To my little daughter RARA

..ini dunia kita..ada manis dan cuka namun kita tetap bersama mengharungi suka dan duka..

mybreastfeeding journey

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, 31 August 2011

Salam Aidilfitri...

Aidilfitri ke dua untuk rara..aidilfitri ini sangat bermakna sebab rara sudah boleh berjalan..sudah pandai bergaya..sudah saaannnggggaaaaatttttttttttt pandai mengexpress feeling..owh..anak dara ibu sudah pandai menunjukkan kemahuannya,memilih sendiri makanan yg mahu dimakannya,paling ibu x tahan bila rara meniru cara ibu pakai bedak n lipstik,rara akan ambil bedak ibu dan tonyoh muka innocent itu..eiii sungguh comel c gigi  6 batang ini, protes bila tidak puas hati,mencium adik Aniq, cemburu bila ibu menyusukan adik Aniq..(adik aniq ialah sepupu rara,anak adik bungsu saya)..ibu menjadi ibu susuannya sebab bungsu xda punya air susu selama beberapa hari dan selepas itu bungsu dtahan di ward sebab kekurangan darah jd sepanjang bungsu diward ibu yang menyusukan aniq kerana kasihan kalau aniq terpaksa minum susu formula...jadi rara dan aniq adalah adikberadik sesusuan..sekian.
Rara...selamat hari raya..betapa ibu bersyukur rara..dalam hati selalu berdoa supaya rara membesar menjadi anak yang solehah..berjaya didunia dan akhirat..bukankah itu harapan setiap ibu bapa..bukan minta dibalas budi cukup menjadi anak yang mendoakan ibu dan abah..
tahun lalu kita beraya di rumah opah..tahun ini dirumah nenek pula..(disabah)..jom layan gambar..
Makanan wajib ada masa raya
a)kelupis + sambal kacang @ kuah kacang
b)ketupat
c) kari ayam
d) biskut raya
e) dodol
f) kek lapis
Tapi tahun ni ada speciality..ibu buat rendang ayam..ehehehe
 ini ialah kelupis,rasanya sama macam ketupat palas,lamban,cuma cara pembungkusan saja yang lain
 Ketupat nenek dan ibu anyam
 Rendang resepi opah..
Gambar yang lain sudah hilang ntah kemana..perut barangkali..hehehehehe...xkisah apa yang ada di pagi raya,mungkin cuma biskut dan air oren mungkin juga tiada apa2...tapi yang paling penting dengan siapa kita meraikannya..kerana dalam setiap perjalan menuju Allah wst mungkin mereka atau kita yang sampai dulu kepada Nya..
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin;)
salam sayang...
ibu rara
**sedang mengutip gambar dari kamera umi nanti ibu share gambar2 di pagi raya..dalam entry berikutnya:)

Tuesday, 23 August 2011

Growth Spurt

24 ramadhan..
minggu ini rara sangat2 kerap menyusu, mudah menangis dan sangat2 x boleh dilarang,sensitif,sometimes tidur yg panjang dari biasa..apakah???
ya ada masanya anak kita akan mengalami simptom itu..itulah di panggil growth spurt yang dialami oleh anak dara ibu sekarang ini..huhu sampai pedih nipple rara terlalu kerap menyusu..main nda sampai 5 minit sudah cas bateri tempat ibu..hehehehe..its okay i love the way u are..mmmuaaahhhhh
mahu maklumat lanjut??:)Growht Spurts
biasanya bila baby mengalami GS ini orang akan kata baby x cukup susu so macam mana mahu bezakan bayi yang tidak cukup susu dengan baby yg sedang mengalami GS?okeh kalau selepas menyusu baby masih menangis cuba try dodoikan atau bawa berjalan..kalau masa tu baby rasa tenang n relax then baby bukan rasa lapar lagi sebab ia cuma perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri.
Biasanya apa ibu buat ialah membelai rara,mencium dan memujuk rara..of course rara deserve a big hug from ibu..rara sangat aktif sekarang sampai bilik terpaksa dikemas more than 10 times perday..hehehehe..tempat favourite rara ialah rak buku ibu..habis semuanya jd tongkang pecah..Qoh harap2 nya rara juga suka baca buku macam ibu..ehehehe..menyempat lagi...
little rara sambutan di kiosk karamunsing Alhamdulillah sangat menggalakkan..terima kasih..begitu juga customer yg order secara online sebolehnya kami mahu memberikan servis tercepat yg yang boleh..demi menjaga hati pelanggan yg sangat penting bg kami..Baby contest sudah berakhir..Alhamdulilah pemenang sudah pun mendapat hadiahnya..Gambar pemenang InsyaAllah akan di display di kedai sedikit masa lagi..erm hadiah juga sudah disampaikan..hehehehe..Adik Aizam Ramadhani..Tahniah sayang..
Ibu suka Quote ini:
"Kita akan berjaya jika membantu orang lain berjaya"
ibu membeli e-book Irfan Khairi yang menemubual jutawan2 di Malaysia termasuk Dr.Fadzilah Kamsah.How im adore him very much!so quote itu ibu dapat dlm temubual dengan beliau...
Betul kenapa perlu kedekut ilmu sedangkan semakin banyak kita beri semakin banyak kita dapat.Kenapa perlu busuk hati dalam perniagaan kenapa perlu takut dengan persaingan kenapa perlu dengki..kenapa kita tidak TWIST kan perasaan itu kepada saluran yang positif.Kenapa org lain bangsa cina cthnya mudah maju dlm perniagaan walau berniaga barang yg sama ditempat yg sama..kenapa orang kita sukar untuk berbuat begitu..sebab ada sifar DENGKI..Ya Allah jauhila Kami dari sebarang penyakit HATI.Amin.
Eh..eh seriuskah??mode awal pagi..ngehngeh..ok lah ketemu dilain waktu..ibu mahu p kerja..sebarang kekasaran bahasa ibu mohon kemaafan.Yang baik itu datang dari Allah swt..yg buruk dari hamba-Nya..
Semoga hari kita semua sentiasa ceria dan bahagia..Sentasa positif dan tabah..Chaiyokk!

iburara: baru ada mode mahu menulis..rara i lOve u..Patut bincang pasl GS kan?????hahahahahaha..:))

Thursday, 11 August 2011

Rara lawat opis Ibu..hehehe

Ramadhan 12
beberapa hari sudah tidak mengupdate blog ibu ini..sudah bersawang dan berhabuk agaknya..ehehehe bahasa org dolu2 bah..penuh kiasan..ngehngeh...

cerita hari ini ialah aktiviti rara di opis ibu..layan jew...
inilah bilik Paeds rara tempat ibu buat kerja bg rawatan dengan pesakit..hehehehe
 sukanya dia...nanti suruh abah belikan bath ball ni untuk rara ya sayang..
 semakin fokus
rasa mau cium2 saja..mmmuaahhh...
chomot pula rara..banyak main la ni kan sayang..
okeh reason ibu bawa rara ke opis ibu sebab ibu xmau berpisah lama dengan rara..hehehehe...read as xda org jaga rara..umi rara sibuk buat pesungkaian.dan...ini waktu petang punya hasil tenusu...

setelah dicukai rara..sementara rara main ibu mengepam..Alhamdulillah berapa pun hasilnya...rezeki rara..

iburara: Ya Allah luaskan rezeki kami...Amin.


Sunday, 7 August 2011

Buat Rara..

ramadhan 8
rara anak ibu
ada masa kita berdepan dengan masalah
ada masa kita menghadapi konflik
ada masa kita sedih
ada masa kita kecewa
ada masa kita marah
ada masa kita sakit hati
ingatlah masa kita gembira dan bergelak ketawa
ingatlah kenikmatan sujud menghadap Allah swt
ingatlah ibu dan abah yang selalu menyayangimu..
kalau kesedihan itu mendekatan kita kepada Allah swt adakah kesedihan itu satu kesedihan?
Hati yang selalu sakit lama2 akan menjadi busuk..
orang baik yg selalu sakit hatinya akan bertukar menjadi org baik yg punya hati yg jahat
memaafkan adalah ubatnya..sabar juga begitu..seringkali kemarahan melangkaui kesabaran..
walau begitu kesabaran sentiasa menang di akhirnya
rara..
ibu dan abah selalu mendoakan supaya rara menjadi anak yg solehah patuh pada perintah Allah swt..

iburara: Ramadhan yg membawa berkah..

Wednesday, 3 August 2011

Pagi yang indah...

Ramadhan 4
untuk perhatian,ibu bangun sahur tadi rara pun sibuk join sahur:) sudah besar nanti boleh tlg ibu didapur,,bestnya.......
okeh,
Sila senaraikan kelebihan yg ada pada diri anda:
1.emm
2.emm..emm
3.hmmmm
biar jawab dlm hati.Jd apa pun orang cakap or persepsi org terhadap kita let it go..yg penting u know who u are?kan?Vanggalah dengan kekuatan diri jgn terlalu bandingkan diri dengan org yg dpt lebih sebab rezeki Allah itu xkan pernah putus bg hamba yang selalu berdoa.Semoga ramdhan tahun ini membawa barakah untuk kita semua.Bandingkan diri dengan org yg dpt kurang mudah2n kita menjadi org yg bersyukur dan terpelihara dari hasad dengki dan penyakit hati yang lain.
amboi-amboi..subuh2 gajah (bak kata bestfren ibu,aunty Farah)ehehehehe...dialah org pertma ibu dengar sebut perkataan itu...eheheehe...sowey mekk..actually memg wujud jgalh perkataan itew...hehehehe.
okeh fokus..amboi-amboi subuh2 gajah ibu sudah bertazkirah..hehehehehe..ambil mode mau p kerja.mudah2n saja pesakit2 semua sihat hari ni..semua duduk diam2 dirumah..hehehehehe
Okeh Little Rara ibu sedang menghabiskan 1000 flyers untuk di edarkan,usaha seterusnya menyiarkan iklan di new sabah times start 8/8 selama 9 hari,next...Usaha lagi tawakkal lagi,next...heheheheheheheh Semoga usaha kita diberkati.
semalam rara sudah boleh jalan...sangat indah momen itu....:)

iburara: rara ibu sudah tempah baju,tahun ni kita seragam hujau lumut,rara ibu x pakaikan baju kurung,ibu tempah gaun:)

Tuesday, 2 August 2011

Peristiwa ITU

Ramadhan 3..
Entry ini adalah berkaitan dengan kejadian hari pertama ramadhan...
Rara ibu minta maaf sebab kecuaian ibu menyebabkan tangan rara luka sayang..berdarah..huhuhuhuhu....rara sedang berdiri menghadap tingkat ibu tarik badan rara rupanya rara sedang pegang cermin apa lagi habis jari telunjuk,middle n ring finger rara luka berdara, terhiris cermin.sungguh hati ibu sangat terluka,ibu sangat sedih sangat panik sangat menyalahkan diri ibu..ibu minta maaf sayang..tidak sanggup melihat jari sekecil itu yang berlumuran darah..huhuhuhuhu...enty yg sangat emo!memang seharusnya...;(
Rara anak yg kuat..menangis hanya sekejap tp kesalan ibu sepanjang hayat.inilah iktibar jangan sesekali terlepas pandang dengan c kecil.Tiada gambar yang mampu ibu ambil,rara juga begitu..langsung tidak mahu tangannya yg cedera itu disentuh..xpa nak ibu hormati privasi rara.mungkin rara sedikit trauma sebab ibu tahu ia sakitttt..mmg sakittt...
Petang ibu balik dari kerja,mandikan rara,sekali lagi rara mengangis bila jari rara terkena air..ibu minta maaf sayang..ibu cepat2 mandikan rara dan pujuk rara.Alhamdulillah rara anak yang baik...mudah dipujuk,anak yang tabah.
Alhamdulillah hari ke2 ramadhan luka dijari rara sudah kering..mandi pun boleh main splashing2 lagi...hati ibu pun senang:)

iburara: senyuman rara selalu menceriakan hati ibu tangisan rara buat ibu rasa lebih bertanggungjawab:)