To my little daughter RARA

..ini dunia kita..ada manis dan cuka namun kita tetap bersama mengharungi suka dan duka..

mybreastfeeding journey

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Friday, 28 October 2011

entry geraham..

hmmmmmmm...patutlah kebelakangan ni rara punya saliva macam air tumpa..memang banyak..dan disusuli dengan demam yang berlarutan.1 pakej lagi tu demam+batuk+selsema..aduhhhhhhh...kesian nya rara...
rope2nye....mau tumbuh gigi geraham sebelah gusi kanan atas..eh ngam kah tu ayat..mcm pelik..kekekekeke..abaikan..
semalam..jam 2.30am bangun suapkan rara ubat demam..tiap 6 jam..then sambung sponging badan rara bagi stabil suhu badan,suhu badan rara tem tu 38.5 c..memang panas!ibu risau,kesian tingu rara xselesa tidur..hampir2 ibu mau nangis..sebab ibu sangat100x sayangkan rara,cinta sama rara..mana mungkin ibu sanggup tingu rara sakit begini..Ya Allah sembuhkan lah buah hati kami ini.Amin.
Alhamdulillah menjaga rara masa rara demam ini amat mudah, rara tidak meragam,selera makan pun baik,masih aktif main.sayang anak ibu..mmmuaaaahhhhh......!
Jom kita share tips menjaga anak ketika demam.
1.Sebagai ibu/bapa kita harus sabar layan kerenah anak semasa sakit.mereka sangat perlukan perhatian dan penjagaan kita.
2.Berikan susu ibu sebab susu ibu ada antibodi untuk melawan penyakit.(read as bg anak bawah umur 2 tahn)
3.Pastikan ubat diberi ikut masa yang ditetapkan.
4.Jika suhu badan terlalu panas,lapkan badan anak anda dengan tuala basah (sponging) sehingga suhu turun.
5.Berikan multivitamin jika anak anda kurang selera makan.
6.Doa.Kerana Doa ibu mudah diMakbulkan.

Little rara di One Place Mall putatan mencari pekerja wanita,yang berdedikasi,sanggup bekerja dihujung minggu, sanggup turun bekerja di booth, sila contact ibu rara:).Next cerita di Little Rara ialah kami menyediakan perkhidmatan menyewakan breastpump.nantikan....

Ya Allah permudahkan lah urusan kami, Engkau luaskan lah rezeki Kami,sesungguhnya kami mencari redhaMu dalam perniagaan ini.Amin.

**semasa entry ini di post rara Alhamdulillah sudah sihat dan pekerja pun sdah dapat:)**
Bekerja keras di booth sempena Festival begandang di Beaufort:) JOM!kesana...

Ibu rara 

Sunday, 16 October 2011

Cerita cInta..

wah tajuk..bukan main..ehehehehehe..mari kita ceciter pasal cinta..ayat yang biasa kita dengar ialah
"cinta itu adalah subjektif..cinta kepada ibu bapa,adik beradik,pasangan,anak2,sedara mara, dan Cinta yang paling agung adalah cinta kepada Allah swt"
Betul..cinta juga buta kenapa..sebab bila ada perasaan cinta itu hilang lah segala keburukan pasangan kita (read as cinta kepada pasangan)..selalu juga kita dengar orang kata laki nya hensem, bininya bida..iyakan..atau sebaliknya..kenapa..kerana cinta yang sejati tidak bersyarat..ada aku kisah pasangan aku kaki tempang, bisu, buta, dan sebagainya..seperti cerita yang kita selalu baca di majalah..kan ada kan..ehehehehe..tiada jaminan dalam percintaan dan perkahwinan, begitu juga dengan umur kita..@ ajal..tiada jaminan kita akan bernyawa jam seterusnya..Jadi apa yang kita buat untuk hidup yang tiada jaminan ini?berusaha..berusaha dan berusaha..jangan sesekali berputus asa..terutama bila menceburkan diri dalam perniagaan jika xda mental yg kuat, hati yg cekal..aduhhh susah bangettt...selalu pening2 memikirkan stategi perniagaan, memahami selok belok, mentafsir perangai manusia, jgn terlalu naive, dan mudah berpuas hati..eh bukan kah kita sedang bercakap pasal cinta..
ini cinta saya....
gambar muda2..motif??hehehehe
 sudah try adjust bila upload jg gini..neck exs lah ya..
my whole family..during my brothers wedds
ini cinta saya..cinta anda bagaimana pula..Cinta hakiki hanya kepada Allah swt..selagi hayat dikandung badan we are all for one..ibu sangat kagum melihat pasangan yg menjaga pasangan semasa sakit, ibu adalah terapis, hari2 jumpa pesakit yg berbeza..kadang2 kita belajar ketabahan dari mereka yg diuji..ada macam2 cerita dari tawa mereka.Cerita sendiri bagaimana pula..tersenyum sendiri mencari erti bagaimana aku bila di uji begini..:)
dan cinta cinti ibu...
erm part yg gemuk sila abaikan..hihihi..LITTLE RARA..ini gambar ada masa baru buka..sekarang barang uda banyak, terbaru breastpump, ada 4-5 jenis breastpump dengan harga yang sama macam disemenanjung.standard price, yang penting kita sama2 puas hati, sekarang bukan waktu untuk mengaut untung tapi masanya untuk menaikkan atau membrandingkan little RARA. semoga anda berjaya diluar sana.Doakan Little Rara juga berjaya ya.Amin Ya Allah..
dan kawan2 n bestfren2 ku..u know who u are..thank you for always being my side n supportive me.my client @ customer thank u for believing little rara.believe or not little rara sudah dipromosikan mulut kemulut, ada yg datang ke mall semata2 untuk membeli di Little Rara.Alhamdulillah..saya berjanji untuk memperbaiki servis dari hari ke hari.Terima kasih.

Ibu Rara- yg sentiasa dilamun chinta..hehehehehe-abaikan:)

Thursday, 13 October 2011

Breastfeed situ sana sini

syukur alhamdulillah..sampai juga ke bumi Malaysia n selesai jualah hajat dihati..wah ayat..eheheehhehehe..
so rara yg berumur setahun 3 bulan 2 minggu ini sudah menjejaki bumi china..ibu nerves juga tentang persediaan ibu untuk breasfeed rara dinegara org but we learn from experience..sepanjang perjalanan kita ibu belajar beberapa perkara tentang persediaan untuk travelling..memang nampak mudah..yalah apa susahnya selak baju susukan lah..tp untuk lebih teratur ibu senaraikan ya..
1. Nursing wear atau poncho amat membantu anda untuk breastfeed in public wherever you are kerana ianya akan membuatkan kita selesa dan yakin sepanjang menyusukan:)..nursing&poncho
2.Sediakan air mineral sepanjang perjalanan..sebab kita akan banyak berjalan kehulu kehilir,menyusukan menyebabkan kita perlu banyak minum air, jika badan kurang air kita akan mudah hydrated, penat,pening dan emosi akan terganggu seperti mudah marah.
3.Pilih baby carrier yg mudah untuk menyusukan, so sambil berjalan boleh susukan anak..
4.Hygiene-bawa hand steriliser
5.Tawakkal kerana sudah berusaha:)
Disclaimer: ini hanya perkongsian pengalaman, dan hasil dari pembacaan, ambil yang baik abaikan yg tidak berkenan dihati:)

 Breastfeed di Metro aka LRT (upright position) sampai tertidur rara..
 Berhenti rehat dikaki lima di zhongshanba (read as ibu sudah penat shopin)
sedang tunggu bus at China international airport
Little Rara oh  Little Rara anda boleh mendapatkan baju-baju baby n tod yang branded pada hrga yg berpatutan, aksesori seperti kasut, headband, bib yg branded, baju gown kanak2 yang gorgeous,barang2 penyusuan susu ibu, cloth diaper, baby carier, dan barangan kesihatan.Terima kasih to all yang mendoakan Little rara, ada yang msg di inbox, pots diwall fb ,msg di hp..wah terasa sangat dihargai..terima kasih for my husband n family untuk sokongan yang tidak berbelah bagi.

ibu rara: saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan:)

Saturday, 1 October 2011

Banana cheese sandwich

ewah..ewah..awal pagi rara bangun senyum2 gelak2..ntah apa yang lucu..mungkin senang hati bangun nampak ibu..sebab biasanya hari isnin-jumaat kalau rara bangun awal mesti menangis nampak ibu siap2 mau gi kerja,siap mengamuk menangis nemau makan semua..tanda protes lah tu kan..addeh anak perempuan penuh emosi..;)
so awal pagi (xlah pagi sangat besalah ahad ibu n rara bangun jam 8.30 hehehehehehe)..so kedapur sediakan sarapan untuk rara n ibu...erm..mau cari kelainan untuk rara,yang penting sedap dan berkhasiat..Ting!!!!!datang idea..ehehehehe,,suspen kah????hahahahaha..tadaaaaaaa.....
bahan-bahan yang ada dirumah saja
1.Bread -rumah mesti ada bread
2.Telur-rumah mesti ada telur untuk save masa memasak-goreng jerr
3.cheese-ambil cheese anak buah..hahahaha (cheese ian atau mumui-mummy drang rajin beli cheese untk ank diorg-kekekeke)
4.Pisang-tiap jumaat memang selalu beli pisang n tembikai di tamu.

so..layan gambar..
plain bread -ibu guna corn bread

 hiris pisang nipis2 -slice

 then alaskan dengan cheese

potong kecil2 supaya mudah dimakan then celur ditelur yang sudah dibancuh dengan mayonis seterusnya goreng..
siap..bucuk2 ibu sudah ready untuk mamam..ehehehehe..cheese tu akan melted dalam roti which will make the taste so yummy!kan rara kan..hehehehehe

so next week, 6/10 flight AK114 ke guangzhou China..hope everything going as planned n doakan kesejahteraan kami.Dan doakan kejayaan little Rara..semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Nya.dan Anda, semoga anda sihat dan gembira disamping keluarga.

Ibu RaRa with LoVe:)

Wednesday, 28 September 2011

entry guling golek

tidur kul 10pm td..terjaga kul12am..guling-guling kiri kanan, golek2 pun xdapat tidur balik..nampak labtop..ah update blog lah..manatau nanti mata ibu mau titon balik..ehehehehehe..rara sedang nyenyak tidur..abah shift malam so xda teman bicara..wahwah..bahasa Zzzz sungguh..ehehehehehe
teringat masa perkenalkan barangan penyusuan di Little RaRa kepada pelanggan yang datang..n bila ibu cerita setiap kegunaan produk penyusuan itu kepada makcik2..makcik2 itu akan cakap.."wah bagusnya zaman sekarang semua ada,untung lah dulu2 kami mana ada benda2 begini(mksudnya milk storage,breastpump,etc), anak lahir sumbat susu botol terus"..ibu..iya makcik ndapa yang penting anak2 sihat?/ntah apa2 ibu cakap...hahahahhaha...kalau yang datang tu muda2 pula..jawapan ringkas mereka ialah..Owh..Owh...ehehhehehehe..bosan mungkin dengar ibu membebel..ndapa yang penting niat ibu ikhlas mahu sampaikan mudahnya mahu menyusukan walau kita bekerja..teringat masa mula mahu kumpul stok susu dulu..mau cari milk storage,breastpum punyalah susah-read as xda banyank pilihan-...syukur punya kemudahan membeli online.heheheh..
sudah mengantuk..Alhamdulillah...
semoga hari kerja esok ceria...seperti rara yg sentiasa ceria bila bangun pagi nampak ibu n abah semasa hari cuti..rara akan bangun n cium ibu n abah..bahagianya jadi ibu ni.. 2,3 kali sudah menguap nihZzzzzzzz....owh ya semoga hari anda ceria juga:)
salam Ceria selalu:))

Ibu Rara

Monday, 26 September 2011

30.september.2005

hehehehehehe..tarikh itu adalah tarikh keramat..tarikh itu adalah punca semua yang ada sekarang..tarikh itu amat besar buat keluarga kecil kita (yg mungkin akan membesar..eheheheh) tarikh itu buat ibu selalu senyum...tarikh itu ialah tarikh ibu n abah jumpa dan seterusnya..eheehehhehe..
Jumpa dimana?????hahahahhahahaha lucu kalau org tanya ni soalan..hahahahaha..sebab ibu dan abah jumpa di ward psychiatric..hahahahahhaha.(selalu ibu gurau kalau org tanya soalan tu kan ibu cakap kami jumpa diward psikiatrik masa tu kami sama2 jadi pesakit disana..hahahaha).wad untuk mereka yg punya masalah jiwa..ibu dan abah praktikal di hospital yang sama dan ward yang sama cuma berbeza unit.ibu di unit pemulihan carakerja,abah pula datang ke unit ibu untuk orientasi..ehehehehehe..disanalah mula perkenalan itew...ahahahahha...lucu..sangat lucu bila dikenang2..harap2 bila tua nanti kita akan cerita jalan perkenalan kita..hahahahaha....
jumaat ini adalah tarikh itu...jumaat ini mau buat programme apa ya..abah cakap mau belanja makan..makan saja..ibu sudah melebar nih..addeeehhhh.....ibu ajak abah tukar2 hadiah..hahahahha...amatlah kurang romantik kami somisteri nikan..kalau org lain mesti surprise,taddaa....bg hadiah or something kejutan..tapi ibu dan abah pula sibuk bincang mau buat apa..hahahahaha..biarlah org lain lainlah caranya.hehehehhee..tapi ibu ada idea yg baik punya..teettttt..rasia..kekekeekeke...nanti sudah berlaku baru ibu tunjuk..yg penting idea ni belum pernah dibuat ibu..org lain pernah buat kali...hehehehhe
ni tem muda2..
ini gambar bila sudah ada anak dara..hehehehe..ibu maintain gemuk..ahahahah..ibu Ok jerrr...
so perjalanan hidup baru bermula sebenarnya..inilah fasa penting dalam hidup kami iaitu membesarkan rara dengan sempurna..mahu mendidik rara menjadi anak yang solehah.menyediakan persekitaran dan tempat perlindungan yang sempurna,belajar mengerti perasaan seorang anak kecil,dan rara masih menyusu dengan ibu sepenuhnya .Alhamdulillah..part ini ibu sangat suka..hehehehe.doa ibu hanya yg baik2 saja untuk kamu sayang...Rara harta ibu dan abah..
inilah dia...ibu n abah punya gegirl.pujaan hati pengarang jantung keluarga,sumber kekuatan ibu,sumber keceriaan kami,selalu buat kami rindu bila jauh sekejap dengan rara,selalu buat ibu n abah geram bila rara start kacau barang n senyum buat muka x bersalah nampak gigi 6 batang,mmg rasa mau cium2 saja...rara suka bunga pantang nampak bunga mesti mau pegang n kacau paling sandi masuk mulut..addeh teseliur kali ah..hehehehe..me n my sabahan language.hihihihi

Little rara akan join promotional booth di wisma merdeka bulan okt-nov..Barangan yang akan dijual baju2 kanak-kanak, cloth diaper n aksesori.Barangan penyusuan juga ada.Informasi lanjut akan diwar2kan nanti.Ya Allah luaskanlah dan berkatilah rezeki kami.Bantulah aku memperjuangkan perniagaan ini di jalan MU.Amin.Ya Allah.

IbuRaRa


Tuesday, 20 September 2011

Back to da basic..

okeh ibu mau cerita pasal kegilaan ibu menggunakan CD a.k.a cloth diaper..hehehehe..ibu suka bangett..cd ialah kain lampin yang bertindak seperti kain lampin pakai buang tapi boleh dicuci@diguna pakai semula.ibu start guna cd on Feb 2011..punya men bersemangat lah tem tu..habis juga rm400 duit membeli cd.xpa..untuk rara semua pun boleh..
ini sedikit maklumat.
dan ini juga...

dan beberapa bulan selepas itu ibu mula memasang plan untuk mempromosi dan menjual cd ini sebab cd sangat membantu kita menjimatkan duit untuk membeli disposeble diaper.masa itu plan untuk membuka Little Rara sudah ada..dan sedang dalam proses mensurvey apa yg patut..Alhamdulillah bila Little Rara sudah beroperasi, batch cd yg pertama sudah habis terjual,datang batch yg kedua dan ketiga..Alhamdulillah...rezeki..Allah itu amat luas..rezeki datang bila kita berusaha dan tidak berputus asa.untuk pembelian Cloth Diaper di little rara klik CD
lg ibu suka ialah tadaa...nappy liner..what??nappy liner?ingat panty liner jak adakah...muakaaaka...iya ia berfungsi sebagai lapisan bahagian atas CD supaya bila baby poo tidak mengotori bahagian atas microfleece..read as menyenangkan kerja ibu2 untuk membasuh CD ya BU..ehehehhe
untuk pembelian klik Nappy Liner 


Ibu pilih brand autumnz sebab free dari bahan kimia so xperlu risau rara akan stay dry..Okeh ada little tip-natural tips untuk membersihkan CD yg kotor atau kuning..semasa merendam CD boleh tambah cuka atau soda bikarbonat atau perahan limau nipis (kalau perah limau nipis ada haruman lime:)) memandangkan CD tidak boleh direndam dengan peluntur atau softener yang boleh menyebabkan kadar serapan kurang.wah betulkah tatabahasa ibu nih..hantam sajalah yg penting maklumat sampai..hehehehhe..
Cara penggunaan..kalau ikut memg ada jadual lah..tp kalau ibu hantam sajalah..kalau rasa2 CD penuh tukar saja..hahahaha..okeh ini jadualnya (tlg jgn ikut perangai saya.)

7.oo - 10.oo pg ~ 1cd poket + 1 insert (or 1cd aio)
10.oo -  1.oo ptg ~ 1cd poket + 1 insert (or 1cd aio)
1.oo - 4.oo ptg ~ 1cd poket + 1 insert (or 1cd aio)
4.oo - 7.oo mlm ~ 1cd poket + 1 insert (or 1cd aio)
7.oo - 12 t/mlm ~ 1cd poket + 2 insert
12.oo - 7.oo pg ~ 1cd poket + 2 insert
 setiap CD yg djual dilittle rara FREE 2 insert..untuk penggunaan siang biasa guna 1 insert saja sebab siang kita akan kerap tukar CD,malam baby tidur dlm jangka masa yg panjang so guna 2 insert agar dapat serap lebih banyak pu.

cari2 gambar rara sedang berCD tp sudah delete..nanti ibu update.Erm..semasa entry ni ditulis rara sedang demam.Moga cepat sembuh sayang.we LOVE u sayang..mmuaaahh...!rara kuat ibu tau..:)

Semoga  kita semua diberkati dan dilimpahi rahmatNya.Amin
**lamanya x tulis blog.sibuk x juga sbuk.ntahlah.sedang mencari mood yg sesuai.kadang2 tem buat kerja ada idea menulis tp labtop xda depan mata.hehehehe**

Ibu RARA