To my little daughter RARA

..ini dunia kita..ada manis dan cuka namun kita tetap bersama mengharungi suka dan duka..

mybreastfeeding journey

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Saturday, 21 May 2011

Minum petang c kecil ibu...

Ibu rara perangainya memang gila sedikit..kikikiki..apa saja yang terlintas di pikran akan terus dibuat tanpa ragu2..ehehehe...apa punya mukadimah lah..patut BM tem spm dapat 2b..hehe tapi dengan kembangnya.. ibu adalah generasi pertama menduduki exam sijil terbuka?!what?itupun mau bangga bukan dapat 20A pon..nah itulah kalau orang -ve..hehe..suma pun akan jadi -ve..sbenarnya suma itu teda kaitan dengan apa yang akan ibu story2 ni..yang ibu mau story ialah pasal minum petang rara..hihihi..jeng jeng jeng..Toast Bread with egg Yolk n banana jam..wah apakah?baru lepas baca buku WHAT AND WHEN TO FEED YOUR BABY,tp yg ibu buat ni teda dalam buku,itu ya. ibu create sendiri buku tu sebagai panduan ja...

ingin ibu mahu tekankan adalah..Rara sudah berumur 10 bulan tika entry ini di type.ehehehe..itu ja pun ndada yang suspen..aiyo back to the topic la whatsoeva..ibu rara ibu rara (mode sambil geleng kepala)-bukan ibu tapi rara yang akan geleng kepala bila baca ne entry..almaklumlah..naa mau kuar topic lagi..cepat ibu rara sedarkan diri anda..hehehe

so dari umur 8 bulan dan keatas..rara sudah bole dijamu dengan minum petang yang beraneka,spt puding,agar-agar,roti...yang penting khasiat yah ibu2..
bahan-bahan
roti sandwich-di bakar sekejap atas kuali (kalau guna toaster roti akan jd keras)
banana-direbus dan dilecek
egg yolk- direbus setengah masak,cuma ambil kuning telur,yang putih sila tinggalkan untuk diratah c ibu..hehehe


 Tadaa...inilah hasilnya
roti itu dipotong segiempat supaya mudah di pegang dan di gigit oleh jari dan mulut yg kecil itew..

 dan ini juga hasilnya...;)lepas mkn guna tgn kanan sambung tangan kiri pula..xpa ibu bg pluang rara explore:)
 dan endingnya....shomottt.....
sebenarnya ibu dlm proses melatih rara mkn sendiri..melatih eyehand coordination,bilateral movement, .anak ibu hebat!

iburara: dont underestimate your child because they are amazing the way they are;)

Wednesday, 18 May 2011

mom's edition:bila masuk ke dunia ibu2..

ibu rara bila masuk ke dunia ibu-ibu..

dari fasa mengandung, melahirkan..belum pernah rasa xbest,menyesal,takut whatsoeva!i like being a mother very much..

YES.memang dari awal lagi ibu mahu menjadi ibu yang menyusukan anaknya..selepas beberapa bulan rara lahir ada beberapa perubahan yang ibu mahu buat secara sendiri..hehehehehe..iaitu pemakaian ibu.kenapa?hehehe..almaklumlah pakaian ibu menyusu (breastfeeding blouse sumanya sopan2 belaka)bukanlah pakaian ibu sebelum ini tidak sopan ya..ngehehe.. tapi walau apa pun ibu still mahu bergaya,trendy n whatsoeva..bergaya sambil breastfeed.wah..!hehehe sebenarnya pakaian ibu biasa2 sahaja yang penting menutup aurat,emas kemas dan bersih.eekekekkekee..emas?ibu sangat menggemari emas..cincin,gelang rantai..hehehe name it!

Makanan..ibu sekarang move to fasa makan untuk kesihatan.Untuk rara..ibu suka sayuran organik..semuanya organik..minyak of course olive oil..wah suma yang terbaik untuk rara..tanda kasih kami untuk rara..bila ibu sudah tua makanan jenis macam mana rara sediakan untuk ibu dan abah nak?

selain itu..ibu switch to cloth diaper..ya..bila suda jadi mama-mama banyak aura positif masuk ke otak hehehe..sekarang mahu jimat duit n save the planet..ecececeh..ada pula begitu ah..tidak mahu menggunakan pampers pakai buang tp gantikan dengan cloth diaper @ lampin kain moden..ahaks..memang agak cerewet sebab kena di rendam dan dicuci..tp cuma 1 pepatah ibu suka ORANG YANG MALAS MENCIPTA ALASAN...hehehe bagus kan pepatah tu..ibu loike it..yeah!
 rara dengan cd nya..hehe sho cute!
little button cd-beli di sarakids
anak ibu&abah!walau kulit hitam manis,walau comot sekalipun ibu dan abah sangat bangga punya rara.
rara anak ibu dan abah.sumber kekuatan dan kasih sayang kami!


ibu rara: be positive,think +ve;)

Tuesday, 17 May 2011

Mom's Edition: mind relaxing at sungai biru..

hari itu kita bercuti beramai2..walau time itu bulan tua namun di gagahi jua..hehehehe..hasilnya sangat berbaloi2..so kalau rasa stress or mahu merelaxkan otak p lah bercuti di mana2 pun..kerana anda adalah ibu2 yang sangat hebat.suami2 bawalah isteri anda @ ibu kepada anak anda pergi bercuti,dan bawalah juga ibu anda kerana tanpa ibu2 ini kamu yang bernama suami tidak akan wujud.Kalau pun tidak mampu untuk membawa pergi bercuti, belikan lah hadiah walau tidak diminta, kalau tidak mampu ucapkanlah kata2 kasih sayang,ucapkanlah selamat Hari ibu dan doakanlah ibu (ibu dan isteri anda) usai solat. erm nanti kalau hari bapa tukar saja ayat ibu kepada bapa.hehehehe..sekali kerja kan.. wuii ndalah begitu..edisi bapa nanti lainlah pula kata2nya..ahaks.
kerana ibu rara ni selau berpinda2 topik memang harus di peringatkan ya ibu rara jangan lari lagi dari topik.ya iyalah..okeh percutian kali ini tidak dirancang..yang terlibat dalam percutian ini pada asalnya umie,mummy ian,mummy mumui,uncu n mama.so diorang sudah bergerak dihari jumaat so kita sekeluarga datang sabtu sebab jumaat itu abah rara kerja malam.jom tgk gambar yang sudah di tapis untuk di upload:hehehehe
 our little family
view awl pagi..fresh air..mo p mancing ikan talapia.
talapia bakar cicah air asam makan dgn nasi panas.supper yummy!
 posing2..
pertandingan memancing se family..
gambar2 mandi kolam,makan2 xdapt di upload kerna tidak diluluskn  lembaga penapis gambar.kerana di khuatiri mengganggu ketenteraman awam.sekian

ibu rara: mahu plan cuti2 malaysia lg..yg penting trip bersama family.

Monday, 9 May 2011

Selamat Hari Ibu...

Ibu..ibu..engkaulah ratu hatiku..bila ku berduka engkau hiburkan selalu..ibu..ibu..engkaulah ratu hatiku...

rara..rara ada ibu dan rara ada nenek yang sangat penyayang.MAMA.wanita yang sangat kuat,sabar dan kreatif.no words can describe her woderful jobs as a mother.i hope i can be like MAMA.ibu masih ingat masa kecil mama@nenek rara akan buat susu sebelum kami tidur (kami rujuk kepada paci acai n uncu).ibu mahu amalkan untuk rara.InsyaAllah.Balik dari tadika mama akan ajar ibu menulis walau mama xpernah ke sekolah.membantu ibu buat kerja sekolah.InsyaAllah ibu mahu amalkan untuk rara.makan,pakaian,stokin,semua mama sediakan.InsyaAllah ibu mahu amalkan untuk rara.MAMA sangat mulia.sentiasa positif,rajin bersedekah,rajin menasihat anak2nya.Masakan MAMA sangat istimewa..tiada tandingan.ibu membesar dengan masakan yang sedap2 dari mama jd kami adikberadik sangat cerewet pasal makanan sebab lidah ini sudah terbiasa dengan masakan mama yang sedap.

setiap tahun kami akan menyambut Hari jadi mama n hari ibu.walau sebanarnya di hati kami setiap hari adalah hari ibu.sebab mama selalu di hati kami.MAMA adalah buah hati anak-anaknya seramai 8 orang ini.datang dari 1 uterus tp ada seribu perangai.Mama selau ajar kami untuk berkongsi makanan,sedekah dengan sesiapa.mama bila sakit tidak pernah mengeluh sampaikan kadang2 kami anak2nya tidak tahu yang mama sakit.kegemaran MAMA?mamancing dan bercucuk tanam.MAMA wanita paling SPORTING!sentiasa menyokong anak2nya.apa pun kami buat kami tahu kami ada mama yang menyokong.Walau mama selalu menadah telinga mendengar kunyanyang bapa disebabkan perangai kami.Minta Ampun MA.

Ma kami cinta dan sayang sama mama.MAMA lah jantung hati kami.Kami 8 orang adik beradik dibesarkan tanpa ada yang kurang tapi sangat sempurna.Tugas MAMA jaga kami sudah selesai.sekarang tugas kami menjaga KITA.Mudah2n penjagaan kami sama macam kita menjaga kami dulu.kalau banyak kurang kami minta ampun.MAMA yang selalu memendam semuanya dan selalu berfikir tidak mau menyusahkan anak2nya.

rara ibu tidak minta balasan wang ringgit, cukup sekadar al-fatihah dan doa dari anak yang soleh dan solehah.

readers yang kurang faham dengan bahasa blog kali ini minta maaf sebab banyak terselit bahasa brunei sebab tulisan kali ini datang dari hati n direct type.:)

salam sayang dari kami anak2mu
kurang 1,mummy mumui lambat bersiap!
dan anak menantumu juga sayangkanmu
kurang 1,uncu jack..bt he lOves u 3,4
and the 1 yang sangat sayangkan MAMA
bapa

iburara: Ya ALLAH panjangkan umur ibuku dan bapaku dan kurniakan IBU dan Bapaku kesihatan yang baik dan sentiasa diberkati Allah.swt.

Sunday, 24 April 2011

..yang ku mahu..

rara anak ibu..

ibu dan abah sangat sayangkan rara.kami sentiasa mahu yang terbaik buat rara.kalau nanti ibu dan abah ada termarah,terpukul sayang..itu semua sebab ibu dan abah sayangkan rara..mahukan rara jadi anak yang baik.mahukan rara dalam acuan yang betul..kalau suatu masa rara bersedih disebabkan ibu dan abah semuanya berlaku tidak seperti apa yang rara fikiran sebab rara tidak akan dapat bayangkan bagaimana cinta dan sayang ibu dan abah terhadap rara.

mungkin juga nanti rara akan ada rasa marah atau tidak puas hati dengan tindakan ibu dan abah.tapi percayalah semuanya tidak seperti apa yang rara fikirkan.ibu dan abah sentiasa mahu yang terbaik buat rara.Doa kami sentiasa mengiringi rara dalam setiap apa yang rara lakukan.semoga Allah sentiasa melindungimu sayang.Ibu sentiasa berdoa supaya rara menjadi anak yang solehah.Patuh pada perintah Allah swt. 

ibu mahu sihat.ibu mahu cergas dan ibu mahu maintain slim?apakah...ya betul ibu mahu bergaya..ibu mahu buat semua shoping,picnic,cooking,ect.ect..dengan rara..ibu mahu joking,hangout dengan rara..wah adakah rara sudi?hehehe.. adakah dimasa depan nanti seperti yang ibu bayangkan?InsyaAllah..sesungguhnya perancangan Allah itu lebih sempurna sayang..insyaAllah.mungkin kah keluarga mini kita akan bertambah..YES!jika ada rezeki Allah berikan.Alhamdulillah..ibu mahu ada keluarga yang besar sebab keluarga sebelah ibu dan abah memang besar2 belaka bilangannya..heheehehee...

dan bila sampai saat rara sudah dewasa dan sudah membuat keputusan sendiri ingatlah ibu dan abah sentiasa menyokongmu sayang..dan bila rara sudah menjadi milik suami rara, ibu mahu rara tahu yang kasih dan sayang ibu hari ini tetap sama pada saat itu.
saat entry ini ditulis rara demam tumbuh gigi..gigi bawah rara sedang naik ke puncak gusi.rara suka gigit nipple ,suka test power gigi ah..
ibu dan abah sayang rara!

ibu rara: xsabar tengok rara dgn giginya..selamat tumbuh gigi nak..;)

Sunday, 10 April 2011

..yang pertama kali..

rara anak ibu,

kali ni ibu mau cerita pasal rara pertama kali..hehehe apakah pertama kali itu..sebelum itu ibu mau rara tahu yang ibu dan abah sangat sangat sayangkan rara.rara ibarat nyawa abah dan ibu..senyuman dan lakak (tawa) rara selalu terngiang2 ditelinga..dan suara rara nangis aduhhh sangat nyaring nak..

rara pertama kali muak..bukan muak biasa2 tapi muak yang terlalu banyak sampai ibu jd panik masa rara umur 2 -3 minggu, masa kita p ikut abah kursus di kk masa rara muak sampai ibu menangis pasal kesian dan takut..so oleh kerana ibu telampau emo abah pun marah..maka ibu tau abah pun risau juga bah tu..rupanya tiap kali rara muak ibu mesti posisikan rara mengiring supaya cecair tidak masuk ke paru2..

okeh..rara pertama kali demam..umur 5 bulan..ibu nda perasan yang rara demam tp memang ada rasa dahi suam..so ibu panik xda tau mau buat apa..rupanya kalau badan baby panas kita mesti buat sponging bagi suhu badan stabil selain makan paracetamol..okeh!ibu suda tau,pengajaran ibu dapat ialah DO NOT PANIC & len kali sedia tu thermometre ya para ibu2 dan bapak2...kalau bg makan anak ubat pla mesti ikut kuantiti yang ditetapkan jangan lebih dan kurang sebab tiap ml ubat yang kita bg tu adalah cukup untuk keperluan badan anak kita.tp sekarang rara sudah 9 bulan, ibu diperkenalkan dengan daun pokok lindung oleh aunty aja..daun tu direbus dan di buat air mandi berkesan untuk menstabilkan suhu badan dan sembuhkan selsema dengan izin Allah swt.so stiap kali rara demam ibu tanpa segan silu minta daun tu dengan aunty aja..TQ kak..hehehe..gambar?nanti ibu update gambar daun tersebut untuk tatapan reader..

mari kita lihat siapa yang kena.....................

 baru nampak syringe sudah nangis

bukan senang mau bg makan rara ubat
 ini sesudah makan ubat n breastfeeding bagi hilang rasa ubat itu..;)
ini esoknya kita p dewan baru Beaufort tengok pertandingan silat ma abah..anak ibu BOLEH!
 ur 1st story book
ur 1st toy names rocky..cute!

iburara: sekarang rara makin aktif dan lincah bagus untuk bakar lemak ibu;)Doa ibu agar rara sentiasa berada dalam lindungan Allah swt.amin.

Sunday, 3 April 2011

Food for LOVE i love u part 2

rara anak ibu..

macam biasa rara masih makan makanan yang berkhasiat..macam lain ja ayat ibu ni..hihihihihi..okeh sila abaikan yang tidak berkaitan.kembali kepada menu asal eh betulkah menu..erm kembali kepada topik asal yang berkaitan menu rara..haaa baru betul atookkoii...

kali ini ibu mahu share resepi bubur sayuran beras merah..actually banyak resepi yang ibu design untuk rara tp taulah ibu mu yang pelupa ini tiap kali buat resepi baru ibu lupa mau snap gambar..sebab kalau suda start mau buat kerja mana ingat lagi mau ambil gambar untuk show off di blog..;)..orang cakap khusyuk bah mau masak with love for my love..ibu sayang rara.

jan waste time lah.tunjuukan saja gambar itew.pasal hari ni ada abph hehehe..ibu mau tengok..hihihihi..
                                                               ini ialah beras merah- basuh bersih and 
masak sehingga jd bubur selama 1 jam. 
cauliflower-dipotong2 lah ye n bajet lah banyak mana mau masak jangan membazir macam ibu mula2 excited mau masakkan rara bubur selalu membazir,masak banyak macam makan untuk 10 orang..hehehe..pengalaman..

 brocoli-ptg cauliflower mcm brocoli tersebut


carrot-dipotong kecil2

lepas tu tumis cauliflower,brocoli,lobak menggunakan olive oil.lepas tumis tambhkn air n masak sehingga air mendidih.matikn api.
then masukkn bubur,n sayuran td dlm blender (boleh lecek n tapis juga tp ibu suka menyenangkn kerja n jimtkn masa wah!)

  
 so inilah hasilnya..ready serve fo you sayang..mmuahh..lazat n berkhasiat.

2nd recipe
 sawi
 1 btg saderi
 1 btg carrot
tumis n boiled sayur,kali ni ibu guna bubur nasi biasa,blender semua bahan n tapiskan.ready for serve!taste also yummy!!apa yang penting khasiat...so bubur ini boleh di tambah dengan isi ayam yang dicincang dan lecek or ikan bilis yang di tumis tanpa minyak then ditumbuk halus..minyak actually  boleh guna minyak tumbuhan macam minyak jagung, tp ibu suka olive oil.

buah avocado.i loike..so pemanis mulut untuk anak ibu besanya adalah buah2 favourite ibu supaya ibu bole tumpang sekaki dua..hehehe..

sekian saja dari ibu...salam sayang selalu..muahmuahmuah..

iburara: entry ini ditulis rara sudah berumur 9 bulan.sudah semakin bijak n lucu.selalu buat ibu rindu.