To my little daughter RARA

..ini dunia kita..ada manis dan cuka namun kita tetap bersama mengharungi suka dan duka..

mybreastfeeding journey

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Wednesday 18 July 2012

Cerita baru..

Assalamualaikum....

fuh fuh fuh....banyaknya sawang di blog ibu..hampir 7 bulan xmengupdate blog disebabkan hal2 tertentu..ehehehe..pegnan kali ni ibu kurang suka dengan gadjet2, internet, komputer, tv..sungguh ianya sangat pelik uniq.pengalaman baru, betullah orang cakap setiap kali mengandung pengalaman tu xkan sama, macam tu juga anak, setiap anak ada keunikan masing2.Panjang lebar alasan kan..hehe
Alhamdulillah..rara 2 tahun masih cont breastfeeding,Alhamdulillah..
Sabtu ni mungkin umat Islam akan mula berpuasa..bergantung dengan pengumuman malam ni..so jom share apa yang boleh di amalkan dari segi kesihatan buat ibu mengandung yang berniat mahu meneruskan ibadah puasa dengan syarat tidak memudaratkan ibu dan bayi dalam kandungan..check it out!
Adakala zat besi tambahan disarankan selepas minggu ke-12 atau pada bulan ketiga kehamilan. Zat besi tambahan membantu mencegah kekurangan zat besi atau anemia yang sering berlaku semasa kehamilan.

Anda masih perlu mengambil zat besi tambahan pada bulan Ramadan, tetapi anda boleh mengambilnya selepas berbuka. Sesetengah wanita mengalami sembelit apabila mengambil pil ini. Oleh itu, minumlah banyak air untuk mengelakkan sembelit, dan baca lebih lanjut mengenai cara-cara untuk menangani sembelit.

Selain itu, pastikan anda makan makanan yang kaya dengan zat besi seperti:
  • daging;
  • ayam;
  • ikan yang berminyak (salmon, tuna, sardin dan makarel);
  • sayur-sayuran berdaun hijau;
  • dan, buah-buahan kering.
Vitamin C pula meningkatkan penyerapan zat besi, oleh itu makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran. Dan jangan lupa minum jus buah-buahan segar.

just nak add some lah..boleh makan kurma diwaktu sahur dengan susu, sangat sedap dan mampu membekal tenaga sepanjang hari.nanti iburara akan kongsikan khasiat kurma ya..sekarang ni macam2 jenis kurma ada dipasaran, so tunggu apa lagi jom beli kurma ehehehe..maklumat atas tu ibu rara amik dari baby centre, so kalau mau lebih banyak info bole click link dibawah:)

Info lanjut/sumber-babycentre

selamat BERPUASA ibu-ibu sekalian:)

ikhlas,
Iburara

No comments:

Post a Comment