To my little daughter RARA

..ini dunia kita..ada manis dan cuka namun kita tetap bersama mengharungi suka dan duka..

mybreastfeeding journey

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Monday, 11 July 2011

nikmat menyusukan

Alhandulillah...Syukur atas rezeki Mu ya Allah aku masih mampu menyusukan anakku..Alhamdulillah...

nikmat yang ibu dapat semasa menyusukan rara..ini pengalaman ibu..
1.nikmat mengusap rambut, membelai rara sambil menyusukan 1 perasaan yang sangat sentimen
2.sambil menyusukan kita akan bertentang mata seperti kita sedang berkomunikasi
3.ibu suka mencium rara semasa dan selepas menyusukan
4.Ibu suka berdoa semasa menyusukan rara, ibu berdoa semoga air susu ibu dapat menyihatkan rara,mencergaskan rara,menjadikan rara anak yang bijak,baik tingkah laku,agar rara menjadi anak yang solehah..
5.Kita punya perasaan yang kuat antara ibu dan rara.Tanggapan orang bahawa menyusukan anak dengan susu ibu menyebabkan anak jadi manja(mudah menangis) adalah salah.bukan manja tetapi rapat.bounding between mom n babies.
6.Kasih sayang ibu melimpah ruah untuk rara, susu ibu mengikat kita..
7.dengan menyusukan boleh membakar 500 kalori..banyak tuh..hehehehe
8.semasa menyusukan ibu rasa sangat tenang,sangat relax,dan hilang stress di badan.Alhamdulillah..
9.semasa menyusukan adalah peluang untuk kita berdua bermanja,our own precious moment.sangat indah.
10.Gambar dan senyuman rara adalah x-faktor ibu semasa memerah susu di office.Terima kasih sayang sebab senyuman itu ibu mampu memerah susu untuk rara.
adaaaaaaaaaaa..........banyak lagi nikmat menyusukan yang ibu pasti ibu2 lain turut merasakan..betapa Hebatnya kelebihan yang Allah beri kepada ibu2..walau anak angkat..seorang ibu juga boleh menyusukan.Susu ibu mampu memberi taraf mahram kepada anak angkat.Betapa besarnya nikmat itu.Syukur Ya Allah di atas nikmat ini.walau ada ketikanya ibu ini terasa down, sedih bila yang diperah hanya 1 oz.tapi bila ingat senyuman itu semangat yang datang mencurah-curah.Bila ingat gelak ketawa rara,telatah rara yang bijak mengambil hati tidak sanggup rasanya berkongsi rara dengan susu formula.Rara adalah milik ibu dan abah.ibu mahu rara membesar dengan nilai kasih sayang dan air susu ibu sehingga rara sendiri mahu berhenti menyusu.InsyaAllah.
kasih sayang ibu sedetik lebih.
iburara: ibu cuma orang kecil yang berjuang untuk menyusukan rara..diluar sana banyak ibu2 yang sanggup berjuang bermatian demi memberi susu ibu kepada anaknya .sungguh ibu kagum.TAHNIAH ibu-ibu!

No comments:

Post a Comment