To my little daughter RARA

..ini dunia kita..ada manis dan cuka namun kita tetap bersama mengharungi suka dan duka..

mybreastfeeding journey

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Saturday 26 March 2011

tekad ku dalam penyusuan!

salam rara,

hari ni ibu mau cerita pasal breastfeeding.dari sebelum ibu mengandung ibu suda berazam mau memberi anak susu ibu.Ibu mahu menyusukan anak ibu secara eksklusif.wahwah..sebenarnya semasa itu bercakap memang senang.berazam juga senang..bila sampai waktu rara di lahirkan..inilah pengalaman akibat kedangkalan.selepas rara dilahirkan..rara diberfi minum susu formula kerana doct meminta ibu supaya berehat  dan perlu baring selama 8 jam..dan..selama detik itu rara diberikan susu formula!sungguh ibu sangat menyesal bila mengingatkan titisan susu pertama yang jatuh ke mulut c kecil ibu adalah susu lembu!!sekarang rara sudah 8bulan seminggu..pun ibu masih terasa sedih bila teringat memori itu..maafkan ibu sayang..waktu itu ibu tidak tahu...

day 1,masih di hospital lagi staff nurse datang hantar rara(waktu itu rara berada di nursery),ibu pertama kali menyusukan rara..perasaan yang sangat lain..DAN sekali lagi akibat kedangkalan itu ibu merasakan tiada air susu yang keluar dan menyerahkan rara kpd sn untuk diberi susu formula!sungguh ibu sangat sedih...

day 2 tiba diruma..ibu masih cuba dan cuba untuk menyusukan rara..masih belum ada air susu yang keluar..sungguh ibu sedih...entry yang penuh kesedihan...walau rara diberi susu formula ibu tetap berusaha dan berdoa semoga rara dapat merasa susu ibu.ibu tetap susukan rara.

day 3 malam.baju ibu basah..rupanya sudah berjaya!wah bukan main senang hati..tp rupanya penyusuan ini perlu teknik..semuanya perlu dipelajari..hehehe..bukan senang mahu mengadjust posisi ketika menyusukan.macam2 taktik dipelajari dan akhirnya kita bersama2 dapat jumpa posisi yang ngam dengan kita.hehehehe..dan seterusnya kita menjadi rakan sepasukan yang terbaik!

kali pertama membuat stok susu adalah selepas rara berumur 4 minggu..masa itu mahu pergi kekelas menjahit.DAN akibat kurang ilmu itu..ibu memerah susu untuk rara didalam botol yang sama,selepas diperah diletakkan sahaja di dalam bilik,selepas itu ibu memerah lagi didalam botol yang sama(so susu yang di perah td dicampur saja dengan susu yang baru diperah)apakah itu?konsep yang sangat silap..nasib baik ibu banyak belajar melalui internet.rupanya2nya susu yang diperah perlu di letakkan didalam peti sejuk sayang...

setelah 2 bulan..ibu sudah kembali bekerja.oleh kerana tempt kerja ibu dekat ja dengan rumah so ibu decide untuk balik saja ke rumah untuk menyusukan rara sehingga rara berumur 6 bulan.dan kebetulan waktu itu ibu bertugas di bahagian kes pediatrik @ x busy..

selepas 6 bulan ibu decide untuk mengumpul ebm ..express breast milk..ibu tidak pulang kerumah jam 10 am spt biasa dan jam 3 pm sebab roster sudah bertukar dan tidak punya masa untuk pulang menyusukan rara.so pd waktu itu rara di beri sip..susu ibu perahan. ibu beli breast pump jenama tommie tippie, ibu beli bag dari moms lil one untuk angkut keperluan peralatan memerah susu and container and cool bags.wah sangat comlicated nampak gayanya..tp suma nya jd senang asal nampak wajah kesayangan ibu ini..

okeh bagaimana sistem ini berfungsi..sebelum memerah pastikan anda amalkan 5 moment hand hygiene,cuci tangan,peralatan pam kena sterelize,milk storage juga begitu. selepas mengepam sus diletakkan dalam milk storage dan ditulis tarikh dan masa perahan,dan diletakkan dalam cool box or peti sejuk.selanjutnya..nanti kita bincangkan.ibu tidak layak untuk memberi nasihat yang boleh ibu salurkan hanyalah pengalaman yang boleh di ambil iktibar..;)

ibu juga x suka mengcopy paste sumber mklumat dari blog lain dan ditangkap muat dlm blog ibu.owh sangat skema ibu pd hari ini rara..


besfren ibu..


hehe ibu memerah di opis, di bilik paling hujung..itulah hasilnya..tidaklah semeriah mana..tp cukup untuk rara
hasil selepas 2 minggu ibu mula mengumpul ebm..
sekarang dan seterusnya ibu akan sentiasa meneruskan perjuangan ini.InsyaAllah niat ibu sehingga rara 2 tahun lebih pun ndapa..ibu tak kisah!

ibu rara: tekad ku dalam penyusuan masih belum selesai.Semoga Allah Permudahkan semuanya. Amin.Abah rara thanx for the support!

No comments:

Post a Comment