To my little daughter RARA

..ini dunia kita..ada manis dan cuka namun kita tetap bersama mengharungi suka dan duka..

mybreastfeeding journey

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Sunday, 31 July 2011

Menyusukan di bulan ramadhan

1 ramadhan:selepas sahur
Alhamdulillah..kalau boleh hari2 mau update blog di bulan ini vagi mengisi masa yang terluang sebelum subuh..ehehehehe
ibu sudah punya pengalaman berpuasa dan menyusukan pada tahun lepas.Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.melalui pembacaan ada beberapa tips yang ibu amalkan iaitu:

1.Mind setting-tetapkan di mind kita bahawa susu tidak akan kering semasa puasa malahan perlu lebih kerap mengosongkan payudara.
2.lewatkan waktu bersahur.
3.amalkan memakan buah kurma,KHASIAT KURMA
4.Minum susu

simple sahaja,ibu tidak suka merumitkan smua perkara sebab banyak perkara rumit yang perlu diselesaikan.eheheheheh..
salam sayang dari ibu....dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada pembaca:))

ibu rara

Salam Ramadhan al Mubarak

Esok Isnin kalau ikut kalendar Islam esok ialah 1 ramadhan.Alhamdulillah sudah ramadhan rupanya..Alhamdulillah masih bernafas,masih mampu melakukan tugas seharian,masih mampu melakukan tugasan sebagai hamba Allah.Kan?
Rara sudah boleh bertatih 3 4 langkah..tp masih kurang yakin untuk berjalan,takut jatuh lah tu.Tiapa nak yang penting yakin pada diri,percaya pada diri..ibu dan abah sentiasa ada disisi walau apa pun terjadi.Percaya rara boleh.Rara kan anak yang bijak,jantung hati ibu dan abah;)
Ahlan wasahlan ya Ramadhan...ini ramadhan pertama ibu sebagai saudagar.mencari keredhaan dalm perniagaan.Tahun kedua sebagai ibu,sangat manis.Owh...terima kasih rara..muah..muahh
Little Rara-Alhamdulillah sudah ada promosi dari mulut ke mulut.Sekarang sudah ada member card so untuk diskaun sepanjang tahun boleh apply jd member selain itu..diskaun istimewa semasa hari jadi c kecil anda:)..laaaaaaaagi??hehe setiap saturday end of month kita ada moms happy hour Diskaun istimewa untuk barangan breastfeeding,baju,bra..suma lah..hehehehe..syokkan???hehehehehehe......
selamat Berpuasa dari kami sekeluarga:) semoga ibadah Puasa tahun ini diterima Allah swt.Semoga Little Rara akan terus berkembang.Semoga kita semua peroleh keberkatanNya.amin.

ibu rara: Ya Allah berkatilah rezeki kami,semoga ramadhan ini membawa seribu rahmat kepada kami.Amin Ya Allah.

Sunday, 24 July 2011

Hari Raya...lagu raya...

Ehehehehhe..ni cerita pasal kemarin,sabtu,23.Julai.....
sangat2 syok berada di kedai sebab....Mall itu memutarkan lagu2 raya..wah....sukanya.....ibu suka bangett nih...semangat hari raya sudah ada..customer pun ramai datang beli persiapan raya awal-awal..wow!!!sangat Wow sebab ibu belum ready 1 apa pun utuk famili mini kita ra...hahahahahahaha..xpa baju rara pilih aja mau brand mothercare,barbie or oshkosh..ehehehehhe..baju kurung no hal lah..nanti ibu buat kan??oPss.propa jew.ibu buatkan di kedai jahit berdekatan ya nak ya..rara sudah setahun 2 minggu..ibu sudah tida sabar menunggu rara bertatih,berjalan apa pun termnya ibu sudah tidak sabar...mahu kita jalan berpegangan tangan..atau juga rara akan berlari dan ibu yg gumuk ini akan mengejarmu..owh jangan sayang lemak ibu nanti..heheheheheheh
Rara sekarang sudah berdiri without support..endurance less than 10second..its okay practice makes perfect nak..ibu suka..ibu tahu rara memang anak yang kuat, semangat yang tinggi dan tidak mudah mengalah sebab setiap apa yang rara mahu rara akan buat sampai dapat..contohnya..mencapai alat-alat solek ibu diatas meja solek..yah..mula2 jari kecil rara mencapai barangan atas meja randomly..kemudian bila jumpa okbjek yang boleh dijadikan tangga seperti botol kerja ibu,rara gunakan untuk memanjat meja solek tersebut.Owh..apakah??
pintar amat..tapi paling ibu suka rara sudah pandai cium tangan..bila sebut shake hand..rara akan terus shake n cium tangan..so weet sayang..paaaaaling ibu suka bila rara tunjuk sayang..rara akan cium ibu dan abah berulang kali dan tepuk tangan..tandanya pandai..anak ibu ini memang pandai orangnya..selain manis dan cantik-kalau bukan kita yang puji anak kita siapa lagi;)
hehehehe..rara kalau posing depan kamera memang terer..hehehehe
ya..Little Rara..alhamdulillah customer makin bertambah..Alhamdulillah...ada customer bg cadangan supaya buat member card,terima kasih akan ku usahakan..memang selama ni ada terfikir cuma belum terlaksana..InsyaAllah dalam masa terdekat..ada cadangan lagi???hehehehehhe....sekarang masih berada di bawah mencari marketing untuk little rara..masih berusaha menvangunkan tiang..ya masih berusaha..yang penting usaha..jgn duduk diam menunggu sesuatu yang tidak pasti lebih baik kita sendiri yang bergerak kesana.Little Rara..Moga Allah swt mempermudahkan segalanya.dan moga ramadhan ini membawa rezeki kepada kita semua.Amin Ya Allah.Jangan Putus asa..Okeh.semangat..semangat..;).
Owh ya..Little rara cute picture contest  masih berjalan sehingga 20 ogos nanti..Alhamdulillah sangat suka melihat c comel2 beraksi..pemenang akan mendapat voucer beli belah di LR sebanyak RM50 dan Gambar pemenang itu akan di tampal di butik LR.!Terma dan peraturan boleh didapati di Little Rara Boutique (onlineshop).Kepada yang belum join..jom2 join..hehehehehe

iburara: mimpi akan sentiasa jadi mimpi jika tiada tindakan.salam ahad.esok Isnin..kerja???OMG..hehehe

Sunday, 17 July 2011

My little Diary

Hari ini sangat penat..baru balik dari LR (little Rara),tutup kedai awal sikit hari ni sebab mau p edarkan flyers di kawasan perumahan terdekat.so hampir sejam pusing2 dikawasan perumahan dan ibu bertindak sebagai posmen, umi rara pula bertindak sebagai pemerhati rumah yang banyak prospek..hehehehe terima kasih umi rara..Hanya Allah swt dapat membalas budimu.
apa yang lucu bila ibu letak flyers di peti surat ada la c kecil yang main diluar rumah excited bgtau mama diorang ada surat sampai..hehehehhehe..ada ciri posmen kah?layan jalah..yang penting orang tahu Little Rara ada berdekatan mereka.Kedai yang menawarkan semuanya untuk ibu,bapa dan yang paling penting untuk c kecil itu..yang comel dan bijak itu..ya sudah tentulah anak-anak anda..anak-anak kita..dan barulah ibu tau kepenatan bekerja sebagai posmen!tabik spring dengan para posmenUall rock!
Balik rumah tadi rara sudah lena..maybe penat.Terima kasih sayang sebab temankan ibu.Jadi inspirasi ibu.Jadi segala-galanya buat ibu.so rara sudah masuk buaian dapatlah ibu mandi,makan,solat,ready baju for kerja tomorrow, n sediakan sayur lauk untuk rara,esok pagi ibu tinggal labuhkan saja apa yang patut.Alhamdulillah.Abah p mancing harap2 balik bawa ikan paus.ahahaha..propa je tau>)
thats all for today.Alhamdulillah semoga hari esok dan seterusnya sentiasa lancar dan bertambah baik.dan semoga hari anda juga begitu:)

iburara:hari2 yakinkan diri sendiri..Yes YOU CAN!!

Saturday, 16 July 2011

Little Rara-from moms to babies with love

Dalam perniagaan biasalah ada turun naik..apa lagi kalau mula berniaga orang pun xkenal lagi maka banyak lah tangga yang perlu di panjat.Ibu faham dan tahu risiko itu dan ibu bersedia untuk berjuang.Belum ada orang berniaga yang terus berjaya dalam masa seminggu..adakah??kalau ada mau juga menuntut ilmu..heheheheheheh..okeh hari ini sabtu kedai aka little rara boutique ditutup sehari sebab ada kenduri menitir sebelum puasa..intro bukan men suspen kan..ahahahahaahah
kenapa?ya soalan sebelum memulakan perniagaan ialah kenapa memilih jenis perniagaan butik?sebab ibu suka dengan pakaian kanak-kanak yang berjenama tapi selalu telan air liur melihat harganya..Jeans kanak-kanak Jenama A** RM89.90??aduhh..warna dark purple sangat2 comel.my heart melted..but its too much.ibu dan abah memilih untuk membesarkan rara secara sederhana,biar yang mewah hanya kasih sayang.InsyaAllah..
Bukan senang mahu memulakan semuanya kalau bukan kerana impian mahu jadi seorang usahawan yang punya kebebasan berkreativiti lebih baik duduk diam dan makan gaji. TIDAK!ibu mahu setiap 5 tahun fasa hidup ibu berada ditahap yang berbeza.sudah tentu di fasa yang lebih baik dari sekarang.Rara adalah inspirasi ibu.semuanya demi kehidupan kita di masa akan datang.Abah adalah tulang belakang ibu.Kalau bukan berkat sokongan abah,galakkan,nasihat,penat lelah abah membanting tulang,mengeluarkan modal buat ibu mencapai impian ibu semuanya tidak akan jadi kenyataan..Hanya Allah swt membalas jasa abah.Terima kasih abang.Ibu akan berusaha bersungguh-sungguh,ibu mahu jadi usahawan Islam yang menjalankan perniagaan berpandukan syariat.sekarang LR sudah ada tapak,ibarat bayi yang baru lahir perlu memperkenalkan namanya kepada semua orang.sekarang ialah masanya.Promosi habis-habisan perlu dilakukan.saingan semakin sengit.tindakan harus pantas!Ya Allah aku mohon dijauhkan dari hasad dengki dan khianat manusia.Amin.
Buat masa ini, ibu sibuk mempromosi secara online dan mengedarkan risalah.InsyaAllah daripada 1000 keping risalah, pastinya ada yang terbuka hati untuk datang ke butik melihat sendiri dan InsyaAllah menjadi pelanggan di LR.Pelanggan adalah priority kami.Setiap cadangan dari pelanggan akan kami penuhi.Ramai customer mahu kami menjual peralatan bayi,baju2 bayi baru lahir,selimut bayi,baby gift,tambahkan koleksi baju baby boy..Alhamdulillah semua sudah ada.. xpercaya??datanglah..hehehehe
Terima kasih tidak terhingga kepada yang mempercayai kami.InsyaAllah dalam hati mahu mempunyai produk sendiri.InsyaAllah tiada yang mustahil dengan usaha yang tidak mengenal jemu-ini adalah kata2 dari bisnesman yang berjaya bukan ibu cakap..ngehngeh tapi betul kan??.Janji Allah pasti benar.Setiap yang berusaha dengan penuh kesabaran pasti akan berjaya.Ibu menulis post ini untuk memberi  motivasi kepada diri sendiri Ibu masih baru sangat baru dalam dunia perniagaan ibu tidak layak beri motivasi kepada orang lain,ibu cuma berkongsi semuanya yang ibu perlu tempuhi dalam perjalanan ini..Memang banyak liku2 yang perlu diharungi tapi itu adalah pelajaran yang perlu dipelajari pengalaman yang perlu ditempuhi yang tidak dapat dibeli dimana2.Jangan putus asa untuk melalui semua ini kerana Allah swt itu Maha Penyayang.Ibu yakin ibu tidak keseorang.Itu ibu pasti.Alhamdulillah.Semoga semua orang yang berusaha itu berjaya.Amin.

iburara:berfikir,bermonolog,perjalanan harus diteruskan,tangga harus dinaikki sehingga kepuncak!

Monday, 11 July 2011

nikmat menyusukan

Alhandulillah...Syukur atas rezeki Mu ya Allah aku masih mampu menyusukan anakku..Alhamdulillah...

nikmat yang ibu dapat semasa menyusukan rara..ini pengalaman ibu..
1.nikmat mengusap rambut, membelai rara sambil menyusukan 1 perasaan yang sangat sentimen
2.sambil menyusukan kita akan bertentang mata seperti kita sedang berkomunikasi
3.ibu suka mencium rara semasa dan selepas menyusukan
4.Ibu suka berdoa semasa menyusukan rara, ibu berdoa semoga air susu ibu dapat menyihatkan rara,mencergaskan rara,menjadikan rara anak yang bijak,baik tingkah laku,agar rara menjadi anak yang solehah..
5.Kita punya perasaan yang kuat antara ibu dan rara.Tanggapan orang bahawa menyusukan anak dengan susu ibu menyebabkan anak jadi manja(mudah menangis) adalah salah.bukan manja tetapi rapat.bounding between mom n babies.
6.Kasih sayang ibu melimpah ruah untuk rara, susu ibu mengikat kita..
7.dengan menyusukan boleh membakar 500 kalori..banyak tuh..hehehehe
8.semasa menyusukan ibu rasa sangat tenang,sangat relax,dan hilang stress di badan.Alhamdulillah..
9.semasa menyusukan adalah peluang untuk kita berdua bermanja,our own precious moment.sangat indah.
10.Gambar dan senyuman rara adalah x-faktor ibu semasa memerah susu di office.Terima kasih sayang sebab senyuman itu ibu mampu memerah susu untuk rara.
adaaaaaaaaaaa..........banyak lagi nikmat menyusukan yang ibu pasti ibu2 lain turut merasakan..betapa Hebatnya kelebihan yang Allah beri kepada ibu2..walau anak angkat..seorang ibu juga boleh menyusukan.Susu ibu mampu memberi taraf mahram kepada anak angkat.Betapa besarnya nikmat itu.Syukur Ya Allah di atas nikmat ini.walau ada ketikanya ibu ini terasa down, sedih bila yang diperah hanya 1 oz.tapi bila ingat senyuman itu semangat yang datang mencurah-curah.Bila ingat gelak ketawa rara,telatah rara yang bijak mengambil hati tidak sanggup rasanya berkongsi rara dengan susu formula.Rara adalah milik ibu dan abah.ibu mahu rara membesar dengan nilai kasih sayang dan air susu ibu sehingga rara sendiri mahu berhenti menyusu.InsyaAllah.
kasih sayang ibu sedetik lebih.
iburara: ibu cuma orang kecil yang berjuang untuk menyusukan rara..diluar sana banyak ibu2 yang sanggup berjuang bermatian demi memberi susu ibu kepada anaknya .sungguh ibu kagum.TAHNIAH ibu-ibu!

Friday, 8 July 2011

Roti Jala Kuih Sampan

sebelum balik kg abah sudah pesan mahu ibu belajar buat kuih sampan..kuih kegemaran abah..ibu orait ja..ehehehe sebab ibu pun suka makan..eheheehehhee..jom2 tengok resepinya..
bahan-bahan
adunan pertama-color putih
2 cawan tepung gandum
santan-1 biji kelapa
garam-secubit
adunan kedua
2cawan tepung
santan-perahan ke2 (perahan pertama untuk acuan pertama tadi)
air pandan(amik pandan n blender amik airnya)
gula melaka letak atas bekas (daun pisang yang sudah dilipat)then baru masuk adunan ke2
daun pisang yang dilipat bahagian hujung untuk dijadikan bekas.
cara masak steam selama 5minit..
Jom layan...
adunan pertama
adunan ke2 color hijau
masukkan dalam loyang untuk dikukus..masukkan color hijau dulu baru lapis color putih(adunan pertama)ada nampak macam sampan ka?
sudah siap....ehehehehe....
second resepi..ehehehehe
Roti Jala
bahan cukup senang...
tepung gandum
secubit garam
pewarna kuning
sebiji telur
kuah-kari ayam
layan....
pastikan adunan itu cair
menggunakan acuan roti jala pusingkan atas kuali beberapa kali
udah siap..percubaan pertama..berjaya walau ropenya xseindah rasanya..ngengeh
**jalan2 di tesco jumpa acuan roti jala terus beli macam dibfort teda hehehehehe..semangat bah!

iburara: kalau sudah satu2 resepi jadi terus bersemangat mau buat lagi..ehehehe..next?

Tuesday, 5 July 2011

selamat Hari Lahir buah hati ibu&abah...

selamat hari lahir sayang (walau blog ini ditulis bukan pada hari lahir rara)..30.Jun.2010 6.09pm rara selamat dilahirkan..betapa ibu & abah sangat bersyukur dan gembira memilikimu sayang.......tahun ini 30.JUn 2011 kita menyambut harijadi rara di rumah opah..sangat pantas masa berlalu sayang..rara sudah setahun,makin bijak,makin pandai ambil hati,makin suka mencuit hari, dan kadang2 buat ibu rasa geram bila rara sudah pandai menyembur makanan dari mulut...bukan setakat rara yang comot dengan ibu sekali..hehehehehehe.
rasanya baru semalam ibu menjadi mak buyung..kehulu kehilir membawa perut..lepas tu merasa kesakitan selama 11 jam untuk melahirkan rara..menyusukan rara..bermain dengan rara, mereka resepi untuk rara, jalan2 dengan rara...wahhhhhhhh....ibu sangat emo bila mengingati detik itu..betapa beruntungnya rara lahir dalam dunia penuh kasih sayang dan membesar dengan susu ibu..Alhamdulillah sudah setahun juga kita jadi BF partner.InsyaAllah akan diteruskan sehingga rara sendiri mahu berenti..
so majlis hari jadi rara kita sambut sederhana sahaja..impian di hati mahu meraikan secara besar-besaran di restauran makanan segera tapi ibu fikir daripada membiarkan orang lain menyediakan jamuan untuk rara lebih baik ibu sendiri yang menyediakan semuanya..lagipun rara belum faham akan erti sambutan itu..bila rara sudah besar sikit baru kita adakan majlis seperti yag rara mahu ya sayang..ibu dan abah sangat syangkan rara..
so apa menu nya???
1.kek hari jadi-of course.ibu plih papermint choc cake at JUST 2 eat
2.Bihun sup-Opah buat
3.nugget,frenchfries- mula ibu mahu buat homemade tapi abah kata nant ibu terlalu penat buat itu ini jadi beli yag segera saja
4.Agar2 laici- terlebih manis ibu buat..ehehehe..
5.Sandwich Pizza- ibu buat
6.Birthday decoration- done by mak ude rara, abah tukang tiup belon..hehehehe
7.jemput kawan2 pak su-di kg tu budak2 xramai..
so jom tengok gambo nye...ehehehehe



 HAPPY BIRTHDAY TO OUR SWEETHEART RARA






pak teh n mak teh



iburara: selamat hari lahir sayang..betapa ibu&abah sangat2 mencintai dan menyayangimu....mmuuaaahhhhh

Monday, 4 July 2011

Akikah buah hati ibu & abah

punyalah laaaaaaaaaaaaaaamaaaaaaaaaaaaaaaa x mengupdatekan blog ini rara..sibuk-alasan biasalah tu kan sayang..ehehehehe bersawang dan berhabuk sudah blog ibu nie..so 24/6 kita balik rumah opah..memang sudah niat ibu dan abah mahu buat akikah untuk rara dirumah opah..sebab rara sudah dilahirkan,khatan dan majis papat jambul dirumah nenek..sangat bertuah sebab dilahirkan dalam suasana yang penuh kasih sayang.so kambing yang mahu dijadikan akikah itu ibu tidak sempat mengambil gambar..hehehe..apa2pun 2 ekoq kambing tumbang,25 ekor ayam untuk kenduri rara..kita buat kecil-kecilan saja mana yang mampu..apa yang penting tanggungjawab ibu dan abah untuk bt akikah sudah tercapai..Alhamdulillah.Syukur pada Mu Ya Allah..
 rara & ibu dlm flight;)
 meja da siap
 achik n pak su basuh pinggan..makaseh;)
 tungku masak,kayu api,kawah suma da siap..ehehehe
 abah sibuk lah tu...;)
 pinggan mangkuk set!
makcik2 yang didatangkan khas untuk memasak..makaseh banyak2..
 abah control ensem..ehehe
 Orang2 dapur
 opah n gang2 tgh potong nangka buat sayur..nangka masak lomak..ummph..
 orang2 dapur lagi..
 sembang2 org dapur
 meja makan lagi ne versi luar rumah pula;)untuk org pompuan khasnya
oleh itu..ibu n abah ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang membantu.abah,mak,abg ipar,adik ipar,kak ipar,makcik,pakcik,jiran tetangga,sedara mara..

iburara: selesai sudah tanggungjawab untuk ini..ada tanggungjawab lagi besar sedang dilalui iaitu mendidik rara.;)InsyaAllah