula datang ke unit ibu untuk orientasi..ehehehehehe..disanalah mula perkenalan itew...ahahahahha...lucu..sangat lucu bila dikenang2..harap2 bila tua nanti kita akan cerita jalan perkenalan kita..hahahahaha....
jumaat ini adalah tarikh itu...jumaat ini mau buat programme apa ya..abah cakap mau belanja makan..makan saja..ibu sudah melebar nih..addeeehhhh.....ibu ajak abah tukar2 hadiah..hahahahha...amatlah kurang romantik kami somisteri nikan..kalau org lain mesti surprise,taddaa....bg hadiah or something kejutan..tapi ibu dan abah pula sibuk bincang mau buat apa..hahahahaha..biarlah org lain lainlah caranya.hehehehhee..tapi ibu ada idea yg baik punya..teettttt..rasia..kekekeekeke...nanti sudah berlaku baru ibu tunjuk..yg penting idea ni belum pernah dibuat ibu..org lain pernah buat kali...hehehehhe
ni tem muda2..
ini gambar bila sudah ada anak dara..hehehehe..ibu maintain gemuk..ahahahah..ibu Ok jerrr...
so perjalanan hidup baru bermula sebenarnya..inilah fasa penting dalam hidup kami iaitu membesarkan rara dengan sempurna..mahu mendidik rara menjadi anak yang solehah.menyediakan persekitaran dan tempat perlindungan yang sempurna,belajar mengerti perasaan seorang anak kecil,dan rara masih menyusu dengan ibu sepenuhnya .Alhamdulillah..part ini ibu sangat suka..hehehehe.doa ibu hanya yg baik2 saja untuk kamu sayang...Rara harta ibu dan abah..
inilah dia...ibu n abah punya gegirl.pujaan hati pengarang jantung keluarga,sumber kekuatan ibu,sumber keceriaan kami,selalu buat kami rindu bila jauh sekejap dengan rara,selalu buat ibu n abah geram bila rara start kacau barang n senyum buat muka x bersalah nampak gigi 6 batang,mmg rasa mau cium2 saja...rara suka bunga pantang nampak bunga mesti mau pegang n kacau paling sandi masuk mulut..addeh teseliur kali ah..hehehehe..me n my sabahan language.hihihihi

Little rara akan join promotional booth di wisma merdeka bulan okt-nov..Barangan yang akan dijual baju2 kanak-kanak, cloth diaper n aksesori.Barangan penyusuan juga ada.Informasi lanjut akan diwar2kan nanti.Ya Allah luaskanlah dan berkatilah rezeki kami.Bantulah aku memperjuangkan perniagaan ini di jalan MU.Amin.Ya Allah.

IbuRaRa


Tuesday 20 September 2011

Back to da basic..

okeh ibu mau cerita pasal kegilaan ibu menggunakan CD a.k.a cloth diaper..hehehehe..ibu suka bangett..cd ialah kain lampin yang bertindak seperti kain lampin pakai buang tapi boleh dicuci@diguna pakai semula.ibu start guna cd on Feb 2011..punya men bersemangat lah tem tu..habis juga rm400 duit membeli cd.xpa..untuk rara semua pun boleh..
ini sedikit maklumat.
dan ini juga...

dan beberapa bulan selepas itu ibu mula memasang plan untuk mempromosi dan menjual cd ini sebab cd sangat membantu kita menjimatkan duit untuk membeli disposeble diaper.masa itu plan untuk membuka Little Rara sudah ada..dan sedang dalam proses mensurvey apa yg patut..Alhamdulillah bila Little Rara sudah beroperasi, batch cd yg pertama sudah habis terjual,datang batch yg kedua dan ketiga..Alhamdulillah...rezeki..Allah itu amat luas..rezeki datang bila kita berusaha dan tidak berputus asa.untuk pembelian Cloth Diaper di little rara klik CD
lg ibu suka ialah tadaa...nappy liner..what??nappy liner?ingat panty liner jak adakah...muakaaaka...iya ia berfungsi sebagai lapisan bahagian atas CD supaya bila baby poo tidak mengotori bahagian atas microfleece..read as menyenangkan kerja ibu2 untuk membasuh CD ya BU..ehehehhe
untuk pembelian klik Nappy Liner 


Ibu pilih brand autumnz sebab free dari bahan kimia so xperlu risau rara akan stay dry..Okeh ada little tip-natural tips untuk membersihkan CD yg kotor atau kuning..semasa merendam CD boleh tambah cuka atau soda bikarbonat atau perahan limau nipis (kalau perah limau nipis ada haruman lime:)) memandangkan CD tidak boleh direndam dengan peluntur atau softener yang boleh menyebabkan kadar serapan kurang.wah betulkah tatabahasa ibu nih..hantam sajalah yg penting maklumat sampai..hehehehhe..
Cara penggunaan..kalau ikut memg ada jadual lah..tp kalau ibu hantam sajalah..kalau rasa2 CD penuh tukar saja..hahahaha..okeh ini jadualnya (tlg jgn ikut perangai saya.)

7.oo - 10.oo pg ~ 1cd poket + 1 insert (or 1cd aio)
10.oo -  1.oo ptg ~ 1cd poket + 1 insert (or 1cd aio)
1.oo - 4.oo ptg ~ 1cd poket + 1 insert (or 1cd aio)
4.oo - 7.oo mlm ~ 1cd poket + 1 insert (or 1cd aio)
7.oo - 12 t/mlm ~ 1cd poket + 2 insert
12.oo - 7.oo pg ~ 1cd poket + 2 insert
 setiap CD yg djual dilittle rara FREE 2 insert..untuk penggunaan siang biasa guna 1 insert saja sebab siang kita akan kerap tukar CD,malam baby tidur dlm jangka masa yg panjang so guna 2 insert agar dapat serap lebih banyak pu.

cari2 gambar rara sedang berCD tp sudah delete..nanti ibu update.Erm..semasa entry ni ditulis rara sedang demam.Moga cepat sembuh sayang.we LOVE u sayang..mmuaaahh...!rara kuat ibu tau..:)

Semoga  kita semua diberkati dan dilimpahi rahmatNya.Amin
**lamanya x tulis blog.sibuk x juga sbuk.ntahlah.sedang mencari mood yg sesuai.kadang2 tem buat kerja ada idea menulis tp labtop xda depan mata.hehehehe**

Ibu RARA












Friday 9 September 2011

apa yang perlu ada semasa anda mengepam?????

ehehehehe..salam semuanya..sudah lama tidak mengupdate blog..akibat dilanda penyakit salam (read as malas!)
rara sudah setahun 2 bulan sedang fasa imitating..semua yang ibu buat rara pun sibuk mahu buat..eiiiii...jalan x mau dipegang, bila dilepaskan terus keluar rumah..mahu kemanakah??
okeh..pengakuan ikhlas dari ibu semasa puasa itu hari..ibu tidak mengepam start puasa ke 16/17 macam itulah..kurang ingat sudah..ibu balik menyusukan rara @ direct feed..sebab ibu mengalami kemerunduman pengeluaran susu.So bila sudah raya..start semula lah tugas harian ibu..mengepam di opis..jadi yang ibu mau share disini ialah...jeng..jeng..jeng..tetttt teda kejutan hahahaha
Persediaan sebelum dan selepas mengepam..
1.Sediakan peralatan pam anda (terus terang part ini yg ibu kureng gemar)
2.Set waktu mengepam semasa di opis..ibu punya jadual (pagi after breakfast, n jam 11.30 / petang jam 3pm) so sesi mengepam di opis ialah 3 sesi sahaja..tengahari ibu pulang kerumah susukan rara..
3.Tempat -pastikan tempat mengepam sesuai aka xda gangguan,bersih
4.Hygienic- pastikan tangan anda dan peralatan serta tempat penyimpanan susu bersih
5.Minum sebelum mengepam..semasa mengepam juga boleh seperti yg ibu selalu buat..hehehehe
6.Gambar atau video rara mesti ibu tgk untuk dapatkan let down reflex -belum tau let down reflex tu apa klik ni- let down reflex
7.deep breathing,set ur mind yes i can get more milk everyday..Doa.juga kepada Allah swt semoga dipermudahkan.
8. Bila sudah selesai mengepam packing susu perahan ke dalam breastmilk storage n masuk dalam coolbag.jangan lupa catik tarikh dan masa perahan untuk tujuan storage.
9.cuci tangan,minum air,kemas2 peralatan,kemas2 tudung,baju apa semua
10.cont your work..jgn curi tulang..hehehehehe
**disclaimer: apa yang dikongikan dalam post ini hanyalah perkongsian dari pengalaman n pembacaan, so yg baik ambil yg kurang diterima hehehe abaikan aja kok**

okay little rara, ada plan baru mahu dibuat.Ibarat baby yang berumur 3bulan masih banyak yg perlu dipelajari.Masih merangkak tapi bukan selama2 nya begitu.What mind can conceive body can ahcieve.Jangan takut untuk bermimpi sebab mimpi itu free..hehehehe..Orang yang takut tidak akan kemana2.ya quote ini untuk ibu yang kadang2 takut n tidak confident,yg kadang2 mahu sembunyi dibawah tempurung. Syukurlah ibu sentiasa dapat sokongan penuh dari abah,rara n keluarga besar kita..Terima Kasih!

sekian untuk anda sama ada bujang,sudah berkahwin, breastfeed mom,non bf mom, kita semua sama hanya mahu yang terbaik untuk orang yg kita sayang...

iburara: kemarin keluar beli buku di one borneo, salah satu buku tu bertajuk Think Big-Donald Trump