To my little daughter RARA

..ini dunia kita..ada manis dan cuka namun kita tetap bersama mengharungi suka dan duka..

mybreastfeeding journey

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, 31 August 2011

Salam Aidilfitri...

Aidilfitri ke dua untuk rara..aidilfitri ini sangat bermakna sebab rara sudah boleh berjalan..sudah pandai bergaya..sudah saaannnggggaaaaatttttttttttt pandai mengexpress feeling..owh..anak dara ibu sudah pandai menunjukkan kemahuannya,memilih sendiri makanan yg mahu dimakannya,paling ibu x tahan bila rara meniru cara ibu pakai bedak n lipstik,rara akan ambil bedak ibu dan tonyoh muka innocent itu..eiii sungguh comel c gigi  6 batang ini, protes bila tidak puas hati,mencium adik Aniq, cemburu bila ibu menyusukan adik Aniq..(adik aniq ialah sepupu rara,anak adik bungsu saya)..ibu menjadi ibu susuannya sebab bungsu xda punya air susu selama beberapa hari dan selepas itu bungsu dtahan di ward sebab kekurangan darah jd sepanjang bungsu diward ibu yang menyusukan aniq kerana kasihan kalau aniq terpaksa minum susu formula...jadi rara dan aniq adalah adikberadik sesusuan..sekian.
Rara...selamat hari raya..betapa ibu bersyukur rara..dalam hati selalu berdoa supaya rara membesar menjadi anak yang solehah..berjaya didunia dan akhirat..bukankah itu harapan setiap ibu bapa..bukan minta dibalas budi cukup menjadi anak yang mendoakan ibu dan abah..
tahun lalu kita beraya di rumah opah..tahun ini dirumah nenek pula..(disabah)..jom layan gambar..
Makanan wajib ada masa raya
a)kelupis + sambal kacang @ kuah kacang
b)ketupat
c) kari ayam
d) biskut raya
e) dodol
f) kek lapis
Tapi tahun ni ada speciality..ibu buat rendang ayam..ehehehe
 ini ialah kelupis,rasanya sama macam ketupat palas,lamban,cuma cara pembungkusan saja yang lain
 Ketupat nenek dan ibu anyam
 Rendang resepi opah..
Gambar yang lain sudah hilang ntah kemana..perut barangkali..hehehehehe...xkisah apa yang ada di pagi raya,mungkin cuma biskut dan air oren mungkin juga tiada apa2...tapi yang paling penting dengan siapa kita meraikannya..kerana dalam setiap perjalan menuju Allah wst mungkin mereka atau kita yang sampai dulu kepada Nya..
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin;)
salam sayang...
ibu rara
**sedang mengutip gambar dari kamera umi nanti ibu share gambar2 di pagi raya..dalam entry berikutnya:)

No comments:

Post a Comment