Assalamualaikum..happy new year..lama x update blog..
kalau tahun baru kan pertanyaan yang selalu ditanya ialah...''apa azam tahun baru?''..jadi apa azam tahun baru?
kalau ikutkan azam tahun baru ibu rara banyak!!wah...apakah?????????????????tettttt...
okeh..azam tahun baru ibu rara satu saja- TERATUR- ibu mahu hidup yang teratur, perniagaan yang teratur,kerja yang teratur,isteri yang teratur,ibu yang teratur dan pengatur..hihihi..ini mmg sifat semula jadi ibu..PENGATUR..(pengatur dalam bahasa bruenei yg bermaksud org yg suka bg arahan)..hihihi
okeh..untuk tahun ini..dari segi hidup.of course ada perancangan..rumah adalah salah satu, perniagaan-hurmmm banyak yang perlu diperbaiki, dari segi pengiraan stok, aliran tunai, simpanan, modal pusingan..semua perlu di arrang balik supaya flow nya bagus, selain itu memperbaiki mutu dan servis kepada pelanggan,Little Rara tidak bersaing harga..apa yang kami fokus adalah service after sale, harga yang kami tawarkan ikut standard barang, tidak mahal atau murah..dan boleh negotiate.Kerja yang teratur..dari segi pengurusan masa, buat case note selepas bg treatment ngan pt bukan longgok atas meja (PENTING)!, isteri dan ibu yang teratur juga dari segi pengurusan masa, masakan?hehe..memperbaiki mutu masakan..wakakaka adakah?..
Little Rara ada membuat sedikit perubahan pada tahun ini..
1.Website www.littlerara.com akan dilancarkan sedikit masa lagi
2.Mengelarkan produk sendiri.InsyaAllah doakan segalanya berjalan lancar.
3.Little Rara akan menjadi sebuah company.InsyaAllah..
Ya Allah Permudahkanlah jalan untuk kami,Engkau luaskan pintu rezeki kami.Sesungguhnya hanya kepada Engkau kami meminta-minta.Amin.Friends doakan Little Rara berjaya..kami bukan mengejar untung yang banyak,bukan juga mahu menjadi sekaya2 manusia tapi mudah-mudahan perniagaan ini mendekatkan kami kepada yang Maha Esa, memberi kami peluang untuk membantu orang miskin dengan berzakat, membantu kami bersedekah dan beramal jariah.Sesunguhnya Rasulluallah SAW adalah sebaik-baik contoh dalam berniaga.Kerana menjadi usahawan yang hebat tidak perlu melupakan sifat-sifat kemanusiaan.Kami baru bermula..tiada apa2..(kami=ibu&abah), tapi mahu belajar,sangat suka belajar.Mahu maju dan suka membantu orang lain untuk maju.suka berkongsi cerita bukan untuk bermegah (tidak layak pun), tapi untu berkongsi pengalaman suka duka berniaga.Bagaimana menangani hasad dengki manusia, bagaimana menaikkan semangat yang kian luntur melihat kemajuan bangsa lain punya empayar perniagaan yang besar bagaimana mahu bersaing???dan terfikir kenapa takut..contohilah cara mereka berniaga,kerana mereka juga bermula dari bawah.Alhamdulillah berat rajin membaca..semangat tekad dalam hati, perjalanan perlu diteruskan risiko perlu ditempuhi.Wasatiah perlu dijadikan prinsip agar tidak terkeluar dari landasan.
Gambar-gambar semalam di Little Rara Putatan-
Ibu Rara : next week stok barang sampai lg..Barangan Tropika-virgin coconut oil, dan barangan electric seperti baby fooed warmer, breastpum,Mam..akan berusaha!