To my little daughter RARA

..ini dunia kita..ada manis dan cuka namun kita tetap bersama mengharungi suka dan duka..

mybreastfeeding journey

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, 18 July 2012

Y breastfeeding?

Ini adalah artikel bulan januari (dalam folder draft) so semangat mau berblog sudah kembali ibu siapkan dan post~pun boleh juga..~**

aish tetiba hari ini ada mood mo share taught of the day?sebab bila selalu jadi rujukan kawan2 walhal bukan pakar pun hanya berkongsi pengalaman tapi semuanya perlu ilmu bukan?begitu juga dalam perihal menyusukan..amat perlu menuntut ilmu terutama bagi ibu2 yang bekerjaya.Betul??
okey sebaik bayi lahir kita sudah boleh start mengepam susu untuk disimpan,susu yang diperah perlu diletakkan dalam bekas yang bersih. Kenapa kita perlu mengepam susu atau kenapa kita perlu menyusukan anak secara eksklusif selama 6 bulan sehingga 2 tahun..
Dalam Islam menganjurkan supaya bayi disusukan dengan susu ibu, jika tidak mampu maka bayi diberi susu perahan, jika tidak mampu maka ibu susuan adalah pilihan ke-3 dan ke 4 adalah lain-lain alternatif.
Now, pilihan ke 4 adalah pilihan utama ibu-ibu.bayi yang minum susu formula terdedah dengan macam-macam bahaya
1.Keracunan makan dari sumber air yang kurang bersih, serta penggunaan peralatan yang tidak bersih semasa menyediakan susu formula.
2.Sembelit sebab tekstur susu formula yang kadangkala tidak sesuai dengan perut bayi.
3.Tersedak susu-banyak kes kematian adalah punca kes terdedak susu.
so berbalik kepada persoalan tadi kenapa susu ibu adalah terbaik untuk c manja?
  1. Susu ibu  mempunyai kandungan lemak, gula, air dan protin yang sempurna untuk tumbesaran bayi. Banyak kandungan yang ada di dalam susu ibu tidak ada di dalam susu lembu.
  2. Bayi lebih senang menghadam susu ibu dari susu formula. Ia mengandungi kurang protin dan protin yang ada juga lebih nutrisi dari susu formula
  3. Susu ibu mengandungi antibodi yang menolong melindungi bayi daripada bakteria dan virus.
  4. Susu ibu sentiasa steril, tidak pernah tercemar atau rosak.
  5. Menyusu menyebabkan anda lebih rapat dengan bayi kerana sentuhan akan membuatkan bayi merasa nyaman, selamat dan selesa
  6. Menyusu boleh memyebabkan badan anda membakar kalori dengan lebih cepat. Anda senang kembali ke bentuk badan asal. Ia juga menolong rahim mengecil dengan lebih cepat dan mengurangkan pendarahan. Menyusu mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.

dengan segala kebaikan yang ada kenapa perlu memilih susu formula???
ive  my own experience, my aunts persoalkan kenapa rara kurus, lepas tu bila tau rara susu badan terus cakap sebab susu badan anak kurus, xcukup susu, cucu dia gemuk2 pasl minum susu Fm..yalah susu fm kan susu lembu, lembu kan gemuk tulah cucunya gemuk mcm lembu~tu kata2 dalam hati sajalah..
kalau mau jawab mmg panjang dan lebar..susu fm kandungan lemak tidak terkawal berbanding susu ibu yang mempunyai kandungan lemak yang mencukupi keperluan si anak.gemuk tidak bermaksud sihat dan kurus tidak semestinya sakit.Alhamdulillah rara memang jarang demam atau selsema.Lagi satu anak yang menyusu badan tidak akan memilih makan, sebab dalam susu ibu ada macam2 perisa.Saya tidak membenci susu Fm, malahan rara sekarang juga mula menyusu FM-rara sudah berumur 2 tahun+..cuma bila kita tidak menyusukan anak secara eksklusif then u have no right untuk bercakap atau komen bagi pihak ibu2 yang mahu menyusukan anaknya dengan susu ibu.so hati2 bila mengutarakan komen yerrrr..

ikhlas..
iburara

Cerita baru..

Assalamualaikum....

fuh fuh fuh....banyaknya sawang di blog ibu..hampir 7 bulan xmengupdate blog disebabkan hal2 tertentu..ehehehe..pegnan kali ni ibu kurang suka dengan gadjet2, internet, komputer, tv..sungguh ianya sangat pelik uniq.pengalaman baru, betullah orang cakap setiap kali mengandung pengalaman tu xkan sama, macam tu juga anak, setiap anak ada keunikan masing2.Panjang lebar alasan kan..hehe
Alhamdulillah..rara 2 tahun masih cont breastfeeding,Alhamdulillah..
Sabtu ni mungkin umat Islam akan mula berpuasa..bergantung dengan pengumuman malam ni..so jom share apa yang boleh di amalkan dari segi kesihatan buat ibu mengandung yang berniat mahu meneruskan ibadah puasa dengan syarat tidak memudaratkan ibu dan bayi dalam kandungan..check it out!
Adakala zat besi tambahan disarankan selepas minggu ke-12 atau pada bulan ketiga kehamilan. Zat besi tambahan membantu mencegah kekurangan zat besi atau anemia yang sering berlaku semasa kehamilan.

Anda masih perlu mengambil zat besi tambahan pada bulan Ramadan, tetapi anda boleh mengambilnya selepas berbuka. Sesetengah wanita mengalami sembelit apabila mengambil pil ini. Oleh itu, minumlah banyak air untuk mengelakkan sembelit, dan baca lebih lanjut mengenai cara-cara untuk menangani sembelit.

Selain itu, pastikan anda makan makanan yang kaya dengan zat besi seperti:
  • daging;
  • ayam;
  • ikan yang berminyak (salmon, tuna, sardin dan makarel);
  • sayur-sayuran berdaun hijau;
  • dan, buah-buahan kering.
Vitamin C pula meningkatkan penyerapan zat besi, oleh itu makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran. Dan jangan lupa minum jus buah-buahan segar.

just nak add some lah..boleh makan kurma diwaktu sahur dengan susu, sangat sedap dan mampu membekal tenaga sepanjang hari.nanti iburara akan kongsikan khasiat kurma ya..sekarang ni macam2 jenis kurma ada dipasaran, so tunggu apa lagi jom beli kurma ehehehe..maklumat atas tu ibu rara amik dari baby centre, so kalau mau lebih banyak info bole click link dibawah:)

Info lanjut/sumber-babycentre

selamat BERPUASA ibu-ibu sekalian:)

ikhlas,
Iburara